Jumaat, 22 Julai 2016

Review headset bluetooth murah dari china

Label :

Kepentingan.

Memandu sambil berkomunikasi melalui telefon amatlah merbahaya dan salah disisi undang undang. Memilih untuk menggunakan set fon telinga adalah satu langkah yang lebih sesuai dan selamat. Ini kerana ianya membantu anda terus fokus kepada pemanduan tanpa perlu mengalihkan tangan dan pandangan. Disini, saya ingin kongsikan pengalaman menggunakan set headphone tanpa wayar jenama genai yang dibeli melalui aliexpress online dengan harga yang amat berpatutan iaitu lebih kurang dalam rm16.

rekabentuk genai handsfree earphone headset dengan fungsi bluetooth harga murah

Rekabentuk.

Dari segi luarannya, rekaan headphone ini sangat simple dan cuma terdapat satu butang utama yang berfungsi untuk menghidup, mematikan dan menyambungkan gadget ini ke telefon pintar pengguna melalui sambungan bluetooth . Begitu juga dengan bahagian dalaman, yang mana tersimpannya papan litar utama, bateri, speaker, mikrofon, port usb dan komponen elektronik yang lain. 

bahagian dalaman headphone edited

Kualiti.


Tidak terdapat satu skru pun yang digunakan pada peranti ini dan jangan sesekali tertipu dengan gambar yang digunakan oleh penjual untuk tujuan pemasaran yang memperlihatkan seolah olah ianya kalis air. Perhatikan sahaja pada port usb pada bahagian atas yang direka terbuka tanpa penutup, itu sudah memberikan petanda bahawa ianya boleh dimasuki oleh cecair dan debu. Kualiti bunyi atau dan suara untuk speaker dan mikrofon boleh dikatakan agak bagus dan berpadanan dengan harga yang ditawarkan.

handsfree murah china ini tidak kalis air

Keselesaan.

Set handsfree ini dijual dengan aksesori tambahan seperti penyangkuk plastik, getah perlindungan antara speaker dan telinga serta kabel usb mini untuk mengecas. Setelah menggunakan produk ini untuk beberapa ketika, saya dapati bahawa alat penyangkuk yang disertakan tidak selesa untuk digunakan terutama untuk tempoh yang lama kerana ianya menyakitkan bahagian atas telinga.

Cara cara penggunaan:

  • Mula mula headphone ini perlu dicas terlebih dahulu melalui port mini usb dan disambungkan ke powerbank, pengecas telefon biasa atau laptop. 
  • Lampu led akan bertukar dari warna merah ke biru menandakan ianya sudah penuh dan boleh digunakan. 
  • Bagi menghidupkannya, tekan butang fungsi utama dan tunggu sehingga lampu led berwarna biru menyala.
  • Manakala untuk melakukan proses "pairing" bluetooth  ke smartphone pula, anda perlu tekan butang fungsi utama dan tunggu sehingga lampu led berwarna merah dan biru berkelip secara berselang seli. Pastikan anda telah menghidupkan fungsi bluetooth dalam telefon terlebih dahulu.
  • Bagi mematikannya, tekan butang fungsi utama dan tunggu sehingga lampu led berwarna merah menyala.
Produk ini telah dicuba dan berfungsi untuk smartphone jenama oppo a33f, lenovo a516, iphone, samsung note dan asus tablet. 

cara menyambungkan set headphone bluetooth ke smartphone oppo


Lain lain fungsi yang terdapat pada headphone.

  1. Bluetooth versi 4.0.
  2. Jarak lingkungan penggunaan : 10 meter.
  3. Masa menunggu : 168 jam.
  4. Masa bercakap : 6 jam.
  5. Menyokong permainan muzik melalui sambungan bluetooth.
  6. Boleh disambungkan secara serentak untuk 2 telefon.
Terakhir sekali saya ingin memberitahu bahawa penghantaran barangan melalui pos untuk aliexpress pada kebiasaanya akan mengambil masa lebih kurang dalam 3 minggu ke Malaysia. Ianya boleh dipercepatkan tetapi anda kena bayar lebih. Bagi memperoleh rebat tunai untuk setiap pembelian yang dilakukan bila berbelanja secara online, artikel ini cara dapatkan cashback bila berbelanja secara online ada perinciannya. Sekian dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk menatap coretan hamba yang tak seberapa ini.












Isnin, 18 Julai 2016

Tip jimatkan kuota internet bila tonton video youtube

Label :

Pelbagai definisi video.

Laman web perkongsian video global ini amatlah popular dan diakses oleh jutaan pengguna saban hari. Pelbagai kualiti video yang berdefinisi tinggi dan standard disediakan bagi memudahkan penonton memilih format yang sesuai mengikut citarasa masing masing.

Perbezaan antara HD dan  SD.

Video yang berdefinisi 720p dan keatas dikategorikan sebagai high definition (HD) manakala bagi 480p dan kebawah adalah standard definition atau (SD). Jika anda menonton video di youtube menggunakan smartphone, adalah lebih baik memilih yang berdefinisi standard berbanding dengan definisi tinggi kerana ini akan mengurangkan penggunaan kuota internet sekaligus mempercepatkan proses buffering sesuatu video.

Ubah tetapan definisi video youtube.

Berikut adalah cara mudah untuk mengubah definisi video pada aplikasi youtube untuk telefon pintar dengan sistem operasi android :

1. Pergi ke bahagian "Settings".



settings untuk aplikasi youtube android

2. Kemudian klik pada "General".

general setting youtube

3. Aktifkan fungsi "Limit mobile data usage". Ini bermaksud hanya video yang berdefinisi biasa atau standard sahaja yang akan dimainkan bila anda menggunakan pakej mobile internet smartphone anda. Format video HD hanya akan diaktifkan bila anda membuka  aplikasi youtube melalui sambungan wifi.

fungsi limit mobile data usage youtube

Cara lain untuk ubah definisi video.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengubah definisi sesuatu video ketika sedang menonton video kegemaran melalui cara yang berikut :

1. Klik pada menu di bahagian atas kanan video yang ditonton seperti dalam gambar dibawah.

klik pada bahagian menu disebelah  atas kanan video youtube

2. Seterusnya klik pada "Quality" dan pilih kualiti video yang dinginkan seperti 144p, 240p, 360p atau 480p.  Harus diingat bahawa semakin tinggi definisi video yang dipilih maka semakin banyaklah data internet yang bakal digunakan.



Diharapkan semoga tutorial tentang cara menjimatkan kuota internet ketika menonton youtube melalui telefon pintar ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat. Artikel berkaitan yang mungkin anda minati cara jimatkan data internet bila guna Whatsapp.