Jumaat, 16 September 2016

Segmen: bloglist ayuinsyirah tahun 2016

Label :

segmen bloglist by ayuinsyirah tahun 2016
Klik banner segmen untuk info lanjut

Jom sama sama support segmen bloglist anjuran blogger ayu insyirah. Bermula 30 ogos  hingga 30 september 2016. Syarat syaratnya mudah disamping memeriahkan lagi blog rakan rakan dengan berblogwalking. 

Isnin, 12 September 2016

Cara paparkan lirik lagu dalam smartphone

Label :

Cari lirik lagu guna musixmatch.

Apa yang menarik tentang aplikasi pemain lagu ini ialah ianya akan secara automatik mencari lirik berdasarkan tajuk lagu yang dimainkan. Malah bagi mereka yang minat berkaraoke, ianya amatlah sesuai kerana musixmatch ini dibina dengan fungsi auto scroll. Bahkan jika lagu yang didengari adalah dalam bahasa lain contohnya seperti jepun atau korea, pengguna juga boleh menterjemahkannya ke dalam bahasa yang diinginkan dengan mengaktifkan fungsi language translations.

musixmatch app untuk android

Ciri ciri lain.

Sleep timer.

Lagu yang dimainkan akan dihentikan secara automatik berdasarkan masa yang telah ditetapkan. Sesuai bagi mereka yang suka mendengar lagu ketika hendak tidur.

Equalizer.

Terdapat pelbagai pilihan tetapan untuk equalizer dari genre hip hop hinggalah ke folk. Anda juga boleh  memilih untuk mengubah dengan menggunakan fungsi manual. Tambahan menu seperti bass boost dan 3d effect juga turut dibina.


Informasi tambahan berkenaan musixmatch :

  1. Saiz fail,Versi dan kesesuaian: Bergantung kepada peranti yang digunakan.
  2. Jumlah muat turun setakat artikel ini ditulis : 10,000,000 hingga 50,000,000.
  3. Pautan untuk muat turun : google play store





Hidup bersandarkan realiti bukannya fantasi

Label :

hidup bersandarkan realiti bukannya fantasi