Rabu, 6 April 2016

Pencipta pita pelekat yang genius

Biografi.

Richard Gurley Drew adalah seorang jurutera kimia dari Amerika. Beliau bekerja sebagai penyelidik di Minnesota Mining and Manufacturing Company yang juga dikenali sebagai 3M. Drew mempunyai pengalaman yang luas berkenaan dengan bahan pelekat kerana syarikat tempat beliau bekerja terlibat dengan pembuatan kertas pasir berasaskan silika dan aluminium oksida atau zarah kristal sejak tahun 1926.

Tejphรฅllare

Bukan sahaja pita pelekat malah sumbangan beliau dalam penciptaan kertas pasir juga harus dihargai. Pada masa yang sama, dimana kereta dicat dengan dua jenis warna yang berbeza menjadi semakin popular di Amerika. Namun terdapat masalah dengan pita pelekat yang digunakan untuk menutupi bahagian atau sempadan cat yang berlainan, ianya kurang berkualiti dan susah untuk digunakan. Secara tidak langsung menjejaskan kualiti cat kenderaan tersebut.

Mencipta penyelesaian.

Oleh sebab itulah, Drew dan pasukannya membuat formula pembaharuan keatas pita pelekat  yang mana ianya boleh ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan bahan pelekat pada produk pelanggan. Walau bagaimanapun seperti mana ramai pencipta yang lain, Drew mengalami banyak kegagalan sebelum produk beliau benar benar berkesan dan menepati permintaan pengguna. 

Pengenalan produk ke pasaran.

Pada tahun 1925, beliau memperkenalkan pita pelekat telus yang pertama di dunia (dipanggil sebagai sellotape di UK dan Scotch tape di Amerika). Dibelenggu kesan daripada kejatuhan Wall Street pada tahun 1929, ramai orang mula membaiki barangan yang rosak dengan menggunakan pita pelekat dan bukan menggantikannya dengan yang baru. Ini dilihat sebagai titik permulaan yang menjadikan penggunaan pita pelekat 3M amat popular dan membantu mereka berkembang walaupun berdepan dengan kegawatan ekonomi pada masa itu.

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone