Sabtu, 9 April 2016

Mengatasi serangan asma tanpa inhaler

Label :

Menangani serangan asma tanpa inhaler.

Hidup diselubungi dengan asma memang susah dan menakutkan. Serangan biasnya berlaku apabila saluran pernafasan di dalam paru paru dijangkiti (bengkak atau radang) dan seterusnya menyebabkan lendir terhasil. Ini menyebabkan seseorang sukar bernafas disamping sakit dada dan bunyi pelik terhasil akibat penyempitan saluran pernafasan.

perkara yang mencetuskan asthma
Penyebab serangan asthma

Tip tip kecemasan.

Penghidap asma yang ingin keluar kemana mana tanpa inhaler boleh diumpamakan sebagai mimpi ngeri. Namun dalam situasi tertentu jika anda terlupa membawanya, berikut adalah langkah langkah yang boleh membantu:

  1. Duduk tegak dan jangan baring - membengkokkan tubuh atau berbaring akan menyempitkan saluran pernafasan seterusnya akan memburukkan lagi keadaan.
  2. Bertenang - Bawa bertenang dan jangan panik adalah langkah terbaik dalam situasi ini. Ianya membantu mengelakkan ketegangan otot dada dan menyenangkan anda untuk bernafas.
  3. Tarik nafas panjang/dalam - menarik nafas yang panjang dan dalam akan membantu memperlahankan pernafasan. Cuba untuk bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut.
  4. Minum minuman panas seperti kopi - Ini membantu melegakan saluran pernafasan secara sementara.
  5. Jauhi/elakkan pencetus  - Serangan asthma boleh disebabkan beberapa faktor seperti debu, asap rokok atau baha kimia. Jauhi sumber sumber penyebab tersebut dan pergi ke tempat yang udaranya bersih.
  6. Terakhir sekali - Pergilah mendapatkan rawatan jika serangan asthma tidak berhenti selepas beberapa ketika, minta bantuan ahli keluarga atau rakan rakan.
Berdasarkan pengalaman sendiri sebagai penghidap asma, walaupun tidak kritikal mungkin setahun sekali bermalam di hospital bertemankan nebulizer. Apa yang membuat hati saya sayu adalah melihat anak anak kecil menangis diserang asma. Tidak dapat dibayangkan bagaimana sedihnya perasaan ibu dan bapa yang menemani mereka. 

Khamis, 7 April 2016

Cara mudah buat komik guna pixton

Label :

Kenapa perlu pilih Pixton.

Bagi yang berminat untuk mengetengahkan idea idea kreatif berkenaan dengan komik. Di sini saya ingin kongsikan antara medium yang boleh digunakan untuk merealisasaikan impian anda. Pixton Comics adalah sebuah platform untuk membuat komik online yang berpangkalan di UK.



Mudah dan senang untuk digunakan, itu adalah antara ciri ciri utama comics maker terkenal ini. Bukan itu sahaja, ianya juga menyokong pelbagai sistem operasi terkini seperti Mac,Window,
Linux,Chromebook,Android dan Ipad. Ini memudahkan pengguna untuk meluahkan karya masing masing dimana sahaja tanpa mengira waktu dan melalui pelbagai peranti.

Terdapat tiga pilihan yang boleh digunakan untuk mula menyerlahkan bakat anda iaitu:

Pixton for fun.

  • Untuk kegunaan peribadi.
  • Terdapat lebih 1 juta pengguna dan semakin berkembang.
  • Terdapat peraduan, Carta 10 harian dan banyak lagi.

Pixton for schools.

  • Untuk kegunaan cikgu dan para pelajar.

Pixton for business.

  • Lebih banyak ciri dan fungsi menarik.
  • Sesuai untuk sesiapa yang inginkan kepuasan.

Kongsikan karya.

Anda juga boleh memuatkan gambar untuk digunakan sebagai watak atau latar belakang komik selain daripada prop yang telah disediakan. Ini memberi lebih banyak pilihan untuk pengguna. Hasil kerja yang telah siap juga boleh dikongsikan di media media sosial seperti facebook dan twitter.Ianya juga boleh dicetak,email kepada rakan rakan atau dimuat turun. Jangan risau akan kehilangan komik anda kerana jika anda telah berdaftar maka karya anda boleh diakses pada bila bila masa.

Rabu, 6 April 2016

Pencipta pita pelekat yang genius

Label :

Biografi.

Richard Gurley Drew adalah seorang jurutera kimia dari Amerika. Beliau bekerja sebagai penyelidik di Minnesota Mining and Manufacturing Company yang juga dikenali sebagai 3M. Drew mempunyai pengalaman yang luas berkenaan dengan bahan pelekat kerana syarikat tempat beliau bekerja terlibat dengan pembuatan kertas pasir berasaskan silika dan aluminium oksida atau zarah kristal sejak tahun 1926.

Tejphållare

Bukan sahaja pita pelekat malah sumbangan beliau dalam penciptaan kertas pasir juga harus dihargai. Pada masa yang sama, dimana kereta dicat dengan dua jenis warna yang berbeza menjadi semakin popular di Amerika. Namun terdapat masalah dengan pita pelekat yang digunakan untuk menutupi bahagian atau sempadan cat yang berlainan, ianya kurang berkualiti dan susah untuk digunakan. Secara tidak langsung menjejaskan kualiti cat kenderaan tersebut.

Mencipta penyelesaian.

Oleh sebab itulah, Drew dan pasukannya membuat formula pembaharuan keatas pita pelekat  yang mana ianya boleh ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan bahan pelekat pada produk pelanggan. Walau bagaimanapun seperti mana ramai pencipta yang lain, Drew mengalami banyak kegagalan sebelum produk beliau benar benar berkesan dan menepati permintaan pengguna. 

Pengenalan produk ke pasaran.

Pada tahun 1925, beliau memperkenalkan pita pelekat telus yang pertama di dunia (dipanggil sebagai sellotape di UK dan Scotch tape di Amerika). Dibelenggu kesan daripada kejatuhan Wall Street pada tahun 1929, ramai orang mula membaiki barangan yang rosak dengan menggunakan pita pelekat dan bukan menggantikannya dengan yang baru. Ini dilihat sebagai titik permulaan yang menjadikan penggunaan pita pelekat 3M amat popular dan membantu mereka berkembang walaupun berdepan dengan kegawatan ekonomi pada masa itu.

Selasa, 5 April 2016

Kisah pemandu kereta dan papan tanda

Label :

Alkisah pada suatu hari.

Seorang anggota polis trafik sedang menjalankan operasi perangkap had laju, mendapati sebuah kereta yang dipandu pada lorong kanan bergerak terlalu perlahan iaitu pada kelajuan hanya 30 kilometer sejam. 

Bila beliau menahan kenderaan tersebut, beliau dapati terdapat 4 orang lelaki berusia dalam lingkungan 50'an dan 60'an dalam kenderaan tersebut. Anggota polis tadi agak hairan kerana mata kesemua lelaki tersebut terbeliak dan muka mereka pucat lesi. Pemandu kenderaan pun bertanya, apa kesalahan saya encik ? saya memandu mengikut had laju . 





Nama jalan.

Anggota polis tadi pun menjawab " Encik bukan memandu melebihi had laju tapi terlalu perlahan dan boleh mendatangkan masalah kepada pemandu lain." Saya memandu perlahan? tapi encik, saya memandu mengikut had laju yang tertulis pada papan tanda kat depan tu tadi. Bantah si pemandu tersebut dengan nada tidak puas hati. " Anggota trafik tersenyum sindir sambil menjelaskan maksud jalan perdana 30  adalah nama jalan bukan had laju. 


Pemandu tersebut mengangguk kepala tanda faham. " Tapi sebelum anda semua meneruskan perjalanan, saya nak tanya...encik semua nie ok ke tak? sebab saya perhatikan anda semua macam dalam keadaan yang kurang sihat? Tanya anggota polis tersebut. " kami semua ok encik, jangan bimbang, kami baru sahaja menuruni jalan bukit kayu 221, itu yang buat kami semua ni nampak agak gemuruh sedikit !".

Isnin, 4 April 2016

Roh bangun tapi masih bermimpi

Label :

Apa yang berlaku.

Peristiwa yang agak mengerikan dan aku tak pasti apa istilah yang sesuai untuk mengambarkannya. Ianya berlaku pada siang tadi semasa aku sedang berada di dalam bas.Perjalanan yang mengambil masa kira kira 11 jam memang amat memenatkan, jadi aku lelapkan mata sambil menahan kesejukan penyaman udara ditambah dengan hujan yang lebat.

Inicio projecao

Sedar sedar, aku dapati bas sudah berhenti namun tiada penumpang yang kelihatan, semua kerusi kosong.Mana pula pergi semua orang?. Aku gagahi diri untuk bangun namun badanku seolah terpaku pada kerusi bas.Pada ketika itu juga aku perasan yang tangan dan kakiku tidak kelihatan, seolah olah aku halimunan (cuba bayangkan cerita halimunan yang memakai baju dan seluar).

Lama juga rasanya aku bergelut untuk bangun dan pada suatu ketika akhirnya aku terjaga buat kali kedua.Kali ini aku bukan lagi halimunan dan aku dapat melihat penumpang yang lain serta mendengar suara mereka.Bagi memastikan aku tidak bermimpi, aku cuba bangun dan berjaya.

Apa sebenarnya yang telah berlaku masih lagi menjadi tanda tanya bagiku.Tapi apa yang pasti ianya menjadi satu pengalaman yang menakutkan.

Istilah yang paling hampir.

Lucid Dream.

A lucid dream is any dream during which the dreamer is aware that they are dreaming.

During lucid dreaming, the dreamer may allegedly be able to exert some degree of control over the dream characters, narrative, and environment.