Sabtu, 9 April 2016

Mengatasi serangan asma tanpa inhaler

Menangani serangan asma tanpa inhaler.

cara meredakan serangan asma tanpa inhaler

Serangan biasanya berlaku apabila saluran pernafasan di dalam paru paru dijangkiti (bengkak atau radang) dan seterusnya menyebabkan lendir terhasil. Ini menyebabkan seseorang sukar bernafas disamping sakit dada dan bunyi pelik terhasil akibat penyempitan saluran pernafasan.

perkara yang mencetuskan asthma
Penyebab serangan asthma

Tip tip kecemasan.

Penghidap asma yang ingin keluar kemana mana tanpa inhaler boleh diumpamakan sebagai mimpi ngeri. Namun dalam situasi tertentu jika anda terlupa membawanya, berikut adalah langkah langkah yang boleh membantu:

  1. Duduk tegak dan jangan baring - membengkokkan tubuh atau berbaring akan menyempitkan saluran pernafasan seterusnya akan memburukkan lagi keadaan.
  2. Bertenang - Bawa bertenang dan jangan panik adalah langkah terbaik dalam situasi ini. Ianya membantu mengelakkan ketegangan otot dada dan menyenangkan anda untuk bernafas.
  3. Tarik nafas panjang/dalam - menarik nafas yang panjang dan dalam akan membantu memperlahankan pernafasan. Cuba untuk bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut.
  4. Minum minuman panas seperti kopi - Ini membantu melegakan saluran pernafasan secara sementara.
  5. Jauhi/elakkan pencetus  - Serangan asthma boleh disebabkan beberapa faktor seperti debu, asap rokok atau baha kimia. Jauhi sumber sumber penyebab tersebut dan pergi ke tempat yang udaranya bersih.
  6. Terakhir sekali - Pergilah mendapatkan rawatan jika serangan asthma tidak berhenti selepas beberapa ketika, minta bantuan ahli keluarga atau rakan rakan.
Berdasarkan pengalaman sendiri sebagai penghidap asma, walaupun tidak kritikal mungkin setahun sekali bermalam di hospital bertemankan nebulizer. Apa yang membuat hati saya sayu adalah melihat anak anak kecil menangis diserang asma. Tidak dapat dibayangkan bagaimana sedihnya perasaan ibu dan bapa yang menemani mereka. 

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone