Selasa, 26 April 2016

Keunikan pesawat solar impulse cipta rekod dunia

Label :

Terbang mengelilingi bumi hanya guna tenaga solar.

Flea Hop HB-SIA - Solar Impulse

Solar Impulse 2 adalah pesawat terbesar pernah dibina dengan berat badan yang begitu ringan. Memiliki sayap lebih lebar daripada Boeing 747 Jumbo Jet. Manakala berat dan kelajuan menyamai sebuah kereta serta kuasa motor yang bersamaan dengan kuasa motosikal kecil.

Kedengaran agak mustahil namun itulah cabaran yang disahut oleh pelopor pesawat eksprimen yang dijanakan sepenuhnya oleh tenaga solar ini iaitu Andre Borschberg dan Bertrand Piccard. Bermula dengan percubaan penerbangan pertama menggunakan pesawat Solar Impulse 1 pada bulan disember 2009. Piccard dan Borschberg berjaya menamatkan penerbangan pesawat solar mereka bermula dari Switzerland ke Sepanyol dan kemudiannya ke Maghribi pada tahun 2012. Seterusnya melakukan beberapa siri penerbangan di seluruh Amerika Syarikat pada tahun 2013.

Solar Impulse 2, iaitu pesawat kedua yang dibina dan siap pada tahun 2014. Ditambahbaik dengan lebih banyal sel sel solar, motor yang lebih kuat serta pengubahsuaian yang lain. Pada bulan Mac 2015, SI2 telah memulakan penerbangan pertama mengelilingi dunia bermula dari Abu Dhabi.



Jadual ekspedisi penerbangan mengelilingi dunia.



NO.DESTINASITARIKH BERLEPAS
1.ABU DHABI(UAE) - MUSCAT(OMAN)09 MAC 2015
2.MUSCAT(OMAN) - AHMEDABAD(INDIA)10 MAC 2015
3.AHMEDABAD(INDIA) - VARANASI(INDIA)18 MAC 2015
4.VARANASI(INDIA) - MANDALAY(MYANMAR)19 MAC 2015
5.MANDALAY(MYANMAR) - CHONGQING(CHINA)30 MAC 2015
6.CHONGQING(CHINA) - NANJING(CHINA)21 APRIL 2015
7.NANJING(CHINA) - NAGOYA(JEPUN)01 JUN 2015
8.NAGOYA(JEPUN) - HAWAII(US)03 JULAI 2015
9.HAWAII(US) - CALIFORNIA(US)24 APRIL 2016
10.CALIFORNIA(US) - PHOENIX (US)02 MEI 2016
11.PHOENIX (US) - TULSA (US)12 MEI 2016
12.TULSA (US) - DAYTON (US)21 MEI 2016
13.DAYTON (US) - PENNSYLVANIA (US)25 MEI 2016
14.PENNSYLVANIA (US) - NEW YORK (US)11 JUN 2016
15.NEW YORK (US)  - SEVILLE (SPAIN)20 JUN 2016
16.SEVILLE (SPAIN) - CAIRO(EGYPT)11 JULAI 2016
17.CAIRO(EGYPT) - ABU DHABI(UAE)23 JULAI 2016

Antara negara yang menjadi tempat persinggahan.

Pesawat unik ini akan singgah di beberapa negara seperti Oman, India, Myanmar, China dan Jepun. Solar impulse 2 seterusnya akan terbang merentasi lautan pasifik sejauh 8,924 km (5,545 batu) sebelum tiba di Hawaii, yang mana mencipta rekod penerbangan solo selama 5 hari 5 malam tanpa henti. Lokasi persinggahan seterusnya adalah di beberapa tempat di Amerika Syarikat sebelum meneruskan baki penerbangan merentasi lautan Atlantik ke Eropah dan berakhir di Abu Dhabi.

Fakta ringkas mengenai pesawat SI2.

  1. Terdapat sebanyak 17,248 sel solar setebal 135 micron pada sayap, fiuslaj dan ekor pesawat.
  2. Dilengkapi bateri litium polimer dengan kuasa optimum 260 Wh/kg seberat 633 kilogram.
  3. Dikuasakan oleh empat motor elektrik dengan kuasa sederas 17.5 hp setiap satu.
  4. Berat pesawat 2,300 kg.
  5. Lebar sayap 72 meter.
  6. Kelajuan antara 36 km hingga 140 km sejam bergantung pada ketinggian.
  7. Kod penerbangan untuk SI2 adalah HB-SIB. (SI1 pula adalah HB-SIA)

Butiran mengenai perjalanan ekspedisi.

