Sabtu, 30 Januari 2016

Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH

Label :


Klik banner untuk info lanjut

Jumaat, 29 Januari 2016

Apa itu virus zika dan kesannya

Label :

Disebarkan oleh nyamuk Aedes yang dikategorikan dari keluarga virus flaviviridae dan flavivirus, seseorang yang dijangkiti akan mendapat sakit ringan yang dipanggil sebagai demam Zika.Pertama kali dikesan kemunculannya pada tahun 1947 di hutan Zika, Uganda yang mana mangsanya adalah monyet. Penyakit Zika ini memiliki persamaan dengan demam kuning dan virus nil.



Nyamuk Aedes penyebar virus Zika

Pembawa virus kepada manusia


Virus Zika disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti daripada Aedes genus, terutamanya Aedes aegypti di kawasan-kawasan tropika. Ini adalah nyamuk yang sama yang membawa penyakit denggi, chikungunya dan demam kuning.

Wabak penyakit dilaporkan buat kali pertama dari Pasifik pada tahun 2007 dan 2013 dan pada tahun 2015 dari Amerika (Brazil dan Colombia) dan Afrika (Cape Verde). Selain itu, lebih daripada 13 buah negara di benua Amerika telah melaporkan jangkitan virus Zika yang menunjukkan peningkatan ketara serangan virus berbahaya ini.

Tanda tanda dan gejala jangkitan

Tidak dapat dipastikan dengan jelas akan tempoh pengeraman sebenar virus zika(masa bermulanya jangkitan hingga terjadinya gejala penyakit kepada pesakit).Tanda-tandanya adalah sama dengan lain-lain jangkitan arboviral seperti denggi dan demam, ruam kulit, konjunktivitis, sakit otot dan sendi, kelesuan, dan sakit kepala. Gejala-gejala ini biasanya ringan dan berlanjutan sehingga 2 ke 7 hari.

Pencegahan jangkitan dan penularan

Nyamuk dan tempat pembiakannya menimbulkan risiko besar untuk jangkitan virus Zika. Langkah pencegahan dan kawalan adalah melalui pengurangan sumber (pembuangan dan pengubahsuaian tempat pembiakan) serta mengurangkan  pertembungan antara nyamuk dan manusia.

Ini boleh dilakukan dengan menggunakan racun penghalau serangga; memakai pakaian yang melitupi anggota badan; menggunakan halangan fizikal seperti pintu dan tingkap tertutup; dan tidur di bawah kelambu. Ia juga penting untuk mengosongkan bekas atau penutup yang boleh menakung air seperti baldi, pasu bunga atau tayar, supaya tempat-tempat di mana nyamuk boleh membiak dimusnahkan.

Perhatian khas dan bantuan harus diberikan kepada orang-orang yang mungkin tidak dapat melindungi diri mereka secukupnya, seperti kanak-kanak, orang sakit atau orang tua.

Semasa wabak, pihak berkuasa kesihatan boleh menasihati bahawa semburan racun serangga dilakukan. Racun serangga yang disyorkan oleh Skim Penilaian Racun WHO juga boleh digunakan sebagai larvicides untuk merawat bekas air yang agak besar.

Jika seseorang itu hendak melancong ke negara dimana jangkitan virus Zika pernah dikesan maka mereka perlu mengambil langkah-langkah asas yang dinyatakan di atas untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk.

Kaedah rawatan

Jangkitan penyakit virus Zika ini biasanya agak sederhana dan tidak memerlukan rawatan khusus. Pesakit dinasihatkan supaya banyak rehat, minum air yang secukupnya dan merawat sakit dan demam dengan ubat-ubatan biasa. Jika gejala-gejala menjadi lebih teruk, mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan dan nasihat. Pada masa ini masih tiada lagi vaksin yang berkesan.

Peta serangan virus Zika 


CDC map of Zika virus distribution in January 2016

Berita terkini penularan wabak penyakit oleh WHO.



Khamis, 28 Januari 2016

Buat game android secara percuma guna appsgeyser

Label :

Jika anda berhasrat untuk membuat apa saja aplikasi atau permainan berasaskan android namun tidak mempunyai kemahiran dalam aspek 'coding'. Cara paling senang mudah dan menjimatkan masa untuk mencapai matlamat anda adalah dengan menggunakan AppsGeyser.


Apa itu AppsGeyser

Ianya adalah sebuah platform laman web percuma yang menawarkan perkhidmatan untuk membuat pelbagai aplikasi dan permainan untuk telefon pintar berasaskan sistem operasi android.AppsGeyser mula beroperasi pada 25 Januari 2011 dan sehingga bulan Julai  2013 sebanyak 500,000 aplikasi telah dihasilkan oleh pengguna melalui laman web ini. 


Kelebihan guna Appsgeyser

Pertama sekali ianya percuma, anda hanya perlu ikut dua langkah mudah dan aplikasi mahupun permainan anda sudah sedia untuk dimuatnaik ke Google Play atau muat turun terus ke dalam telefon pintar anda.Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menjana pendapatan melalui iklan di dalam aplikasi tersebut.Tak payah bayar, senang dan mampu buat duit sampingan, memang menarik kan?.

Contoh game yang telah dimuat turun 

Laman web AppsGeyser


website AppsGeyser


Rabu, 27 Januari 2016

Teguran sinis Jack Ma kepada orang miskin

Label :

Siapa tak kenal taikun internet dari China yang kaya ini. Beliau adalah pengasas syarikat jual beli online terkenal iaitu Alibaba. Berasal daripada keluarga yang susah dan apabila telah berjaya beliau banyak berkongsi pengalaman melalui seminar motivasi dan bisnes.Banyak kata kata beliau yang mana jika diterjemahkan dengan cara yang positif, membawa kepada kebaikan.


Kata kata motivasi dan teguran Jack Ma

Kata kata teguran yang berupa nasihat motivasi



Petikan kata kata beliau dalam bahasa inggeris

Selasa, 26 Januari 2016

Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL

Label :

CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN

salam and hye people :),

. This is farahdeena second giveaway. Dan giveaway kali ini dibuat semperna birthday blogger
 farahdeena pada 9 february ni. So, nak cari 5 orang blogger yang bertuah untuk memenangi HADIAH MISTERI. 

Tapi kalau ramai yang join mungkin  jumlah yang bertuah akan berubah. hehe. 


Untuk join Birthday Giveaway By FARAHDEENA FISAL ini. mudah ja syarat dia :)

Emoticon 1.  buat entry bertajuk "Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL" 


Emoticon 3.follow ig farahdeenafisal

Emoticon 4.follow ig Farahdeena Shopholic


Tmat pada 19 february 2016, jom join ramai-ramai 
SmileySmileySmileySmiley


JOM Tambah Kawan BLOGGER

Label :

JOM Tambah Kawan BLOGGER anjuran Munirah Mustafar

Klik banner untuk info lanjut

Syarat syaratnya amat mudah, disamping dapat mengeratkan silaturahim sesama rakan blogger. Lima blogger yang terpilih akan dimasukkan ke dalam senarai MOST VVIP BLOGGER.


Tamat : 31 januari 2016

Rekod dunia pancut susu paling jauh

Label :


ILker Yilmaz dari Turki memancutkan susu keluar dari matanya pada jarak 2.795 meter bertempat di Armada Hotel, Istanbul, Turki pada 1 September 2004.



Hand milking
gambar hiasan 


Isnin, 25 Januari 2016

Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais

Label :

Pencarian Mega Bloglist



Klik banner untuk menyertai

Tag tiga rakan blogger : Hikayat seorang budak, Fadhil eda, Acik Watie

Jose mujica kisah pemimpin berjiwa rakyat

Label :

Pepemujica2
Presiden Jose Mujica

Latar belakang 

Terkenal dengan sifat rendah diri dan tidak mementingkan kekayaan, bekas presiden ke 40 negara Uruguay ini mendermakan 90 peratus daripada gaji beliau untuk kebajikan dan orang orang miskin serta perusahaan kecil.Dilahirkan pada 20 May 1935, Mujica berasal daripada keluarga yang susah dan bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur lima tahun.


Kerjaya sebagai seorang presiden

Bermula pada tahun 2005,presiden Tabare Vazquez melantik Jose Mujica sebagai menteri pertanian dan seterusnya beliau menang pilihan raya pada oktober 2009 dan secara rasmi menjadi presiden Uruguay. Dalam ucapan pertamanya sebagai presiden beliau menyarankan agar semua bersatu padu dan tiada istilah menang atau kalah (ni vencidos ni vencedores).

Apa yang menarik tentang Mujica adalah beliau tidak tinggal di istana mewah presiden tetapi sebaliknya menetap bersama isterinya iaitu Lucia Topolansky di sebuah ladang kecil di pinggiran Montevideo di mana mereka menanam bunga kekwa untuk dijual.Selain isterinya, Mujica juga mempunyai seekor anjing yang berkaki tiga bernama Manuela dan untuk tujuan sekuriti, dua orang anggota polis ditempatkan bersama dengan beliau.

Walaupun pernah dikhabarkan bahawa beliau ditawarkan sebanyak satu juta dollar untuk kereta namun sebaliknya Mujica menyatakan bahawa jika ianya benar maka duit tersebut akan didermakan kepada badan amal untuk orang gelandangan.Sebaliknya beliau memilih sebuah kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1987 untuk kegunaannya.

Jose Mujica mendapat perhatian ramai kerana gaya hidup dan peribadinya yang unik.Antara kata kata beliau yang terkenal adalah seperti berikut :


Saya mempunyai cara hidup yang saya tidak ubah hanya kerana saya seorang presiden. Saya mendapat lebih daripada apa yang saya perlukan, walaupun ia tidak cukup untuk orang lain. Bagi saya, ia bukannya pengorbanan tetapi ianya adalah satu kewajipan.

Saya digelar sebagai presiden termiskin, tetapi saya tidak merasa miskin.Orang miskin  adalah mereka yang hanya bekerja untuk cuba memastikan gaya hidup yang mewah dan selalu ingin lebih dan tidak pernah puas.

Sebaik sahaja ahli ahli politik mula menjadi pemimpin, mereka menjadi raja. Saya tidak tahu bagaimana ia berfungsi, tetapi apa yang saya tahu ialah republik datang ke dunia untuk memastikan bahawa tiada siapa yang lebih daripada orang lain. Anda perlu sebuah istana, permaidani merah dan ramai orang di belakang anda yang memanggil 'Ya, tuan.'
         Saya rasa semua itu adalah sesuatu yang teruk.

Antara anugerah anugerah yang pernah dikurniakan kepada Jose Mujica :


anugerah yang diberikan kepada Presiden Jose Mujica

Perkara yang kita benci tanpa sedar

Label :


apa yang harus diingati ketika masih hidup
setiap yang hidup pasti akan mati akhirnya