Khamis, 27 Julai 2017

Jimatkan data internet bila guna whatsapp

Cara kurangkan penggunaan kuota internet whatsapp .

Ramai sudah sedia maklum bahawa media sosial merupakan medium komunikasi yang amat penting. Ianya dibina untuk bertujuan memudahkan para pengguna berkongsi pelbagai maklumat dan info. Malah membantu para peniaga memasarkan produk mereka dengan lebih efektif dan memperluaskan pasaran.

cara jimat penggunaan data bila guna whatsapp


Ubah tetapan whatsapp.

Bagi yang ingin mengoptimumkan penggunaan data internet, berikut ialah cara mudah yang boleh diikuti :



1. Pergi ke bahagian "settings".

menu settings whatsapp

2. Klik pada  "Data usage".
bahagian data usage whatsapp

Menu media auto download.

3. Klik pada "when using mobile data", untick semua kotak yang bertanda dan klik ok. Harus diingat bahawa jika kotak media ditanda maka semua gambar, suara, video dan dokumen akan secara automatik dimuat turun tanpa tanpa perlu menunggu pengesahan dari pengguna. Ini akan memakan banyak kuota internet tanpa disedari.

disable media auto-download

4. Seterusnya perhatikan pada menu kedua iaitu "when connected on wifi", bezanya dengan mobile data ialah bila peranti yang digunakan disambungkan dengan servis wifi maka semua media akan secara automatik dimuat turun. Jika tidak ditanda maka proses download akan menunggu pengesahan pengguna sebelum ianya dilakukan.

tetapan when connected to wifi whatsapp

5. Tetapan "when roaming". Berfungsi sama seperti dua menu diatas, jika ditanda maka semua media akan dimuat turun tanpa perlu menunggu pengesahan pengguna apabila telefon pintar atau tablet pengguna bersambung dengan servis "roaming".

tetapan whatsapp when roaming

6. Terakhir sekali untuk tetapan pada bahagian "call settings", klik pada kotak "low data usage". Ini bagi menjimatkan data internet ketika membuat panggilan. 

call settings whatsapp

Sekian sahaja tutorial yang sempat dikongsikan dan terima kasih kerana sudi membaca, diharapkan bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat menjimatkan penggunaan kouta internet anda. Tip untuk jimatkan kuota internet bila guna youtube.

DMCA.com Protection Status
  1. Terima kasih diatas perkongsian tip yang bermanfaat dan berguna.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone