Selasa, 28 Februari 2017

Kata kata hikmah Tun Ghafar Baba

Label :

Isnin, 27 Februari 2017

funny quote

Label :

Some men love to drive a car with a manual transmission because it's full of 'excitement !, joy! and adrenaline rush!! '.

Terselamat walaupun jatuh tanpa payung terjun

Label :

Jatuh dari ketinggian 3 kilometer atau 10,000 kaki dan masih hidup adalah sesuatu yang amat ajaib dan jarang didengari.  Walau bagaimanapun ianya adalah sesuatu yang tidak mustahil jika nasib masih menyebelahi. Berikut ialah kisah insan yang telah melalui peristiwa tragis tersebut yang mana boleh dijadikan sebagai inspirasi dan pedoman.

Beliau adalah anggota tentera udara Amerika Syarikat semasa perang dunia kedua. Semasa menjalankan misi kali yang ketujuh pada 3 januari 1943, pesawat B-17 yang dinaiki oleh Magee telah diserang oleh pesawat tempur milik Jerman dan mengalami kerosakkan pada bahagian sayap. Walaupun tercedera dan terpaksa terjun tanpa payung terjun pada altitud 22,000 kaki atau 6,700 meter, beliau ditemui masih lagi bernyawa.  

2. Juliane Margaret Koepcke.

Seorang ahli biologi yang mana adalah anak kepada pasangan jerman dan dilahirkan di Peru. Pada 24 Disember 1971, pesawat LANSA FLIGHT 508 yang dinaiki oleh beliau bersama ibunya terputus dua di udara akibat cuaca buruk dan terhempas. Koepcke jatuh dari ketinggian kira kira 3 kilometer atau 10,000 kaki dan masih terikat pada tempat duduknya. Ibu beliau juga terselamat namun meninggal dunia akibat kecederaan teruk beberapa hari selepas insiden tersebut.

buku when I fell from the sky
Buku when I fell from the sky

3. Paul Ashton Vick.

Robert Vick, isteri dan dua anak lelaki iaitu Theodore berumur 2 tahun dan Paul berumur 18 bulan menaiki penerbangan China National Aviation Corp dari Shanghai menuju Chungking pada 28 Januari 1947. Salah satu enjin pesawat terbakar ketika di udara dan dengan cepat merebak ke ruang kabin. Dalam keadaan kelam kabut dan cemas pasangan ini bertindak melompat dari kapalterbang dengan masing masing memeluk seorang anak. Robert Vick terselamat bersama bayinya iaitu Paul namun beliau cedera parah dan meninggal dunia 40 jam kemudian. Paul Ashton Vick kemudiannya diserahkan kepada datuk dan neneknya di Amerika Syarikat berdasarkan nota yang ditinggalkan oleh bapanya sebelum menghembus nafas terakhir.

Bekas pramugari Serbia iaitu Vesna Vulovic jatuh dari pesawat komersial JAT flight 367 setelah berlaku letupan. Menurut Guinness Book of Records beliau memegang rekod manusia yang masih hidup setelah jatuh tanpa payung terjun pada ketinggian 10,160 meter atau 33,330 kaki. Walaupun terdapat beberapa kontroversi pada tahun 2009 yang mendakwa ceritanya berkemungkinan hanyalah sebahagian daripada propaganda komunis pada masa itu, namun data yang diperoleh daripada kotak hitam membuktikan bahawa ianya adalah benar.


Walaupun artikel ini hanyalah merangkumi sebahagian daripada keseluruhan peristiwa sebenar yang terjadi. Apa yang ingin dikongsikan disini ialah kita seharusnya sentiasa menghargai setiap detik yang kita masih ada di dalam kehidupan kerana tiada siapa yang tahu, mungkin esok, lusa atau tulat adalah hari yang terakhir buat kita. Sayangi ahli keluarga,rakan rakan dan orang di sekeliling kita ketika mereka masih hidup dan bukannya meratapi pemergian mereka sepanjang hayat kita.