Sabtu, 12 Mac 2016

Giveaway by RosNordin

Label :


GA anjuran merosnordn.blogspot.my

Klik pada banner untuk info lanjut tentang giveaway

10 hadiah menarik untuk pemenang bertuah juga tambahan satu hadiah misteri bagi penyumbang trafik terbanyak ke blog ros nordin.Syarat penyertaan mudah dan senang.

Hadiah pilihan: Bumper Case - Silver

Jumaat, 11 Mac 2016

Memadamkan sepenuhnya data peribadi telefon android

Label :

Memastikan peranti Android dibersihkan sepenuhnya sebelum dijual.

Rahsia tersembunyi peranti Android

Anda bercadang untuk menjual telefon lama yang telah sekian lama digunakan.Namun tahukah anda bahawa walaupun peranti tersebut telah ditetapkan semula kepada aturan kilang(factory reset).Data peribadi seperti gambar,mesej,email dan banyak lagi masih boleh dijumpai menggunakan perisian yang betul. 

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Avast,Kebanyakan telefon pintar Android yang dijual semula oleh pengguna masih menyimpan maklumat yang tidak dipadamkan sepenuhnya.Hasil daripada kajian mereka keatas 20 telefon terpakai,sebanyak 40,000 gambar,750 email serta mesej dan 250 nama,alamat,koleksi animasi lucah dan identiti pemilik asal telah berjaya ditemui.

Mengapa begitu banyak maklumat peribadi masih wujud.

Pada lazimnya kita akan menggunakan tetapan kilang yang telah disediakan untuk memadamkan kesemua maklumat peribadi. Namun apa yang berlaku adalah operasi tersebut hanya memadamkan nama atau petunjuk yang berkaitan dengan fail dan menandakan ruang yang dihuni oleh fail tersebut sebagai kosong. Tetapi realitinya, maklumat di dalamnya masih wujud dan kekal di dalam tempat penyimpanan data dan hanya akan hilang jika data baru dimasukkan(over write).Ianya umpama menandakan sesuatu kotak sebagai kosong tetapi walhal didalamnya masih terdapat kandungan tanpa kita sedari.

Memilih Avast Anti-theft untuk reset data dengan berkesan.

Aplikasi pencegah kecurian Avast untuk Android ini boleh dimuat turun dengan percuma melalui Google Play Store.Apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
  1. Pasangkan perisian Avast Anti-Theft pada peranti Android anda.
  2. Konfigurasikan tetapan Aplikasi Anti-Theft dengan akaun Avast anda,daftar jika belum.Ini akan membolehkan anda mengakses peranti pintar melalui komputer (remote access).
  3. Aktifkan fungsi 'thorough wipe' pada aplikasi tersebut.
  4. Daftar masuk ke dalam akaun Avast anda melalui komputer peribadi dan padamkan keseluruhan data peribadi yang terdapat di dalam telefon pintar Android sebelum menjual atau memberikannya kepada orang lain.
Aplikasi Avast Anti theft

Ciri ciri menarik Avast Anti-Theft untuk Android.

  1. Kesan dan Jejak telefon yang hilang melalui fungsi GPS dan sebagainya.
  2. Sembunyikan aplikasi yang terdapat pada telefon dengan menggunakan Stealth Mode jika ianya hilang atau dicuri.
  3. Kunci atau Padamkan memori di dalam telefon.
  4. Berupaya mengambil gambar dan mendengar bunyi yang terdapat di sekeliling.

Berbanding dengan produk seperti Iphone,tahap penyulitan keselamatan untuk Android agak mudah untuk ditembusi.Disebabkan inilah pihak keselamatan seperti FBI, pening kepala sehinggakan terpaksa merayu kepada pihak pembuat Iphone untuk mereka perisian khas supaya mereka boleh mengektrak data daripada telefon suspek bagi digunakan sebagai bukti atau petunjuk.






Rabu, 9 Mac 2016

Pengajaran di sebalik kegagalan

Label :



Isnin, 7 Mac 2016

Blogwalking Segment by kasihjuju com

Label :

klik banner untuk info lanjut

5 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist special kasihjuju.com.
 Pemenang akan ditentukan melalui random.org dan top refferal.

Jutawan rantau asia pasifik mendahului senarai

Label :


Amerika Syarikat salah satu kuasa ekonomi terbesar di dunia, mempunyai ramai jutawan daripada mana-mana negara lain pada 2016,namun rantau Asia Pasifik yang mana jika diambil secara keseluruhan dengan mudah melepasi jumlah Amerika dengan kelebihan 50 orang.




Asia Pasifik mempunyai seramai 590 ahli untuk senarai Jutawan Forbes yang terbaru, berbanding dengan 540 dari Amerika Syarikat dan 489 untuk Eropah. Pada tahun 2015, A.S mempunyai 536
berbanding 562 jutawan di rantau Asia Pasifik.

Diketuai oleh 251 jutawan yang berasal dari tanah besar China, termasuk 70 nama-nama baru dalam senarai. Secara keseluruhannya terdapat 1,810 orang jutawan untuk tahun 2016 berbanding dengan 1,826 orang pada tahun 2015.

Senarai.

Berikut ialah 10 daripada 590 orang jutawan dari rantau Asia Pasifik untuk tahun 2016.Sila klik pada senarai untuk melihat semua.

senarai jutawan 10 jutawan
Cerita teguran sinis Jack Ma, pengasas alibaba terhadap orang miskin di sini.

Ahad, 6 Mac 2016

Bunuh orang akibat tersalah dail nombor

Label :

Alt Telefon


Alkisahnya.

Encik Salahdah mengesyaki isteri beliau bermain kayu tiga. Suatu hari beliau menelefon ke rumah dari pejabat untuk memastikan bahawa isteri beliau berada di rumah.


Encik Salahdah : Hallo....siapa di talian?

Pembantu rumah : Saya pembantu rumah.
Encik Salahdah : Puan ada dekat rumah ?
Pembantu rumah : Ada encik, dia dengan teman lelakinya kat bilik atas. 
Encik Salahdah : Ooo....baiklah, awak ambil pistol dalam laci dalam bilik belakang dan tembak kedua dua mereka.
Pembantu rumah : Errr....Baik Encik.

Selang beberapa minit kemudian,pembantu rumah mengangkat semula telefon.


Encik Salahdah : Sudah awak buat apa yang saya suruh ?

Pembantu rumah : Sudah Encik, bagaimana dengan mayat mereka?.
Encik Salahdah : Awak bungkus dengan cadar, kemudian buang kat kolam belakang rumah.
Pembantu : Ehhh....kat belakang rumah kan sekolah, mana ada kolam Encik?.
Encik Salahdah : Ini bukan ke nombor telefon 031234567.
Pembantu rumah : Bukanlah encik...ini nombor telefon 031234566.
Encik Salahdah: Alamak...!!

Moral: Ikut hati mati, ikut rasa binasa.


Semua watak di dalam artikel ini adalah rekaan semata mata.Semoga terhibur hendaknya.