Sabtu, 13 Mei 2017

Kelebihan jual beli forex secara sistematik.

Label :

Perkara asas yang perlu diketahui dalam perdagangan  forex.

Perkara asas dalam jual beli forex yang perlu dipelajari

Jual beli matawang seringkali dianggap sebagai aktiviti yang menjurus kearah perjudian. Memang benar dan tidak dinafikan bahawa ramai pedagang dikategorikan sebagai berjudi kerana mereka ini melakukan urusan jual beli berdasarkan gerak hati dan nasib semata mata.

Seseorang pedagang yang berjaya, mereka melakukan urusan jual beli berdasarkan kaedah kaedah yang telah terbukti keberkesannya dan ini digunapakai di dalam setiap urusan jual beli besertakan tahap disiplin dan pengurusan risiko yang tinggi.

Apa apa jenis perniagaan sekalipun, ianya harus dijalankan dengan pelan perniagaan yang sistematik. Ini melibatkan pengiraan kos dan risiko yang terlibat serta jangkaan pendapatan dan keuntungan.

Selain daripada itu, rancangan perniagaan juga harus merangkumi kajian terperinci terhadap bagaimana proses perniagaan berjalan dari segi penyata untung dan rugi.

langkah langkah persediaan bagi seorang pedagang yang berjaya.


  • Setiap urusan jual beli dilakukan berdasarkan pelan yang sistematik. Pelan ini dirangka dari beberapa set peraturan yang telah diuji keberkesanannya secara intensif.

  • Setiap urusan jual beli harus dilaksanakan dengan mengambil kira akan risiko kerugian. Pastikan semua risiko berada pada tahap yang paling minima. Seandainya berlaku kerugian maka pastikan ianya melibatkan sebahagian kecil modal yang sedia ada dan bukannya kehilangan modal secara keseluruhan.

  • Lakukan penilaian untung rugi secara berkala (setiap minggu) keatas kesemua urusniaga yang telah dijalankan. Ini membolehkan seseorang pedagang  memperbaiki sebarang kelemahan atau kesilapan secara konsisten. Bila strategi yang digunakan telah terbukti mendatangkan keuntungan maka barulah ianya boleh digunakan untuk menjana pendapatan secara berkesan dalam jangka masa yang panjang.
Anggap urusan jual beli matawang atau forex ini sebagai perniagaan dan lakukan dengan sistematik. Ini membezakan anda dengan pedagang lain yang tidak mahu merancang dan berdagang semata mata berharapkan pada nasib. Ingatlah bahawa jika setiap perkara bukan sahaja forex, dilakukan dengan sistematik maka peluang untuk berjaya adalah lebih tinggi.

Melakukan perkara yang sama berulangkali namun mengharapkan keputusan yang berlainan adalah kesilapan yang disengajakan dan ianya tidak akan mendatangkan apa  apa kebaikan atau kentungan. 

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.
EmoticonEmoticon