Sabtu, 20 Februari 2016

Bahana banjir dan tanah runtuh di Sarawak

Label :

Akibat hujan turun yang tak henti henti, banyak kawasan di Sarawak terutamanya di sekitar Kuching dilanda banjir dan tanah runtuh.Ini bukanlah perkara baru, boleh dikatakan ianya terjadi pada setiap tahun.Banyak harta benda yang musnah dan ditambah lagi dengan beberapa kawasan yang terputus hubungan akibat jalan yang tidak dapat dilalui. 

Tanah runtuh yang menghalang haluan.




               






Banjir di kawasan kawasan dan  jalan yang rendah






Selasa, 16 Februari 2016

Jangan buat kalau tidak bersedia

Label :

kata kata nasihat

Isnin, 15 Februari 2016

Apa itu cap dagangan dan kepentingannya

Label :

Definisi.

Merujuk kepada Seksyen 3 - Akta Cap Dagangan 1976.Cap Dagangan atau Trademark adalah penggunaan lambang/logo/nama/huruf atau nombor dan lain lain kombinasi yang menunjukkan hubungkait antara barangan/perkhidmatan dengan pemilik atau pengguna berdaftar dalam sesuatu perniagaan.

Fungsi Fungsi Cap Dagangan.

Cap Dagangan adalah salah satu alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenalpasti sesuatu barangan atau perkhidmatan dengan si peniaga.Ianya juga berfungsi untuk membezakan si peniaga/penjual dengan pihak yang lain, ini dapat memastikan supaya tidak timbul kekeliruan bila urusniaga dilakukan.

Terdapat beberapa fungsi penting yang harus diketahui berkenaan dengan cap/jenama perniagaan, antaranya ialah :

  1. Aspek kualiti - Menyakinkan para pengguna bahawa sesuatu barangan atau perkhidmatan itu adalah terjamin kualitinya dan bukan tiruan.
  2. Aspek pemasaran- Trend pembelian masa kini lebih banyak bergantung kepada pengiklanan, cap memainkan peranan kerana pengguna terpegaruh dengan iklan yang dipaparkan.
  3. Aspek ekonomi - Jenama atau cap perniagaan yang telah lama terkenal akan menjadi aset pasaran yang amat bernilai. Ianya boleh di'franchise'kan ataupun dilesenkan kepada orang lain.

Bagaimana untuk memohon.

Pemilik perniagaan samada orang perseorangan,perkongsian,syarikat atau pertubuhan di Malaysia (Warganegara atau Bukan Warganegara) boleh mendaftar Cap dagangan yang dikehendaki.Apa yang perlu dilakukan adalah mengisi/mengemukakan Borang CD-5 beserta yuran di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Tempoh masa untuk mendapat kelulusan.

Dari tarikh pemfailan,pengeluaran resit dan nombor permohonan diberikan. Kebiasaannya keseluruhan proses akan mengambil masa antara satu tahun hingga ke 18 bulan.

Tempoh sah penggunaan cap dagangan.

Di Malaysia, setelah sesuatu cap itu didaftarkan maka pemilik boleh menggunakan selama 10 tahun dan perlu diperbaharui semula jika telah tamat tempoh.

 statistik permohonan dan pendaftaran cap dagangan



Faedah mendaftar cap dagangan.

  1. Sah di sisi undang undang- Sijil pendaftaran yang telah diperolehi adalah bukti sebagai pemilik sah sesuatu cap dagangan dan ianya boleh digunakan di Mahkamah serta untuk tujuan Penguatkuasaan.
  2. Hak Eksklusif- Pemilik berhak menggunakan cap dalam aktiviti perniagaan dan boleh mengambil tindakan undang undang jika terdapat sesiapa sahaja menggunakannya tanpa kebenaran.







FEB - MAC GIVEAWAY

Label :



SENARAI HADIAH :
  1. Cash RM20 by Sho Fi Yan (5 pemenang) 
  2. Cash RM10 by Kimchaa (2 pemenang) 
  3. Topup RM10 dan RM5 by Nurrul Najihah (2 pemenang) 
  4. Topup RM5 by Syaza Raihanah (2 pemenang) 
  5. Topup RM10 by Amirah Azman (1 pemenang)
  6.  Topup RM5 by Hanis Zulaikha (4 pemenang)
  7.  Topup RM10 by Wan Syahirah (1 pemenang) 
  8. Topup RM5 by Azwar Syuhada (1 pemenang)
  9.  Illustration by Nur Masitah (1 pemenang) 
  10. Header by Nuraini Nabihah (3 pemenang) 
  11. Watermark by Ruqaiyah Amanina (2 pemenang) 
  12. 2 pcs bookmark by nad (7 pemenang) 
  13. 2 pcs mask muka by nad (3 pemenang) 


Giveaway bermula : 15 Februari sehingga 15 Mac 2016

Ahad, 14 Februari 2016

STATISTIK PELABURAN LANGSUNG ASING DI MALAYSIA

Label :

Pelaburan Langsung Asing di Malaysia meningkat RM 4700 Juta pada suku ketiga tahun 2015. Jumlah purata RM 14.837,74 Juta dari tahun 2008 sehingga 2015, mencapai paras tertinggi RM 37.325 Juta pada suku keempat 2011 dan rekod rendah daripada RM 5121 Juta pada suku keempat tahun 2009.Pada tahun 2014, pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan aliran masuk bersih RM35.3 bilion (2013: RM38.2 bilion) untuk mencapai kedudukan di RM 467.500.000 pada akhir 2014 (2013: RM446.4 bilion). Sementara itu, pendapatan mencatatkan RM62.6 bilion pada tahun 2014 (2013: RM56.9 bilion).

The Petronas Twin Towers in Kuala Lumpur (Malaysia)
FDI Malaysia

Carta FDI Malaysia.

carta FDI Malaysia tahun 2013 hingga 2015

Pelaburan langsung asing mengikut Negara.

Lima negara pelabur teratas untuk aliran masuk pada tahun 2014 iaitu Singapura, Belanda, Hong Kong, Kepulauan Cayman dan Bermuda. Negara-negara ini mencatatkan sejumlah RM22.4 bilion atau 63.4 peratus daripada jumlah aliran masuk di Malaysia. Berdasarkan kedudukan pada akhir 2014, pelaburan FDI kebanyakannya berasal dari Singapura, Jepun, Belanda, Amerika Syarikat dan Norway yang berjumlah sebanyak RM257.7 bilion atau 55.1 peratus daripada jumlah pelaburan dalam Malaysia. Dari segi pendapatan, Amerika Syarikat, Singapura, Belanda, Jepun dan Bermuda merupakan penerima pulangan pelaburan tertinggi pada tahun 2014. Negara-negara ini mencatatkan sejumlah RM39.0 bilion atau 62.3 peratus daripada jumlah pendapatan di Malaysia.

Pelaburan mengikut sektor.

Sektor perkhidmatan merupakan penerima terbesar FDI iaitu 46.6 peratus pada tahun 2014. Ini diikuti oleh sektor perlombongan dan kuari (36.0%) dan sektor pembuatan (13.2%). Sementara itu, kedudukan FDI disalurkan terutamanya dalam sektor perkhidmatan (45.6%), sektor pembuatan (43.7%) dan sektor perlombongan & kuari (7.7%). Berkenaan dengan pendapatan pula, sektor pembuatan menjana pendapatan tertinggi (44.1%) pada tahun 2014. Ini diikuti oleh sektor perkhidmatan (38.7%) dan sektor perlombongan & kuari (14.7%).

Ramalan pelaburan langsung asing di Malaysia.

Buah yang boleh menambahkan tenaga

Label :

Kenapa tubuh manusia memerlukan kalori.


Culinary fruits front view
pelbagai jenis buah buahan

Badan manusia memerlukan kalori untuk tenaga bagi melakukan pelbagai aktiviti harian.Jika seseorang makan makanan atau buah buahan yang berkalori tinggi namun tidak menjalankan sebarang aktiviti fizikal maka ianya akan menjurus kepada pertambahan berat badan.Obesiti adalah istilah yang biasa digunakan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.




Senarai buah buahan dan kandungan kalori.

kandungan kalori bagi setiap 100 gram
Kuantiti pengambilan yang disyorkan.

Pada kebiasaannya, buah buahan dihidangkan sebagai pencuci mulut selepas makan. Kementerian kesihatan ada mengesyorkan iaitu sebanyak 2 sajian buah buahan setiap hari dan makan dengan berhemah.

Khasiat lain yang boleh dimanfaatkan.

Bukan sahaja kalori malah terdapat zat zat atau vitamin semulajadi yang terkandung dalam buah buahan seperti vitamin A, C dan banyak lagi.Sememangnya amalan memakan buah pada setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko penyakit, membantu merawat badan dan memastikan kita sentiasa sihat dan cergas.