Rabu, 29 Jun 2016

Kisah luarbiasa budak elektrik yang mengagumkan

Mampu menahan renjatan sehingga 11,000 volt.

deepak jangra budak dengan bakat yang luarbiasa

Walaupun usianya masih muda namun Deepak Jangra mempunyai bakat tersembunyi yang bagi kebanyakkan orang ianya adalah sesuatu yang amat berbahaya untuk dilakukan. Badannya mampu bertindak sebagai pengalir atau konduktor bagi arus elektrik yang amat tinggi sehingga 11 ribu volt.
Berasal dari India dan beliau mula menyedari keunikan yang ada padanya ketika sedang membaiki alat pemanas milik ibunya.

Deepak yang juga dikenali sebagai "budak ajaib" di tempat asalnya iaitu sebuah perkampungan terpencil berdekatan Sonipat di daerah Haryana utara India. Beliau kerap diminta oleh orang orang kampung untuk membaiki peralatan atau sambungan elektrik yang rosak. Walau bagaimanapun tiada sebarang caj yang dikenakan olehnya kerana beliau berpendapat bahawa bakat yang dikurniakan seharusnya digunakan untuk membantu dengan hati yang ikhlas.


Fakta tentang arus elektrik dan kesannya.

Arus elektrik minima yang boleh dirasai oleh manusia bergantung kepada jenis iaitu samada AC(Alternating current) atau DC(Direct current). Seseorang dapat merasakan sekurang-kurangnya 1 mA (rms) AC pada 60 Hz dan sekurang-kurangnya 5 mA untuk DC. Pada kadar kira-kira 10 mA, arus AC yang mengalir melalui lengan seorang manusia yang seberat 68 kilogram (150 lb) boleh menyebabkan pengecutan otot yang kuat, mangsa tidak dapat mengawal otot badannya secara bebas dan tidak boleh melepaskan objek elektrik yang dipegangnya. Ini dikenali sebagai "let go threshold" iaitu terma yang biasa diguna pakai dalam peraturan peraturan asas elektrik.


Mangsa Maut akibat elektrik per Juta Penduduk bagi negeri-negeri di Malaysia.

Mangsa Maut akibat elektrik di Malaysia






Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone