Sabtu, 26 Mac 2016

Jom main teka teki untuk smartphone android

Label :

Game uji IQ sambil mengisi masa lapang.

Permainan teka silang kata ini adalah dalam bahasa Melayu.Terdapat lebih 800 soalan teka teki yang mencabar tahap kreativiti anda.Sesuai untuk semua peringkat umur dan mampu membantu menajamkan minda.

contoh soalan yang diberikan

Jawapan kepada teka teki:

Kalau dah buntu untuk menjawab, anda boleh juga memuat turun jawapan teka teki.Tapi sekurang kurangnya kenalah cuba menjawab barulah ada cabaran.

klik gambar untuk download 

Maklumat tambahan:

Versi:2.9 (kemas kini 22 Mac 2016)
Saiz :5.5 MB
Kesesuaian:Android 2.3 dan keatas
Pencipta:SAN 
Jumlah muat turun:500,000 - 1,000,000
Dapatkan di google play store, JOM TEKA TEKI

Selasa, 22 Mac 2016

The key to immortality by Bruce Lee

Label :


Isnin, 21 Mac 2016

Blogwalking By CORETANKU

Label :

klik banner untuk menyertai
TARIKH MULA dan TAMAT SEGMENT

18 Mac 2016 Hingga 31 Mac 2016

Pemenang akan diumumkan pada 01 April 2016

5 Blog Yang Bertuah akan dipilih secara Random.org Dan akan dimasukkan dalam Bloglist Coretanku Selama 3 Bulan.

Apa itu ransomware dan kesannya

Label :

Pengenalan.


Beberapa bentuk ransomware secara sistematiknya menyulitkan fail pada sistem cakera keras, yang menjadikannya sukar atau mustahil untuk dinyahsulit tanpa membayar wang tebusan untuk mendapatkan kekunci penyulitan, manakala sesetengahnya direka untuk mengunci sistem komputer dan memaparkan mesej bertujuan untuk memaksa pengguna membayar wang. Ransomware biasanya disebarkan dalam bentuk trojan, yang mana muatan failnya menyamar seolah olah ianya adalah fail yang sah atau asli.

Bagaimana ianya terjadi.

Ransomware biasanya memasuki sistem melalui fail yang dimuat turun atau kelemahan dalam perkhidmatan rangkaian. Program ini seterusnya mengaktifkan muatannya, yang kebiasannya dalam bentuk scareware(perisian palsu). Muatan failnya mungkin memaparkan amaran penipuan yang mengaku diri mereka adalah agensi penguatkuasaan undang-undang, mendakwa bahawa sistem komputer mangsa telah digunakan untuk aktiviti haram atau ianya mengandungi kandungan seperti pornografi serta media cetak rompak, atau menuduh mangsa menggunakan versi Microsoft Windows yang bukan tulen. 

Sesetengah muatan terdiri daripada aplikasi yang direka untuk mengunci atau menyekat sistem sehingga bayaran dibuat, biasanya dengan mengekploitasikan sistem Shell Windows atau mengubah master boot record dan partition table untuk mengelakkan sistem operasi daripada booting sehinggalah ianya dibaiki. Muatan virus yang paling canggih berupaya menyulitkan fail dengan menggunakan tahap penyulitan yang kuat.Tiada cara lain untuk pengguna selain daripada membayar pembuat malware untuk mendapatkan kunci penyulitan.

Kenapa ianya menjadi pilihan.


Matlamat utama dalam ransomware adalah wang,mangsa dipaksa membayar untuk membolehkan mereka mendapatkan semula akses sistem komputer yang telah diserang.Namun hakikatnya samada virus tersebut benar benar telah dihapuskan oleh penyerang apabila duit telah dibayar,itu berkemungkinan terjadi atau tidak berlaku sama sekali kerana mereka mungkin hanya menyahsulitkan akses pengguna tetapi ianya masih lagi aktif menunggu arahan selanjutnya.Apa yang menjadikannya terkenal dan disukai oleh penyerang adalah sistem pembayaran yang tidak mudah atau tidak dapat dikesan. Pelbagai kaedah pembayaran digunakan termasuk: 
  1. Wire transfer.
  2. Mesej teks kadar premium. 
  3. Pembayaran perkhidmatan baucar dalam talian seperti Ukash atau Paysafecard.
  4. Mata wang digital Bitcoin.

