Jumaat, 23 September 2016

Jana side income melalui laman web dan aplikasi mudah alih

Tip tip untuk buat duit melalui laman web dan aplikasi mudah alih.

Selain daripada membuat blog, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menambah sumber pendapatan sampingan secara online. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah medium atau sumber yang saya gunakan dan ianya ternyata membuahkan hasil. 

Survey.

Terdapat banyak laman web yang menawarkan survey dan untuk setiap tugasan, peserta akan diberikan mata ganjaran yang mana boleh ditukarkan ke dalam bentuk mata wang atau voucher. Apa yang perlu anda lakukan adalah daftar dan ikut arahan yang diberikan. Berikut adalah artikel artikel berkenaan dengan perkhidmatan survey online yang anda boleh baca dan cuba :

buat duit melalui online survey

Medium pendapatan yang kedua adalah penulisan yang mana bagi setiap tugasan yang diberikan, anda akan dapat wang sebagai ganjaran. Caranya adalah menggunakan advertorial marketing atau pengiklanan dalam bentuk tutorial. Selain daripada itu anda juga boleh mencipta artikel berkenaan pelancongan untuk laman web seperti wonderful Malaysia. Ini amat sesuai bagi mereka 'kaki travel'. Artikel berikut ada perinciannya :

Jana pendapatan melalui penulisan artikel online

Paid Unlock adalah satu model perniagaan perkongsian hasil bersama yang membayar pengguna dengan meletakkan iklan berbayar pada ruangan skrin kekunci telefon pintar mereka. Setiap kali anda unlock screen maka anda akan diberikan DigiCoins. Ianya adalah mata ganjaran yang mana 100 DigiCoins adalah bersamaan dengan 1 USD. Baca artikel di bawah ini untuk info lebih lanjut :

Buat wang setiap kali unlock skrin smartphone

Laman web seperti Shopback membantu pengguna mendapatkan tawaran terbaik dan diskaun ke atas lebih 1000 kedai atas talian yang terkemuka seperti Lazada, Zalora, Agoda, Expedia, Taobao, Go shop, dan Ali express. Rebat tunai sehingga 50 % daripada jumlah pembelian akan diberikan semula kepada pengguna. Nilai penebusan adalah serendah RM10. Baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih jelas :

Cara dapatkan cashback bila berbelanja secara online
Klik gambar untuk mendaftar segera

  1. Cara dapatkan cashback bila berbelanja secara online.
Akhir sekali, berapa banyak wang atau pendapatan yang anda inginkan adalah bergantung kepada kebijaksanaan dan tahap kerajinan masing masing. Bak kata pepatah " Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam usaha anda.



Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone