Jumaat, 23 September 2016

Giveaway by BusyraTakiyudin

Label :

Giveaway rm20 by BusyraTakiyudin
Klik banner GA untuk info lanjut

Giveaway RM20 by BusyraTakiyudin.

Pendapat dan pandangan berkenaan dengan blog.

Secara keseluruhannya kualiti blog memuaskan, loading page pun laju. Selain daripada "google structured data testing error" yang mana ada 8 elemen yang boleh diperbaiki. Tak banyak rasanya yang perlu diubah oleh admin blog busyratakiyudin. Selebihnya kalau boleh tambah border untuk blog post body seperti yang terdapat pada sidebar, Saya bagi rating 8/10 untuk blog beliau dan syabas. 

Jana side income melalui laman web dan aplikasi mudah alih

Label :

Tip tip untuk buat duit melalui laman web dan aplikasi mudah alih.

Selain daripada membuat blog, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menambah sumber pendapatan sampingan secara online. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah medium atau sumber yang saya gunakan dan ianya ternyata membuahkan hasil. 

Survey.

Terdapat banyak laman web yang menawarkan survey dan untuk setiap tugasan, peserta akan diberikan mata ganjaran yang mana boleh ditukarkan ke dalam bentuk mata wang atau voucher. Apa yang perlu anda lakukan adalah daftar dan ikut arahan yang diberikan. Berikut adalah artikel artikel berkenaan dengan perkhidmatan survey online yang anda boleh baca dan cuba :

buat duit melalui online survey

Medium pendapatan yang kedua adalah penulisan yang mana bagi setiap tugasan yang diberikan, anda akan dapat wang sebagai ganjaran. Caranya adalah menggunakan advertorial marketing atau pengiklanan dalam bentuk tutorial. Selain daripada itu anda juga boleh mencipta artikel berkenaan pelancongan untuk laman web seperti wonderful Malaysia. Ini amat sesuai bagi mereka 'kaki travel'. Artikel berikut ada perinciannya :

Jana pendapatan melalui penulisan artikel online

Paid Unlock adalah satu model perniagaan perkongsian hasil bersama yang membayar pengguna dengan meletakkan iklan berbayar pada ruangan skrin kekunci telefon pintar mereka. Setiap kali anda unlock screen maka anda akan diberikan DigiCoins. Ianya adalah mata ganjaran yang mana 100 DigiCoins adalah bersamaan dengan 1 USD. Baca artikel di bawah ini untuk info lebih lanjut :

Buat wang setiap kali unlock skrin smartphone

Laman web seperti Shopback membantu pengguna mendapatkan tawaran terbaik dan diskaun ke atas lebih 1000 kedai atas talian yang terkemuka seperti Lazada, Zalora, Agoda, Expedia, Taobao, Go shop, dan Ali express. Rebat tunai sehingga 50 % daripada jumlah pembelian akan diberikan semula kepada pengguna. Nilai penebusan adalah serendah RM10. Baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih jelas :

Cara dapatkan cashback bila berbelanja secara online

  1. Cara dapatkan cashback bila berbelanja secara online.


Akhir sekali, berapa banyak wang atau pendapatan yang anda inginkan adalah bergantung kepada kebijaksanaan dan tahap kerajinan masing masing. Bak kata pepatah " Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam usaha anda.

Rabu, 21 September 2016

Buat wang setiap kali unlock skrin smartphone

Label :

Tambah income bila unlock skrin telefon pintar.

Paid Unlock adalah satu model perniagaan perkongsian hasil bersama yang membayar pengguna dengan meletakkan iklan berbayar pada ruangan skrin kekunci telefon pintar mereka. Setiap kali anda unlock screen maka anda akan diberikan DigiCoins. Ianya adalah mata ganjaran yang mana 100 DigiCoins adalah bersamaan dengan 1 USD. Hasil pendapatan pula akan dimasukkan terus pada setiap minggu pertama ke dalam akaun Paypal pengguna yang telah didaftarkan.

paid unlock app google play

Berapa yang boleh diperoleh dalam sehari.

Bergantung kepada kekerapan membuka skrin kekunci telefon dan klik pada iklan yang menarik minat pengguna, secara purata anda akan dapat dalam 10 DigiCoins untuk tempoh sehari atau lebih. Ini bermakna dalam sebulan anda akan dapat 300 DigiCoins iaitu 3 USD. Dalam tempoh setahun pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak 36 USD atau anggaran RM148. 

Contoh pembayaran yang telah dikreditkan ke dalam akaun paypal. 

contoh pembayaran paid unlock ke dalam akaun paypal

Fungsi earn more.

fungsi earn more paid cash app

Apa yang menarik lagi tentang aplikasi ini ialah menu "earn more" yang bermaksud pengguna boleh mengandakan pendapatan dengan memuaturun dan mencuba aplikasi yang ditawarkan atau menjawab survey yang disediakan. DigiCoins akan diberikan setelah anda selesai melakukan setiap tugasan.

Info tambahan berkenaan paid unlock app :


  1. Jumlah muat turun setakat artikel ini diterbitkan : 5000 ++ 
  2. Versi : 2.1.2
  3. Ditawarkan oleh : Paid Unlock
  4. Rating pengguna : 3.8 / 5 bintang 
  5. Tarikh kemas kini : 15 Jul 2016
Pautan untuk download bagi google play store : Paid Unlock 

Isnin, 19 September 2016

Statistik kebankrapan di Malaysia dan natijahnya

Label :

Maksud kebankrapan

Orang perseorangan atau organisasi yang gagal membayar hutang tertunggak.Kebankrapan individu adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.-Mdi-.Berikut adalah statistik berkaitan dengan topik seperti yang dinyatakan diatas.

Jumlah keseluruhan

perbandingan kebankrapan untuk tujuh tahun

Pecahan bilangan mengikut jantina

Statistik mengikut jantina

Statistik berdasarkan sebab kebankrapan

antara punca penyebab kebankrapan

Bilangan mengikut mengikut peringkat umur

kategori golongan umur  

Soalan lazim mengenai kebankrapan.

1. Bolehkah seseorang yang diisytiharkan sebagai bankrap ke luar negara ?.

Seorang bankrap sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali beliau mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya. Permohonan hendaklah dibuat di cawangan yang mentadbir kes kebankrapan dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan. Borang permohonan boleh dimuat turun di dalam portal ini.

2. Bagaimana seseorang yang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan?.

Terdapat tiga cara untuk menamatkan status kebankrapannya iaitu:

(a) Membuat permohonan pembatalan ke mahkamah dengan alasan hutang telah dijelaskan sepenuhnya / tidak sepatutnya diisytiharkan bankrap;

(b) Membuat permohonan pelepasan ke mahkamah pada bila-bila masa tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh mahkamah. MdI perlu mengemukakan laporan kes yang menyatakan kelakuan dan kerjasama bankrap kepada Jabatan;

(c) Membuat permohonan pelepasan kepada KPI untuk pelemasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967. Permohonan hanya boleh dibuat sekiranya pentadbiran kes kebankrapan telah dijalankan selama lima tahun selain memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang lain.

Sila lawati laman web jabatan insolvensi Malaysia untuk soalan dan jawapan yang lebih terperinci http://www.insolvensi.gov.my/ms/faqs/bankruptcy.


Segala maklumat/info yang dipaparkan di dalam artikel ini dikumpul melalui Mdi(Jabatan Insolvensi Malaysia) dan Bheuu(Bahagian Hal Ehwal Undang undang, Jabatan Perdana Menteri).Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membawa manfaat untuk semua.Akhir sekali sebaik baiknya rancang perbelanjaan dan ingatlah bahawa kemahuan dan keperluan itu adalah dua perkara yang berbeza.Kebaikan menyimpan wang sebelum membeli sesuatu, ketahuinya disini.