Jumaat, 18 Mac 2016

Masalah error connection timed out facebook

Label :

Akses internet ke fb disekat oleh ISP.

Kadangkala terjadi bila pembekal perkhidmatan internet (Internet Service Provider) di Malaysia membina tembok penghalang diantara pengguna dan sambungan internet ke sesetengah laman sesawang atas alasan yang tersendiri.Boleh jadi, pilihanraya dah dekat jadi banyak maklumat yang tunggang terbalik, tak tahu hujung pangkal disebarkan di laman laman sosial dan sebagainya.Bagi mengelakkan rakyat daripada diracuni dengan maklumat yang berbisa ini maka tindakan penyekatan versi 3.0 dikuatkuasakan serta merta.

Kisah sebenar disebalik kejadian.

Agak agak dah dekat 3 minggu asyik keluar error connection timed out ! bila aku cuba nak buka facebook melalui laptop menggunakan sambungan maxis broadband 3g.Nak kata pelan data tak cukup tapi bila semak masih banyak bergiga giga byte.Bila buka website yang lain tak ada masalah,lancar macam pelesit kota.Cuba tukar guna Digi broadband internet,laman fb dapat diakses dengan jayanya.Memanglah terbuktilah bahawa ada tembok pemisah yang didirikan antara aku,internet dan facebook.

Laman web gagal di capai katanya

Cara penyelesaian.

Langkah pertama:

Untuk kepastian, buka command prompt atau CMD.Bagi yang menggunakan window 10 cuma perlu tekan lambang 'window' kemudian 'x' dekat papan kekunci.Lepas itu pilih 'Command Prompt (Admin)'.Seterusnya cuba taipkan 'ping facebook.com' seperti yang terpapar dalam gambar dibawah.Jika keluar 'request timed out' selepas anda ping maka sahlah sambungan internet dari laptop ke facebook disekat.

Status request timed out menandakan sambungan bermasalah 

Langkah kedua:

Menggunakan perisian Avast Antivirus versi terkini(sila muat turun jika tiada),klik pada 'Tools'.

klik pada avast tools 



Kemudian pilih 'SecureLineVPN'.

klik pada avast SecureLine VPN





 Klik 'Next' dan seterusnya klik 'Connect'.



Anda akan disambung ke VPN (virtual private network) yang terdekat seperti Singapura dan sebagainya.



Setelah sambungan ke VPN terdekat berjaya dilakukan seperti dalam gambar diatas, cuba 'ping' semula laman facebook mengikut langkah yang pertama.Anda akan dapat lihat perbezaan antara ping sebelum dan selepas menggunakan VPN.Kemudian cuba buka laman web FB menggunakan web browser yang terdapat pada laptop anda.Jika tiada masalah yang berbangkit maka sepatutnya anda sudah dapat menarik nafas lega.Terakhir sekali, gunakan data internet anda habis habisan dan tukar ke ISP yang lain sebagai seorang pengguna yang bijak.Selamat mencuba dan diharapkan bermanfaat.

perbezaan ping sebelum dan selepas sambungan ke vpn
Terdapat juga penyedia servis vpn lain yang boleh dicuba seperti totalvpn. Sama seperti avast namun terdapat pakej percuma yang boleh digunakan sepanjang masa namun ianya adalah terhad.


Guna vpn melalui extension pada browser.

Alternatif yang lain adalah dengan menggunakan servis vpn yang terdapat pada extension browser seperti google chrome. Cara caranya adalah seperti yang berikut :

1. Klik pada butang menu di sebelah atas kanan browser.
2. Pergi ke More tools dan seterusnya pilih Extension.
3. Klik pada Get more extensions di bahagian bawah sekali.
4. Taipkan vpn pada ruangan carian dan tekan enter.
5. Pilih extension vpn yang anda inginkan, contohnya Hotspot Shield Free VPN Proxy.
6. Setelah itu klik add to chrome.
7. Untuk mengaktifkannya, rujuk pada gambar dibawah :

cara aktifkan servis vpn pada extension


Artikel yang hampir serupa: Cara memadamkan sepenuhnya data peribadi pada telefon android

Khamis, 17 Mac 2016

Kelebihan 17track untuk mengesan barangan pos

Label :

Apa itu 17track.

Penyedia perkhidmatan pengesanan secara global untuk pakej pos dan ekspres. Ditubuhkan pada tahun 2010, berpangkalan di bandar Shenzhen, China. Laman web utamanya telah digunakan oleh beratus ribu peniaga dan berjuta juta pembeli dalam talian bulanan. API untuk 17TRACK dan Iframenya disepadukan dalam platform membeli-belah yang tidak terkira banyaknya dan laman web e-Commerce. 

Dimiliki oleh Demon Network Tech Co, Ltd, hasil ilham Encik D, iaitu pengasas syarikat. 
Beliau adalah pakar dalam pengaturcaraan komputer dan juga adalah seorang pakar dalam industri runcit dan e-dagang di luar negara. Beliau mengabdikan dirinya sepenuhnya kepada 17TRACK selama bertahun-tahun dan telah membimbing dalam pembangunan dan pertumbuhan pasukan yang membina dan menyelengara laman web terkenal ini. 

Berlandaskan berhasrat untuk membuat perniagaan dalam talian lebih mudah untuk semua.
Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi lebih dari 170 buah negara, merangkumi pelbagai penyedia pos dan kurier ekspres utama antarabangsa, dan juga pelbagai syarikat logistik rentas sempadan yang popular. Ia memproses lebih 15,000,000 nombor pengesanan pos bulanan dan kira-kira 350,000 nombor pengesanan pos harian. 

Apakah fungsi 17track:

17TRACK membolehkan pengguna untuk mengesan pelbagai penghantaran barangan pos semua dalam satu tempat pada masa yang sama. Ia menghapuskan masalah untuk mencari di laman web penyedia pos rasmi setiap negara.Sistem yang digunakan berupaya mengesan secara automatik perjalanan barangan dari satu tempat ke destinasi seterusnya.Ianya juga mempunyai ciri-ciri penterjemahan maklumat penjejakan secara automatik dan memaparkan kepada pengguna melalui cara yang mudah dan senang difahami.Versi terbaru yang lebih mesra pengguna sedang dibangunkan.

Gambar laman web 17 track yang menyokong pelbagai bahasa


Antara penggunanya:

Pengguna utama 17TRACK adalah para profesional e-Commerce seperti penjual dari Amazon, Ebay, Aliexpress, Wish, dan lain-lain. Ia juga mempunyai sebilangan besar pengguna daripada industri perkhidmatan logistik rentas sempadan seperti DHL, PostNL, BPost dan La Poste serta banyak lagi. Malahan Ianya juga dipercayai dan digunakan oleh platform B2C berjenama terkenal seperti lightinthebox, DX, focalprice, sammydress dan banyak lagi. 17TRACK amat disyorkan dan digunakan oleh ramai pelanggan di serata dunia.

paparan antara muka laman web yang mesra pengguna

Klik disini untuk terus ke laman web rasmi 17track.



Rabu, 16 Mac 2016

Buat pelbagai carta guna meta chart

Label :

Cara mudah bina carta secara online.

contoh gambar carta 
Carta adalah suatu alat untuk menyampaikan maklumat secara visual dengan berkesan. Menggunakan laman web meta-chart.com anda boleh mereka bentuk dan berkongsi carta anda sendiri secara dalam talian,tanpa perlu muat turun dan secara percuma.

Antara kelebihan meta chart.

Terdapat banyak jenis carta yang boleh dicipta seperti carta pai,bar,tally, dan garisan.Cara untuk membuat pun mudah dan senang kerana apa yang perlu dilakukan adalah memilih carta yang dikehendaki dan rekaan yang disukai.Seterusnya masukkan data pada ruangan yang disediakan,namakan label dalam carta mengikut kesesuaian.Terakhir sekali anda paparkan hasilkan kerja dan jika berpuas hati ianya boleh dimuat turun dalam bentuk pdf,jpeg,png dan svg.

Selasa, 15 Mac 2016

7 ciri rumah kediaman sasaran perompak

Label :

Perkara yang menjadi perhatian penceroboh.


Anda menggunakan banyak masa,tenaga dan wang untuk menjadikan rumah anda sebagai tempat yang selesa dan selamat untuk didiami. Namun perkara yang paling kita tidak ingini dan takuti adalah apabila rumah tersebut dimasuki dan dirompak.Jadi sebelum ianya terjadi luangkan sedikit masa untuk menilai dan mengenalpasti beberapa aspek yang berkemungkinan menjadikan rumah kesayangan anda sebagai sasaran manusia durjana ini.Berikut adalah 7 ciri ciri rumah yang mungkin menarik perhatian pencuri:



1.Petunjuk daripada sampah.


Kotak kotak bekas tempat simpanan TV flat screen ataupun komputer peribadi anda yang diletakkan di halaman rumah  memberi petanda kepada penceroboh bahawa terdapat peranti tersebut di dalam rumah anda.Sebaik baiknya sembunyikan dahulu klu mudah yang dicari oleh perompak ini sehinggakan anda berhasrat untuk membuangkannya.

2. Keadaan Pintu.


Pintu hadapan rumah dan tingkap adalah antara aspek yang akan dinilai oleh pencuri,jika ianya kelihatan usang serta tidak mempunyai kunci tambahan atau jerigi besi yang terselindung maka ianya memberi isyarat bahawa pintu tersebut muda untuk dibolosi.Pintu dan tingkap yang bersih serta sentiasa dijaga memberi gambaran bahawa rumah tersebut susah untuk diceroboh.

3.Kunci tambahan.

By User:Nino Barbieri (Own work) [CC BY-SA 2.5 (http://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.5)], via Wikimedia Commons


Tukarkan kunci pintu dan tingkap yang biasa kepada yang lebih baik dan kuat.Pasangkan kunci mangga kedua untuk menambahkan ciri ciri keselamatan pada rumah anda.Ini juga akan mengurangkan keberangkalian pencerobohan ke atas rumah anda.

4.Kawasan halaman luar yang gelap.


Pencuri tidak suka mengambil risiko dilihat, jadi pasangkan lampu untuk menerangi kawasan luar rumah terutamanya pada ruang hadapan dan belakang.Anda juga boleh memasang lampu yang diaktifkan oleh sensor gerakan(motion sensor) dan sebagainya.Ini akan mewujudkan halangan tambahan kepada penceroboh.

5.Peti surat.


Timbunan surat pada kotak peti surat menandakan bahawa anda mungkin bercuti untuk sesuatu tempoh yang lama dan rumah tidak berpenghuni.Ini adalah ciri ciri rumah yang bakal menjadi sasaran perompak.Hentikan langganan surat khabar misalnya atau minta jiran untuk menyimpan surat surat anda buat sementara waktu.

6.Keadaan di dalam rumah.


Pastikan anda sentiasa melindungi harta benda berharga di dalam rumah,tutup atau lindungi tingkap kaca dengan langsir dan sebagainya.Terutama sekali pada waktu malam bila lampu di dalam rumah dihidupkan dan segalanya boleh dilihat dari luar melalui tingkap kaca yang lutsinar.Tv besar 70 inci,sofa kulit dan perhiasan dalaman rumah yang berkilauan akan menjadi idaman setiap pencuri.

7.Penggera keselamatan dan cctv.

Honeywell home alarm
contoh sistem penggera

Perkara yang terakhir sekali ini memerlukan pelaburan wang, namun jika diihat secara jangka panjang ianya amatlah berbaloi. Lindungi dan pantau keselamatan kediaman anda dengan memasang sistem penggera dan kamera litar tertutup.Ini akan memudahkan anda untuk mengetahui keadaan rumah jika anda keluar atau pulang bercuti.Kecanggihan teknologi pada masa kini membolehkan anda melihat persekitaran rumah melalui cctv walaupun dimana anda berada.Begitu juga dengan sistem penggera yang mana ianya akan secara automatik menghubungi telefon anda jika berlaku pencerobohan ke atas rumah kesayangan anda.