Sabtu, 21 Januari 2017

Pentingnya mengemaskan katil pada setiap pagi.

Label :

Nasihat Laksamana tentang kenapa perlu mengemas katil pada setiap pagi.


quote making your bed every morning by Admiral William H. McRaven


Mungkin kedengaran agak tidak masuk akal namun mengemas katil tempat tidur anda pada setiap pagi merupakan tugasan penting yang harus dilakukan. Ianya amatlah mudah dan senang untuk dibuat tapi selalunya diabaikan.


Tabiat mengemas katil setelah bangun dari tidur adalah sesuatu yang amat positif, ini kerana ianya adalah tugasan pertama yang anda selesaikan dengan jayanya. Katil yang telah kemas,tersusun dan bersih akan membuatkan kita rasa bangga dan puas hati dengan hasil yang telah dicapai.

Rasa keterujaan ini akan membantu kita untuk melakukan setiap tugasan yang seterusnya pada hari tersebut dengan sebaik yang mungkin.

Hakikatnya, perkara perkara yang kecil seperti ini adalah penting untuk dilakukan jika kita ingin menyiapkan tugasan yang lebih besar dan mencabar. Seandainya kita gagal untuk menyempurnakan tugasan tugasan kecil ini maka tidak mustahil kita juga akan gagal dalam menyiapkan tugasan atau kerja yang lebih rumit dan besar.

Harus diingat bahawa setelah kita seharian penat bekerja dan mungkin dirundung dengan pelbagai cabaran yang membuatkan kita rasa kecewa pada hari tersebut. Bila tiba di rumah, akhirnya kita akan kembali berbaring diatas katil yang telah kita kemas dan susun pada sebelah pagi. Sekurang kurangnya ini akan membuatkan kita rasa selesa dan bersemangat kerana ianya adalah tugasan pertama yang telah anda selesaikan cemerlang.

Jika kita ingin memperbaiki kehidupan atau mungkin mengubah dunia, mulakan dengan mengemas katil pada setiap pagi dengan jayanya.