Khamis, 11 Ogos 2016

Cara efektif cari ebook format pdf online

Masukkan format fail dalam carian.

Bagi menjimatkan masa untuk mencari bahan bacaan ataupun rujukan melalui enjin carian seperti google,yahoo,bing dan sebagainya. Terdapat cara efektif yang boleh digunakan, contohnya anda inginkan mencari ebook berkenaan dengan 'panduan forex percuma' atau 'resepi masakan tradisional' dalam format pdf. Apa yang perlu dilakukan ialah taipkan carian anda dan tambahkan format fail yang diinginkan. Rujuk gambar dibawah untuk perincian lebih jelas :

contoh carian ebook percuma panduan forex di internet

Kelebihan guna fail pdf.

Integriti grafik: Fail format PDF memaparkan kandungan yang sama dengan tepat dan tersusun tidak kira untuk apa jua sistem operasi, peranti atau aplikasi perisian yang digunakan.

Mudah: Senang untuk dibuat, dibaca dan digunakan oleh semua orang.

Selamat: Terdapat pilihan untuk menetapkan peringkat had akses penggunaan bagi melindungi kandungan dan keseluruhan dokumen seperti watermarks, kata laluan atau tandatangan digital.

Padat: Walaupun PDF secara teori boleh mengandungi pelbagai maklumat yang tidak terhad. Ianya juga boleh dimampatkan ke dalam saiz fail yang lebih kecil untuk tujuan perkongsian melalui email dan sebagainya.

Pelbagai kandungan: Format PDF membolehkan anda untuk mengintegrasikan pelbagai jenis kandungan seperti teks, imej, grafik, video, animasi, fail audio, model 3D, bidang interaktif, hyperlinks, dan sebagainya. Semua unsur-unsur ini boleh digabungkan dalam fail PDF yang sama dan digunakan sebagai laporan atau porfolio.

Cara alternatif guna google books downloader.

Kena dengan namanya, Google Books Downloader menukarkan 'buku google' ke dalam bentuk PDF atau imej yang mana boleh dibaca secara luar talian atau offline. Ianya adalah perisian asas dengan hanya beberapa pilihan penggunaan dan memerlukan URL buku yang anda mahu muat turun.

Ubah format fail guna converter.

Fail pdf juga boleh ditukarkan kepada format yang lain seperti word,excell, powerpoint atau gambar bergantung kepada kesesuaian. Apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke www.freepdfconvert.com 
dan ikut arahan yang telah disediakan. 

cara ubah format fail pdf kepada word dan sebagainya

Kenapa perlu memilih ebooks berbanding buku tradisional.

Tak salah kalau nak membeli buku tradisional namun bagi mereka yang lebih gemar menggunakan peranti seperti laptop,tablet atau smartphone, ebook adalah pilihan yang terbaik kerana ianya lebih mudah untuk dibawa kemana sahaja, senang untuk disimpan dan boleh mengandungi pelbagai jenis buku kegemaran.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone