Jumaat, 4 Ogos 2017

Bahaya downgrade pelan postpaid ke prepaid

Bagi mereka yang ingin melanggan pelan postpaid namun mahu mengekalkan nombor prepaid kesayangan anda tak kira celcom,digi dan yang lain lain, ini adalah perkara penting yang harus diketahui sebelum anda bercadang untuk berbuat sedemikian.

keburukan dan kebaikan guna pelan postpaid


Agenda tersembunyi yang tidak diyatakan kepada pengguna.



Proses untuk upgrade dari pelan prabayar ke pascabayar teramatlah senang. Cuma perlu pergi ke mana mana cawangan telco berdaftar yang berdekatan dan isi borang kemudian bayar bil tiap tiap bulan. Pelanggan juga dibenarkan untuk guna semula nombor prepaid yang lama tanpa ada sebarang syarat. 

Namun di kemudian hari jika anda bercadang untuk bertukar semula atau downgrade ke pelan prabayar dan ingin mengekalkan nombor telefon kesayangan anda. WOW !! bersedialah untuk menempuh segala ranjau onak dan duri kerana prosesnya bukan mudah.

Cara untuk buat MNP dari postpaid ke prepaid.

1. Pengguna terlebih dahulu perlu melakukan Mobile Number Portability. Contohnya pelan postpaid Celcom yang ingin ditamatkan mesti ditukarkan ke pelan postpaid Digi atau Maxis. 

2.  Seterusnya pelan postpaid baharu tersebut mesti digunakan untuk tempoh tertentu yang telah ditetapkan (lebih kurang 3 bulan kalau tak silap).

3. Setelah itu, barulah anda dibenarkan untuk bertukar semula ke pelan prepaid Celcom dan kekalkan nombor kesayangan anda. 

4. Saya kongsikan sedikit rakaman perbualan telefon dengan perunding perkhidmatan berkenaan proses untuk downgrade dari postpaid ke prepaid.



Kesimpulannya adalah lebih baik pilih nombor baru kalau nak guna pelan postpaid. Kalau nak tamatkan pelan di kemudian hari senang. Dalam kes saya, disebabkan tak nak pening kepala maka saya tamatkan pelan postpaid sekali dengan nombor kesayangan yang telah saya gunakan bertahun tahun lamanya.

Pengajaran terbeli smartphone tiruan.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone