Sabtu, 13 Ogos 2016

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR dot COM

Label :

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM
Klik banner untuk info lanjut

Blog yang menarik dan kemas, itu adalah kesimpulan saya bila pertama kali menjengah ke blog beliau. Terdapat pelbagai topik seperti tips panduan, produk review yang terdapat dalam blog santai Elih Japahar ini. Tuan punya blog pun tak kurang hensemnya.

 blog santai elih jahapar

Hadiah-Hadiah Giveaway:


Pertama - Tunai RM60
Kedua - Tunai  RM40
Ketiga - Tunai RM30
Keempat hingga Kesepuluh - Top Up Bernilai RM10

Hadiah bonus untuk seorang peserta bertuah giveaway ini akan dihadiahkan sekotak Mineral Coffee atau lebih dikenali sebagai Min Kaffe (bernilai RM36)

Berlangsung dari 13 Ogos hingga 22 September 2016. Senarai pemenang akan diumumkan pada 23 September 2016, pada jam 8 pagi.

Hadiah RM500,000 peraduan Eveready We Are Family

Label :

Cuma perlu ikut 3 langkah mudah.

peraduan we are family eveready

  1. Beli produk eveready dengan nilai minimum rm10 dalam satu resit tunggal. 1 resit layak untuk satu penyertaan.
  2. Bina satu carta keluarga (family tree) dengan minimum dua nama.
  3. Hantar penyertaan dengan memuat naik bukti pembelian.

Hadiah hadiah (* tertakluk kepada terma dan syarat):

  1. Hadiah utama : 1 unit kondominium bernilai lebih dari RM300,000.(*)
  2. Hadiah pertama : 1 unit proton saga 1.3 plus cvt tranmisi auto.
  3. Hadiah kedua : 1 unit suzuki shogan axelo.
  4. Hadiah ketiga :1 baucer percutian keluarga bernilai RM6000.
  5. Hadiah bonus : Jamuan istimewa untuk keluarga terbesar.(*)
  6. Tambahan 18 hadiah menarik untuk dimenangi.  

Peraduan Eveready 'We Are Family' ini berlangsung dari 1 Ogos 2016 sehingga 30 September 2016. Dianjurkan oleh Energizer Malaysia Sdn Bhd, terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Sila layari www.myeveready.com untuk maklumat yang lebih terperinci.


Khamis, 11 Ogos 2016

Cara efektif cari ebook format pdf online

Label :

Masukkan format fail dalam carian.

Bagi menjimatkan masa untuk mencari bahan bacaan ataupun rujukan melalui enjin carian seperti google,yahoo,bing dan sebagainya. Terdapat cara efektif yang boleh digunakan, contohnya anda inginkan mencari ebook berkenaan dengan 'panduan forex percuma' atau 'resepi masakan tradisional' dalam format pdf. Apa yang perlu dilakukan ialah taipkan carian anda dan tambahkan format fail yang diinginkan. Rujuk gambar dibawah untuk perincian lebih jelas :

contoh carian ebook percuma panduan forex di internet

Kelebihan guna fail pdf.

Integriti grafik: Fail format PDF memaparkan kandungan yang sama dengan tepat dan tersusun tidak kira untuk apa jua sistem operasi, peranti atau aplikasi perisian yang digunakan.

Mudah: Senang untuk dibuat, dibaca dan digunakan oleh semua orang.

Selamat: Terdapat pilihan untuk menetapkan peringkat had akses penggunaan bagi melindungi kandungan dan keseluruhan dokumen seperti watermarks, kata laluan atau tandatangan digital.

Padat: Walaupun PDF secara teori boleh mengandungi pelbagai maklumat yang tidak terhad. Ianya juga boleh dimampatkan ke dalam saiz fail yang lebih kecil untuk tujuan perkongsian melalui email dan sebagainya.

Pelbagai kandungan: Format PDF membolehkan anda untuk mengintegrasikan pelbagai jenis kandungan seperti teks, imej, grafik, video, animasi, fail audio, model 3D, bidang interaktif, hyperlinks, dan sebagainya. Semua unsur-unsur ini boleh digabungkan dalam fail PDF yang sama dan digunakan sebagai laporan atau porfolio.

Cara alternatif guna google books downloader.

Kena dengan namanya, Google Books Downloader menukarkan 'buku google' ke dalam bentuk PDF atau imej yang mana boleh dibaca secara luar talian atau offline. Ianya adalah perisian asas dengan hanya beberapa pilihan penggunaan dan memerlukan URL buku yang anda mahu muat turun.

Ubah format fail guna converter.

Fail pdf juga boleh ditukarkan kepada format yang lain seperti word,excell, powerpoint atau gambar bergantung kepada kesesuaian. Apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke www.freepdfconvert.com 
dan ikut arahan yang telah disediakan. 

cara ubah format fail pdf kepada word dan sebagainya

Kenapa perlu memilih ebooks berbanding buku tradisional.

Tak salah kalau nak membeli buku tradisional namun bagi mereka yang lebih gemar menggunakan peranti seperti laptop,tablet atau smartphone, ebook adalah pilihan yang terbaik kerana ianya lebih mudah untuk dibawa kemana sahaja, senang untuk disimpan dan boleh mengandungi pelbagai jenis buku kegemaran.

Selasa, 9 Ogos 2016

Jadilah seorang pemimpin bukannya seekor boss

Label :

Isnin, 8 Ogos 2016

Kempen perbaharui dan menang wang pos malaysia

Label :


Perbaharui insuran dan menang wang tunai.

renew insuran kereta dan menang wang tunai oleh pos malaysia

Bermula 3 mei 2016 dan tamat pada 30 april 2017, terbuka kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Penyertaan adalah secara automatik apabila pelanggan melakukan proses insurance renewal untuk kereta persendirian (pelan komprehensif) di mana mana kaunter pejabat pos atau pejabat pos bergerak sepanjang tempoh kempen berlangsung. Penyertaan hanya akan diambil kira jika pelanggan atau peserta memperbaharui insuran mereka melalui panel insuran yang terpilih seperti yang berikut :

  1. Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad,
  2. AXA Affin General Insurance Berhad,
  3. Etiqa Takaful Berhad,
  4. AmGeneral Insurance Berhad,
  5. Liberty Insurance Berhad,
  6. MAA Takaful Berhad,
  7. MPI Generali Insurance Berhad,
  8. RHB Insurance Berhad,
  9. Syarikat Takaful Malaysia Berhad,
  10. Zurich Insurance Malaysia Berhad.

Hadiah yang ditawarkan.

Seramai 10 orang pemenang akan dipilih setiap bulan sepanjang tempoh kempen berlangsung. Hadiah wang tunai sebanyak RM1000 atau yang sama nilai dengan premium insuran pemenang akan diberikan. Pemilihan pemenang adalah secara rawak menggunakan sistem "Random Generator Winner". Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila terus ke laman web rasmi Pos Malaysia.