Rabu, 30 September 2015

Kebaikan dan keburukan kereta elektrik


By Elektroauto_1.jpg: Michael Movchin (This file was derived from  Elektroauto 1.jpg:) [CC BY-SA 3.0 (http://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)], via Wikimedia Commons
sumber gambar : wikimedia.org
Antara kelebihan yang terdapat pada kereta elektrik ialah ianya mesra alam (tidak mengeluarkan asap) dan senyap. Kos elektrik untuk mengecas bateri adalah lebih murah berbanding mengisi petrol atau diesel. Tambahan pula kereta elektrik tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap seperti menukarkan minyak enjin setiap 5000 kilometer dan sebagainya.

Di Malaysia, walaupun tidak terdapat banyak pilihan untuk kereta elektrik namun pengguna masih mempunyai pilihan untuk membeli kereta Hybrid seperti Toyota Prius dan Nissan leaf. Kereta elektrik boleh dikatakan bukan pilihan yang tepat buat masa kini kerana masih terdapat kurang stesen pengecas tambahan harganya yang mahal.

Di Amerika Syarikat contohnya, Telsa adalah jenama kereta berkuasa elektrik sepenuhnya yang amat terkenal. Ianya mendapat sambutan kerana kecanggihan teknologi yang terdapat pada kereta seperti fungsi autopilot, autobrake dan banyak lagi.

Berikut adalah kebaikan dan keburukan kereta elektrik :


kelebihan kereta elektrik berbanding petrol atau diesel


Kebaikan :

  1. Tidak perlu lagi mengisi petrol.
  2. Tidak perlu membuat penyelenggaraan seperti menukar minyak enjin dan sebagainya.
  3. Senyap dan tidak mengeluarkan apa apa asap yang mencemarkan udara.
  4. Tahap keseimbangan kereta atau pusat graviti adalah rendah.
  5. Ruang dalam kereta lebih luas berbanding kereta petrol.
  6. Jaminan warranty untuk kereta elektrik adalah lebih lama berbanding kereta petrol.

Keburukan :

  1. Jarak perjalanan bagi sesebuah kereta elektrik adalah terhad.
  2. Ambil masa yang agak lama untuk cas bateri penuh (8 jam +- ) .
  3. Harga mahal (nissan leaf rm 100k++).
  4. Anggaran jangka hayat bateri adalah dalam masa 10 tahun. 
  5. Kos tukar bateri baru mmmm.... buat pinjaman bank ler jawabnya.
  6. Kena pasang tempat untuk cas bateri kereta kat rumah.

Jadi kesimpulannya, kereta elektrik sesuai digunakan jika jarak perjalanan tidak terlalu jauh contohnya dalam bandar. Walaupun harganya agak mahal namun dari segi penjimatan ianya boleh dikatakan berbaloi. Tak perlu isi petrol dan tak perlu buat servis yang selalunya perlu dibuat jika menggunakan kereta petrol.Terpulang kepada pengguna untuk menentukan, pilihan di tangan masing masing.




Infographic: Norway Leads The World's Electric Vehicle Market  | Statista

                                                                          Sumber: Statista
  1. Info yang menarik dan brguna...tq

    BalasPadam
  2. harga agak mahal dan jarak perjalanan yg terhad, klau di bandar mgkn sesuai....

    BalasPadam
  3. malaysia masih bergantung kepada sumber minyak, kalau banyak kereta elektrik masuk pasaran maka kuranglah income kerajaan. kalau ada kereta elektrik macam telsa memamang bagus sebab kurang pencemaran...

    BalasPadam
  4. Harga EV masih mahal di malaysia walaupun ianya mesra alam. Bagi yang mampu tiada masalah.

    BalasPadam
  5. Malaysia masih jauh ketinggalan dalam aspek kenderaan elektrik,mungkin disebabkan oleh sebahagian besar sumber ekonomi negara adalah datangnya daripada minyak mentah.

    BalasPadam
  6. harga kereta elektrik masih mahal tambahan belum ada lagi stesen untuk cas bateri seperti yang ada di luar negara.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Whatsapp Button works on Mobile Device only