Jumaat, 22 April 2016

Bagaimana daftar derma organ secara online

Label :

Apa itu pendermaan organ.


Ianya adalah proses pemindahan organ atau tisu daripada penderma, samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir. Proses pemindahan atau juga dikenali sebagai transplan telah terbukti berkesan dan mampu menyelamatkan nyawa. Namun tanpa penderma, proses transplan organ tidak akan dapat dilakukan.


Jom ikrar derma organ

Siapa yang layak menderma.

Selain daripada kanak kanak, individu kurang upaya mental dan penghidap penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B atau C, Syhpilis, rakyat Malaysia dibenarkan untuk menderma organ. Bagi individu yang berusia 18 tahun kebawah yang berhasrat untuk berbuat demikian, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga sah untuk berdaftar sebagai penderma. Manakala banduan pula hanya dibenarkan untuk menderma organ di dalam keadaan tertentu untuk menyelamatkan ahli keluarga terdekat.

Jenis jenis pendermaan.

Pendermaan semasa masih hidup.

Di dalam kategori ini, penderma hanya dibenarkan untuk mendermakan sebahagian daripada hatinya atau salah satu buah pinggang sahaja. Di Malaysia pendermaan ini terhad kepada ahli kelurga terdekat iaitu :

  1. Pasangan kembar seiras.
  2. Ahli keluarga darjah pertama (first degree relative) seperti yang berikut : Ibu, bapa, anak perempuan, anak lelaki, kakak, abang.
  3. Ahli keluarga darjah kedua (second degree relative) seperti yang berikut : Nenek, datuk, cucu perempuan, cucu lelaki, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara perempuan, anak saudara lelaki, kakak tiri, abang tiri. 
Walaupun risiko pembedahan rendah namun bakal penderma mesti menjalani pemeriksaan kesihatan terperinci bagi memastikan keadaan kesihatan bakal penderma berada pada tahap yang optimum dan mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin terjadi. Selain itu, penderma dan penerima juga mesti mempunyai keserasian dari segi kumpulan darah dan tisu.

Pendermaan selepas kematian.

Fakta pertama yang ingin dikongsikan di sini adalah jika seseorang yang mati otak menderma organ dan tisu badannya, ia boleh menyelamatkan sekurang kurangnya 8 orang pesakit. Pendermaan selepas kematian amat digalakkan kerana ia tidak melibakan sebarang risiko kepada penderma berbanding pendermaan ketika masih hidup. Ianya mampu menyelamatkan ramai pesakit yang memerlukan dan memberikan sinar baharu dalam kehidupan mereka.

Mati otak adalah keadaan dimana tiada aliran darah yang membawa oksigen ke dalam otak termasuk pangkal otak yang mengawal sistem pernafasan dan denyutan jantung. Ini boleh terjadi akibat kecederaan ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk menyebabkan otak menjadi bengkak. 

Pendermaan tisu.

Seramai 35 orang pesakit yang memerlukan akan mendapat manfaat daripada seorang  penderma tisu. Tulang diperlukan bagi mengantikan bahagian tulang yang perlu dibuang akibat barah atau kemalangan, ini dapat menyelamatkan anggota badan tersebut daripada dipotong. Kulit pula digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah kelecuran akibat kebakaran. Begitu juga pendermaan mata dan injap jantung.

Heart transplant
wikimedia

Mendaftar sebagai pengikrar pendermaan organ.

Bagi memudahkan rakyat Malaysia melaksanakan hasrat sebagai penderma maka kaedah mengisi borang secara online telah diperkenalkan. Anda boleh melayari laman web rasmi Unit Perkhidmatan Transplan dan Pusat Sumber Transplan Nasional di  www.dermaorgan.gov.my untuk berbuat demikian. Ianya cepat dan mudah digunakan, selepas mendaftar anda perlu memberitahu pihak keluarga terdekat mengenai keputusan untuk menderma organ dan tisu selepas kematian. Selepas pendaftaran diproses dan diluluskan, anda akan diberikan satu kad khas yang menandakan anda telah berdaftar sebagai pengikrar.


contoh maklumat pengesahan setelah selesai mendaftar sebagai penderma organ

Statistik ikrar derma organ di Malaysia.

statistik ikrar derma organ 2010 hingga 2015

Perhatian :
Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan melalui laman web rasmi Unit Perkhidmatan Transplan dan Pusat Sumber Transplan Nasional dengan kebenaran\keizinan bertulis. Jika terdapat sebarang kekeliruan atau percanggahan maklumat, sila terus ke laman web rasmi iaitu www.dermaorgan.gov.my untuk info lebih lanjut. Harap maklum.




Ahad, 17 April 2016

Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser

Label :

Klik banner untuk info lanjut

Antara syarat yang perlu diikuti ialah :

1. Buat tajuk entry - Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser

2. Letakkan banner diatas dan backlink kan kembali ke sini.

3. Follow sponser.

4. Hantarkan kembali url penyertaan di kotak komen.

Lebih 10 hadiah menanti pemenang bertuah. Bermula 17 april 2016 sehingga 30 april 2016.