Jenis jenis ransomware:

Antara yang sering digunakan adalah seperti :

  1. KeRanger
  2. Reveton
  3. CryptoLocker
  4. CryptoLocker.F and TorrentLocker
  5. Cryptowall
  6. Wanna Cry

Kesannya:

Ransomware bukan sahaja menyasarkan orang perseorangan tetapi juga menjadikan syarikat syarikat perniagaan sebagai mangsa.Ini jelas memberikan kesan yang amat buruk seperti:

  • Gangguan kepada proses operasi.
  • kehilangan  maklumat sensitif atau proprietari secara sementara atau kekal.
  • Kerugian kewangan yang ditanggung untuk memulihkan semula sistem dan fail.
  • Membahayakan atau menjatuhkan reputasi sesebuah organisasi.

Langkah pencegahan:

Serangan virus boleh mengakibatkan kerosakan teruk kepada individu atau organisasi dan proses pemulihan menjadi satu proses yang sukar yang mana mungkin memerlukan perkhidmatan pakar pemulihan data berpengalaman.Adalah disyorkan kepada pengguna mengambil langkah langkah pencegahan seperti berikut untuk melindungi rangkaian komputer,peranti mudah alih mereka daripada jangkitan ransomware:

virus komputer ransomware dan langkah langkah pencegahan


Ahad, 20 Mac 2016

Mengubah iklan header adsense kepada responsif

Label :

Cara membuat iklan pelbagai saiz untuk header blog.

Bagi tutorial ini apa yang dimaksudkan dengan responsive adalah iklan untuk header blog yang akan berubah saiz mengikut paparan skrin peranti seperti desktop,tablet dan telefon pintar yang digunakan oleh pengguna.

Apa yang diperlukan:

  1. Notepad/Notepad ++.
  2. Kod iklan Adsense.
  3. Kod Cascading Styling Sheets (CSS)
  4. Pastikan anda backup template blog sebelum bermula.

Pertama sekali sediakan notepad atau notepad ++ untuk tujuan pengeditan kod, kemudiannya salin kod iklan (Ad Code)yang terdapat pada bahagian My ads dalam akaun google adsense anda.
Tampalkan unit kod tersebut dalam notepad dan biarkan.

Contoh kod iklan jenis Asynchronous 

Langkah seterusnya adalah untuk mengubah beberapa aspek dalam kod seperti berikut :

Contoh kod iklan yang asal.


iklan asal tanpa pengubahsuaian

Kod iklan yang telah diubahsuai.



Apa yang perlu dibuat :

Pada kod adsense asal yang telah anda pastekan di dalam notepad/notepad ++,padamkan dan ubahkan 4 ciri berikut:


  1. Tukarkan nama ins class="iklan_1" kepada (contoh:adslot_1/myads/ads_1) mengikut suka.
  2. Padamkan "width:728px;height:90px" pada bahagian style.
  3. Gantikan "data ad client" dengan id anda sendiri. (contoh:ca-pub-1234567123456789) .
  4. Begitu juga dengan "data ad slot" tukarkan dengan id anda. (contoh:6789012345).

Kod css utuk iklan.



Sila copy dan paste kod css di dalam textarea diatas ke dalam notepad/notepad ++.Perhatikan pada nama".iklan_1", pastikan anda menukar kesemuanya mengikut nama "ins class" yang telah anda cipta sebentar tadi. (contoh:adslot_1/myads/ads_1).

Cara letak kod html dan css dalam blog.

Mula mula copy kod iklan adsense yang telah diubahsuai, pergi ke bahagian reka letak blog anda dan pastekan kod pada bahagian header.

klik edit dan tampalkan kod iklan
Bagi kod css, pergi ke bahagian "template" blog dan seterusnya klik "edit template".Tekan kekunci "Ctrl" dan "F" dan pastekan kod berikut dalam ruangan carian "</b:template-skin>" dan tekan enter. Tampalkan kod css dan klik save,rujuk pada gambar dibawah.

Paste kod css seperti dalam gambar
Untuk memastikan iklan responsif ini berkesan sepenuhnya, jangan lupa tukarkan aturan "template mudah alih" kepada "peribadi" seperti dalam gambar dibawah.




Terakhir sekali cuba buka blog anda dan lihat perbezaan saiz iklan mengikut saiz skrin peranti yang digunakan.

Dekstop.


Tablet.


Smartphone.







BG-2 ERNA Bloglist walking April Mei 2016

Label :

Segmen Bloglist-Walking April-Mei 2016 : BG-2 Erna.


Klik banner untuk info lanjut