Khamis, 19 Mei 2016

Kedai makan saji sup tulang lipas

Label :

Menu sup tulang bercampur bangkai lipas.

sup tulang bercampur bangkai lipas

Kecewa bercampur marah, itulah ungkapan tepat mengambarkan perasaan saya bila terjumpa bangkai lipas ketika sedang syok menikmati sup tulang di salah sebuah kedai makan pada petang tadi. Bila nasi dah habis dijamah, ingatkan nak tumpukan sepenuh perhatian mengigit cebisan daging sambil menghirup sup yang masih panas.

Bila gaul punya gaul kononnya nak bagi rasa sup sebati, tiba tiba timbul satu benda aneh dari dasar mangkuk. Ingatkan bawang hangus, rupa rupanya lipas hangus yang masih lengkap anggota badan. Nak marah pun nasi dah habis masuk dalam perut.

Petua ringkas sebelum menjamah sesuatu makanan dan minuman.

  1. Seelok eloknya gaulkan dahulu sup menggunakan sudu, pastikan tiada benda yang tidak sepatutnya didalamnya. Jangan terus melahap nanti menyesal tak sudah.
  2. Kalau pesan nasi atau mee goreng, gaulkan dahulu dan kenalpasti elemen elemen yang menjijikan seperti lalat, cicak, semut, batu, dawai pencuci kuali atau bangkai lipas sebelum anda menjamu selera.
  3. Begitu juga dengan air minuman, perhatikan betul betul di dalamnya tiada benda yang bakal meloyakan tekak anda. 
  4. Pesan minuman dalam tin atau kotak adalah yang terbaik. Minum minuman yang dibancuh bukan salah tetapi kita harus faham bahawa ada segelintir pekerja kedai makanan (bukan semua) "suka bermain" dengan kiub ais seolah olah ianya adalah tempat mencuci tangan. Ianya kemudiannya dimasukkan ke dalam gelas dan dihidangkan kepada pelanggan.
  5. Kalau nak makan makanan segera yang dah terhidang, pastikan tiada lalat yang mengerumuni makanan tersebut.

Persekitaran kedai makan.

Ini perkara yang kadangkala kita terlepas pandang mungkin disebabkan terlalu lapar atau sebab tak endah. Sebelum melangkah masuk ke dalam sesebuah premis makanan, perhatikan dahulu seandainya terdapat sang tikus yang berkeliaran atau mungkin sedang bermain dengan kucing kucing di sekeliling kedai. Kalau dah masuk ke dalam kedai, dongak dongakanlah kepala keatas siling. Tengok berapa tebal habuk yang melekat dekat bilah kipas angin yang sedang berpusing. 

Jangan mengharap sangat status gred 'A', 'B' atau 'C' yang dilekatkan oleh pihak berkuasa. Yang nak makan tu bukannya diorang tapi anda. Kalau dah rasa was was, baik tak payah makan atau cari tempat lain. Tak mustahil kalau stok sayur atau daging yang dihidangkan telah terlebih dahulu dirasmikan oleh tikus tikus di dapur. Lagi teruk kalau stok stok makanan ini telah dibasahkan oleh air kencing haiwan berbahaya ini.

Kesimpulan.

Sebagai seorang pelanggan yang bijak, kita haruslah tahu bahawa makan makanan yang tercemar boleh memudaratkan kesihatan. Kita berterima kasih kepada mereka yang menyediakan sajian namun jangan pula kepercayaan itu disia siakan oleh mereka dengan tidak menjaga kebersihan tempat tempat makan dan sebagainya. Masing masing mempunyai integriti melaksanakan tugas dengan bersungguh sungguh bukan hanya secara ala kadar atau acuh tak acuh. Kepada premis premis makanan diluar sana, jagalah kebersihan  tempat anda serta makanan yang dihidangkan. Jangan sampai sumpah seranah pelanggan yang termakan makanan tercemar ini dimakbulkan. Sekian.