  1. Jarak penerbangan keseluruhan adalah sejauh 35,000 km.
  2. Pesawat diterbangkan oleh Andre Borschberg dan Bertrand Piccard secara bergilir gilir.
  3. Keseluruhan ahli pasukan berjumlah 90 orang termasuk jurutera, juruteknik dan lain lain.
  4. Jumlah jam penerbangan keseluruhan: 500 jam.
  5. Jumlah lautan yang bakal direntasi : 10 (dalam perancangan).
  6. Jangka masa misi: 5 bulan dalam tempoh 2 tahun.
  7. Kos projek dianggarkan berjumlah 170 juta Franc(CHF) Switzerland.
Ikuti perkembangan terkini dan semasa projek ekspedisi #SolarImpulse2 mengelilingi dunia melalui pautan berikut : :



Cara buat responsive table untuk blog

Label :

Kenapa perlu table responsif untuk artikel blog.

Di dalam penghasilan sesetengah artikel di dalam blog kadangkala penggunaan table (bukan spesis meja makan) adalah perlu supaya segala maklumat, data atau statistik tertentu dapat disampaikan kepada pembaca dengan cara yang kemas, teratur dan menarik. Cara tradisional yang memerlukan penulis untuk menggunakan kod html, css dan javascript mungkin agak susah terutama bagi mereka yang kurang mahir dalam aspek tersebut.

Definition of: HTML table. An HTML structure for creating rows and columns on a Web page. The Table tag defines the overall table and the Table Row (TR) tag is used to build each row. The TableData (TD) tag defines the actual data.

Penyelesaian kepada masalah.

Jalan terbaik adalah dengan menggunakan tablesgenerator online. Ianya mudah dan senang digunakan tanpa sebarang bayaran. Apa yang menariknya lagi ialah table yang dihasilkan boleh diubah tetapannya kepada jenis responsive yang bermaksud ianya akan berubah saiz mengikut saiz paparan skrin pada peranti pengguna.

Contoh paparan table pada skrin laptop.



Contoh paparan table pada skrin smartphone.



Cara cara untuk membuat.

Langkah 1: 

Pergi ke www.tablesgenerator.com dan klik pada HTML Tables, seterusnya klik pada File dan pilih New table. Anda akan diminta untuk memasukkan bilangan Rows (baris melintang) dan juga
Columns (baris menegak) yang sesuai dengan table yang akan dibuat, kemudian tekan Create.


Langkah 2:

Masukkan segala maklumat atau data yang dikehendaki dengan klik sebanyak dua kali (double click) pada petak tersebut. Jika bilangan Rows table yang dibuat tidak mencukupi, tambahkannya dengan right click pada nombor 1, 2, 3 di sebelah kiri table. Begitu juga dengan bilangan Columns, right click pada huruf A, B, C di bahagian atas table.


Langkah 3:

Bagi mengemaskan lagi table yang telah siap, anda boleh mengubah text alignment, cell font, text font, text colour, table background colour dan theme mengikut citarasa. Gunakan fungsi Undo dan Repeat dalam menu Edit seandainya terjadi sebarang kesilapan. Setelah berpuas hati, klik butang Generate.


Langkah 4:

Setelah selesai langkah yang ketiga, pergi ke menu Extra options dan tukarkan tetapan Layout dengan klik pada Center table horizotally, Enable table sorting atau Make table responsive. Uji dahulu table yang telah siap dengan klik pada butang Preview. Akhir sekali klik Copy to clipboard dan salin (paste) kod tersebut ke dalam ruangan html artikel blog.


Tip bonus.

Harus diingat bahawa kod table yang anda salin mengandungi html, css dan javascript jika ketiga tiga fungsi Layout diaktifkan, saya sarankan agar anda guna gambar Print screen (Tekan kekunci logo Window dan PrtSc untuk window 10 ) semasa melakukan proses Preview untuk meringankan page loading artikel bog tersebut. Maksudnya gantikan kod table dengan gambar print screen.


Adakah artikel ini membantu ?


Ya  smile

Tidak frown
Other
Please Specify:









Ahad, 24 April 2016

GiveAway Mei by Ann

Label :



http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html

Klik banner untuk menyertai


Senarai Sponsor:



Kata kata hikmah oleh warren buffett

Label :

Warren Buffett KU Visit
Warren buffett