Selasa, 7 Mac 2017

Wanita disebalik misi pesawat Apollo 11

Label :

Sumbangan besar saintis wanita genius ini yang kurang diketahui. 


Kejayaan angkasawan Neil Armstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins di dalam misi mendaratkan manusia di bulan mungkin sesuatu yang biasa didengari, namun tahukah anda bahawa tanpa sumbangan saintis wanita ini, projek yang memakan belanja berbillion dollar ini tidak akan berjaya.

Saintis komputer Margaret Hamilton
Saintis komputer Margaret Hamilton

Dilahirkan Di Paoli, Indiana, Amerika Syarikat. Saintis wanita yang dimaksudkan adalah Margaret Hamilton. Beliau dipertanggungjawabkan untuk mengetuai satu kumpulan bagi membangunkan perisian penerbangan merangkumi algoritma bagi modul arahan Apollo 11. Hasil kerja beliau amat dikagumi kerana pada masa tersebut belum wujud kursus sains komputer mahupun kejuruteraan perisian yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Kepintarannya dianggap luarbiasa dan beliau adalah seorang wanita yang mempunyai keazaman yang tinggi.


Margaret Hamilton bukan sahaja memainkan peranan penting dalam mendaratkan manusia ke bulan. Malah beliau bersama sama dengan ramai jurutera wanita yang lain, mencabar bidang teknologi yang mana didominasi oleh golongan lelaki pada masa tersebut. Ini seterusnya membolehkan golongan wanita menceburi bidang bidang berkaitan STEM untuk tahun tahun yang mendatang.

Anugerah yang diberikan kepada beliau :

  • Pada tahun 1986, beliau menerima Augusta Ada Lovelace Award  daripada Persatuan Wanita di dalam bidang pengkomputeran. Anugerah ini diberikan kepada individu yang cemerlang dalam mana mana (atau kedua-duanya) daripada dua kategori iaitu:
  1. Pencapaian dalam bidang saintifik dan teknikal yang cemerlang.
  2. Perkhimatan yang luar biasa kepada masyarakat pengkomputeran melalui pencapaian dan sumbangan mereka bagi pihak wanita dalam pengkomputeran.
  • Pada tahun 2003, beliau diberikan NASA Exceptional Space Act Award untuk sumbangan saintifik dan teknikal. Anugerah itu termasuk wang tunai $ 37,200. Jumlah terbesar yang diberikan kepada mana-mana individu dalam sejarah NASA.
  • Pada tahun 2009, beliau menerima Outstanding Alumni Award  daripada Earlham College.
  • Pada 2016, beliau menerima Presidential Medal of Freedom daripada Barack Obama, penghormatan tertinggi bagi orang awam di Amerika Syarikat.

    Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.
    EmoticonEmoticon