Jumaat, 15 Julai 2016

Cara mempercepatkan boot time dan startup window 10

Menyemak boot dan shutdown time.

Berikut ialah langkah langkahnya:


cara semak masa boot dan shutdown window 10 pc


1. Taipkan "event viewer" dalam ruangan "search" dan tekan enter.
2. Pilih "Applications and Services logs" kemudian double click pada "Microsoft".
3. Klik "Windows" dan cari "Diagnostics-Performance" dalam senarai di bahagian bawah.
4. Seterusnya double click pada "Operational".
5. Untuk melihat masa yang diambil bagi proses "booting", klik pada boot time performance.
6. Manakala untuk proses shutdown, klik pada shutdown time performance.
7. Pada ruangan "General" di bawah akan tertera boot duration atau shutdown duration dalam nilai ms (milisaat).
8. Bagi menukar milisaat kepada saat bahagikan dengan 1000, contohnya 12000 milisaat/1000=12 saat.

Mempercepatkan proses boot up.

mempercepatkan proses boot up sistem operasi window 10
tetapan ini pada kebiasaanya diaktifkan secara automatik

Pada kebiasaannya apabila anda mematikan sesebuah komputer, sebahagian daripada fail sistem operasi akan disimpan di dalam RAM. Dengan adanya fungsi "Fast Startup", window o.s akan menyimpan imej kernel yang dimuatkan dan driver dalam satu hiberfile. Dengan cara ini, apabila pc dihidupkan semula, hibernation file ini akan digunakan semula dan menjadikan "boot time" lebih cepat. Berikut adalah langkah langkah untuk mengaktifkannya:


1.Pergi ke ruangan "search" dan taipkan "Power options" kemudian tekan enter.
2.Klik "Choose what the power buttons do" di sebelah kiri.
3.Klik "Change settings that are currently unavailable."
4.Di bawah tetapan"Shutdown settings" pastikan "Turn on fast startup" diaktifkan.
5.Akhir sekali klik "save changes".


Disable perisian berimpak tinggi dalam menu startup.

Selain daripada mempercepatkan proses boot pada komputer, anda juga boleh menyahaktifkan perisian yang melambatkan proses startup. Berikut adalah langkah langkahnya:

1. Tekan "Ctrl" + "Alt" dan "Del" pada papan kekunci.
2. Kemudian pilih "Task Manager".
3. Klik pada perisian yang ingin di dinyahaktifkan dan klik disable pada bahagian bawah.

disable aplikasi yang tidak penting dalam menu startup

Selain daripada cara diatas, anda juga boleh menggunakan perisian seperti Advanced System Care untuk mengoptimumkan sistem komputer anda. Ianya menyokong sepenuhnya sistem operasi window 10. Artikel ini Advanced SystemCare untuk penjagaan sistem komputer ada butirannya.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone