Isnin, 24 Julai 2017

Dilema menjawab soalan pelik semasa temuduga

Soalan yang membingungkan.

Soalan pelik semasa temuduga yang membingungkan

Bagi menguji sejauh mana konsep "think outside the box" para pemohon jawatan, sebuah syarikat menyediakan satu soalan bonus di dalam kertas ujian dan individu dengan jawapan yang paling kreatif akan diambil untuk bekerja. Berikut ialah situasi yang diberikan :

Anda sedang memandu keseorangan meredah kegelapan malam dalam keadaan cuaca yang buruk. Semasa melewati sebuah perhentian bas, anda ternampak 3 orang sedang menunggu bas dan mereka adalah seperti yang berikut :


  1. Wanita tua yang kelihatan tenat dan kemungkinan ingin ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.
  2. Seorang rakan lama yang pernah menyelamatkan nyawa anda.
  3. Seorang wanita atau lelaki yang anda suka atau minat.
Mengetahui bahawa tempat duduk di dalam kereta hanya cukup untuk satu orang sahaja, mana satu kah diantara mereka ini yang anda akan pilih untuk menumpang. Ini adalah sebahagian daripada situasi yang dicipta untuk mewujudkan dilema dari segi moral atau etika seseorang di dalam membuat keputusan.

Pilihan yang tepat.

Anda boleh memilih untuk menghantar wanita tua yang sakit tersebut ke pusat rawatan terdekat dan menyelamatkan nyawa beliau atau rakan anda yang pernah menyelamatkan nyawa anda suatu ketika dahulu. Namun mana satu diantara dua pilihan anda yang terdahulu ini akan menyebabkan anda kehilangan peluang untuk bertemu dengan wanita atau lelaki yang amat anda suka atau minat iaitu orang yang ketiga.

Jawapan kreatif.

Salah seorang lelaki daripada beratus pemohon yang telah ditemuduga berjaya memberikan jawapan yang sungguh genius, yang mana mungkin tidak terlintas di fikiran kita. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh lelaki tersebut :

Saya akan memberikan kunci kereta kepada sahabat karib yang pernah menyelamatkan nyawa saya dan meminta beliau untuk menghantar wanita tua yang sakit ke hospital berdekatan. Manakala saya pula akan menunggu bas untuk pulang ke rumah sambil berborak dengan wanita yang saya suka/minat.

Sekian sahaja dan jangan lupa berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan sesuatu masalah mahupun tugasan yang diberikan. Semoga bermanfaat dan sehingga berjumpa lagi.

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone