Sabtu, 16 April 2016

Kepentingan servis kenderaan ikut jadual

Label :

Memastikan kereta diselenggara mengikut jadual.

Kos untuk memiliki sebuah kenderaan bukan sekadar haya membayar ansuran bulanan tetapi ianya adalah lebih dari itu. Setiap kereta perlu diservis ataupun dibaikpulih bila tiba masanya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh membantu menjimatkan wang dan seterusnya memanjangkan jangka hayat kereta. Ianya adalah seperti berikut :

  • Periksa paras minyak enjin, brek, kotak gear, paras air bateri dan radiator. Juga termasuk keadaan timing belt, tayar, suspensi dan sebagainya.
Oil Change oil pan 2005 gmc suv

Kenapa perlu periksa.

Nampak remeh namun ramai yang tidak sedar bahawa seandainya anda melakukan pemeriksaan berkala, harian atau mingguan keatas kereta anda. Ini membolehkan anda mengenalpasti kerosakan sesuatu komponen seperti timing belt contohnya dengan lebih awal. Mana yang anda pilih ? kos untuk menukar timing belt yang beratus ringgit atau kos untuk overhaul semula enjin kereta anda yang beribu ribu lemon.



Checklist penyelenggaraan kereta :

Jadual penyelenggaraan mengikut kilometer



Berdasarkan pengalaman penulis, menukar atau mengantikan apa apa alat ganti kereta sendiri adalah 50 %  hingga 60% lebih murah berbanding dengan kedai atau bengkel. Namun tidak semua orang memiliki masa dan kemahiran yang sama, perkara ini bergantung kepada keputusan individu masing masing. Berikut adalah pakej servis kereta yang disyorkan oleh:


  1. Perodua

Jumaat, 15 April 2016

GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Label :

http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html


Sila klik banner untuk join dan info lanjut

Khamis, 14 April 2016

Cara kenalpasti url iklan sensitif adsense

Label :

Mencari dan menyekat url iklan google adsense di dalam blog.

Kadangkala keluar iklan dari google adsense yang tidak sesuai atau tidak senonoh di dalam blog. Bagi sesetengah blogger, ianya adalah sesuatu yang tidak diingini dan perlu diblock. Namun apa yang menjadi masalahnya adalah bagaimana cara untuk mengetahui alamat url iklan tersebut tanpa melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak google yang mana juga dikenali sebagai invalid click activity


Guna google publisher toolbar.

Caranya adalah seperti yang berikut :

1. Taipkan "google publisher toolbar" di dalam ruang carian seperti dibawah dan klik pada pautan untuk muat turun.


2. Klik pada add to chrome.


3. Selepas itu, klik add extension.


4. Anda akan dapat lihat toolbar yang telah berjaya dipasang pada sebelah penjuru kanan atas web browser chrome seperti dalam gambar di bawah.


5. Untuk langkah seterusnya, klik pada logo google publisher toolbar tersebut dan klik enable bagi adsense seperti didalam gambar dibawah dan kemudiannya klik allow.



6. Setelah itu, buka mana mana laman blog anda sendiri yang berdaftar dengan google adsense, tunggu sehingga loading laman blog selesai dan jika anda klik pada publisher toolbar ianya akan memaparkan maklumat iklan adsense beserta url yang terdapat di dalam blog anda pada bahagian bawah sekali. Pastikan juga ad overlays button diaktifkan kepada "on".



7. Bagi menyekat iklan adsense yang tidak sesuai dengan blog, klik pada logo yang bertanda dengan anak panah seperti yang tertera pada gambar diatas dan anda akan dipaparkan dengan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan iklan, seterusnya klik pada block button pada bahagian bawah dan selesai.

Maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan mahupun kesilapan dalam entri ini, sila komen pada ruangan dibawah untuk pembetulan dan maklumbalas, sekian sahaja dan terima kasih. 


Adakah artikel ini membantu?

Ya
Tidak
Do Riddles


Isnin, 11 April 2016

Keunikan Malaysia webe community crowdbacking

Label :

Membantu rakyat Malaysia merelisasikan idea dan projek.


Ianya berfungsi seperti Kickstarter crowdfunding namun apa yang uniknya adalah webe community menggunakan istilah crowdbacking atau sokongan orang ramai untuk melayakkan sesebuah projek bagi mendapatkan dana yang diperlukan. Setiap ahli baru yang mendaftar akan diberikan 50 webits yang mana cukup untuk menyokong satu projek yang diingini.

Bagi menyokong lebih banyak projek, pengguna hanya perlu kongsikan projek tersebut di media sosial seperti facebook dan twitter dan akan mendapatkan 20 webits untuk setiap perkongsian. Tiada had dan perkongsian boleh dilakukan sebanyak yang mungkin.

Dari mana datangnya sumber kewangan.

Webe disokong oleh institusi Pembekal Perkhidmatan Digital atau Digital Service Provider yang percaya bahawa sebahagian daripada keuntungan mereka harus disumbangkan semula kepada masyarakat. Idea atau projek yang ditaja tidak terhad kepada kebajikan atau sebab sebab tertentu sahaja tetapi ianya berdasarkan satu matlamat iaitu untuk membawa perubahan positif bagi menjadikan kehidupan rakyat Malaysia lebih baik dan mudah.

Bagaimana untuk mendaftar dan turut serta.

Penyertaan semua orang adalah dialu-alukan. Hanya perlu muat turun aplikasi dan daftar akaun. Selepas itu anda boleh sokong mana mana projek-projek yang disukai. Tiada wang yang diperlukan untuk menunjukkan sokongan anda. Melalui komuniti Webe, apa yang anda perlukan adalah mata 
webits. Tetapi harus diingat, setiap ahli hanya dibenarkan menyokong satu projek dalam satu masa, tidak kira berapa banyak webits yang anda ada.

Contoh contoh projek.

Aplikasi untuk meramal dan menghapuskan denggi.


Salah seorang doktor yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah pengasas bersama sebuah syarikat yang menggunakan algoritma yang dipatenkan untuk meramalkan wabak penyakit berbahaya. Mereka bekerja dengan kerajaan Brazil untuk meramalkan wabak denggi dan berhasrat membawa teknologi ini ke Malaysia. Aplikasi mereka menggunakan data crowdsourcing dan algoritma saintifik yang dipatenkan untuk mencari bila dan di mana denggi akan menyerang kemudian. 

Ubah kontena kapal menjadi bilik darjah.

ShippingContainerCottage

Apa yang anda lakukan jika anda mempunyai 64 orang pelajar khas dan bilik darjah ICT terletak di tingkat tiga dan tiada lif atau akses khas disediakan?.Salah sebuah sekolah di Perak merancang untuk mengubahsuai kontena kapal menjadi bilik darjah ICT yang mudah diakses.Ia adalah satu penyelesaian kreatif bagi memudahkan sesi pembelajaran para pelajar ini.Kita selalu melihat kontena terpakai diubahsuai menjadi rumah, kedai dan sebagainya. Jadi mengapa tidak ianya dijadikan sebagai bilik darjah.

Layari laman web rasmi webe community untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci.

segmen jom singgah jombelog

Label :

Klik pada banner untuk info lanjut
Tamat : 30 April 2016