Sabtu, 9 Januari 2016

Bagaimana lokasi anda dikesan melalui gambar

Label :

Mengambil gambar menggunakan gajet seperti telefon pintar sudah menjadi satu kemestian. Namun di sebalik kecanggihan teknologi tersebut, adakalanya kita lalai tentang satu perkara sehingga ianya mengancam keselamatan, tiada lagi privasi kerana sesiapa sahaja tahu dimana kita tinggal, bekerja dan sebagainya.

Bagaimana  ianya boleh terjadi.

Aplikasi kamera yang terdapat pada telefon pintar dicipta dengan fungsi gps(global positioning system). Jika pengguna dengan secara sedar atau tidak sedar telah mengaktifkanya semasa mengambil sesuatu gambar.Kedudukan anda akan dapat dikesan dengan mudah kerana gambar tersebut telah pun disertakan lengkap dengan maklumat lokasi dimana gambar tersebut diambil.
contoh gambar yang diambil dengan fungsi gps terpasang
contoh gambar yang diambil dengan fungsi gps terpasang yang mana lokasi disertakan


Cara pastikan fungsi gps dimatikan.

Jika anda perhatikan pada gambar di bawah, lambang gps terpampang pada skrin telefon bila mana kamera diaktifkan. Ini bermakna jika anda mengambil gambar maka ianya akan disertakan dengan maklumat lokasi dimana ianya diambil.
contoh gambar yang mana fungsi gps diaktifkan
kamera dengan fungsi gps terpasang
Untuk menutup fungsi gps ini, pergi ke bahagian tetapan pada aplikasi kamera dan tutupkannya seperti dalam gambar dibawah ini.
cara matikan fungsi gps pada kamera smartphone
Tetapan fungsi gps pada kamera telefon pintar

Kelalaian mengundang kepada jenayah.

Cuba bayangkan anak anda berseorangan di rumah dan mengambil gambar 'selfie' serta memuat naik ke laman media sosial tanpa sedar yang fungsi gps pada kamera terpasang. Ini sudah tentu akan membahayakan mereka kerana penjenayah tahu dimana lokasi rumah anda hanya melalui gambar tersebut. Ibu bapa khasnya harus peka dengan situasi ini dan maklumkan kepada anak anak. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Semoga bermanfaat, sekian.