Isnin, 12 September 2016

Cara paparkan lirik lagu dalam smartphone

Cari lirik lagu guna musixmatch.

Apa yang menarik tentang aplikasi pemain lagu ini ialah ianya akan secara automatik mencari lirik berdasarkan tajuk lagu yang dimainkan. Malah bagi mereka yang minat berkaraoke, ianya amatlah sesuai kerana musixmatch ini dibina dengan fungsi auto scroll. Bahkan jika lagu yang didengari adalah dalam bahasa lain contohnya seperti jepun atau korea, pengguna juga boleh menterjemahkannya ke dalam bahasa yang diinginkan dengan mengaktifkan fungsi language translations.

musixmatch app untuk android

Ciri ciri lain.

Sleep timer.

Lagu yang dimainkan akan dihentikan secara automatik berdasarkan masa yang telah ditetapkan. Sesuai bagi mereka yang suka mendengar lagu ketika hendak tidur.

Equalizer.

Terdapat pelbagai pilihan tetapan untuk equalizer dari genre hip hop hinggalah ke folk. Anda juga boleh  memilih untuk mengubah dengan menggunakan fungsi manual. Tambahan menu seperti bass boost dan 3d effect juga turut dibina.


Informasi tambahan berkenaan musixmatch :

  1. Saiz fail,Versi dan kesesuaian: Bergantung kepada peranti yang digunakan.
  2. Jumlah muat turun setakat artikel ini ditulis : 10,000,000 hingga 50,000,000.
  3. Pautan untuk muat turun : google play store





Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone