Jumaat, 26 Mei 2017

Kisah penyu yang menarik dan lucu

Label :

Bila kena ragut.         


           Seekor penyu sedang berjalan perlahan lahan sambil menikmati suasana petang di tepi pantai, secara tiba tiba beg tangannya diragut oleh 2 ekor monyet. Apabila polis sampai, mereka bertanya kepada penyu tentang apa yang telah terjadi dan bagaimana?. Penyu yang masih dalam keadaan trauma menjawab, " Saya tak pasti tuan, sebab kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas".

Imgur


Fakta menarik berkaitan dengan penyu :

  1. Spesis haiwan reptilia purba ini telah wujud sejak 150 juta tahun dahulu ketika dinosaur masih lagi berkeliaran di bumi.
  2. Pada tahun 1968 sepasang penyu telah diletakkan di dalam kapal angkasa lepas ( Zond 5) milik soviet union. Setelah kembali ke bumi penyu tersebut masih lagi hidup dan aktif, ianya cuma kehilangan berat sebanyak 10 peratus tetapi masih berselera untuk makan seperti sedia kala.
  3. Seperti reptilia lain, penyu adalah berdarah sejuk.
  4. Penyu terbesar adalah penyu belimbing, ia boleh mencapai berat lebih 900 kilogram.
  5. Dalam beberapa spesis penyu yang wujud, suhu menentukan jantina anak anak penyu yag menetas dari telurnya. Suhu yang rendah dikaitkan dengan jantan manakala suhu yang tinggi pula adalah betina.
  6. Penyu mempunyai kelenjar khas untuk menapis garam dari air laut yang diminum.
  7. Penyu belimbing berupaya melakukan perjalanan merentas lautan lebih 10,000 batu atau 16093.44 kilometer setahun.
  8. Bila tiba masa untuk bertelur, penyu betina akan datang semula ke pantai dimana mereka dilahirkan.
  9. Penyu betina akan menetaskan sebanyak 150 telur setiap 2 hingga 3 tahun. 

Soalan dan jawapan teka teki berkaitan dengan penyu :


Soalan: Penyu yang pandai menulis dipanggil sebagai apa?
Jawapan : Penyulis.

Soalan : Penyu yang terkenal sebagai pelakon digelar sebagai?
Jawapan : Teenage Mutant Ninja Turtle .

Soalan : Kenapa penyu tak pernah laju bila bawa kereta?
Jawapan : Sebab mereka berpegang kepada prinsip "biar lambat asalkan selamat".

Soalan : Dimanakah terletaknya kekuatan seekor penyu?
Jawapan : Pada Huruf "P".

Soalan : Apakah yang penyu tidak pernah pakai semasa menaiki bot ekpress?
Jawapan : Jaket keselamatan (kalau jatuh dalam air lagilah dia suka).

Soalan : Tagline sesuai untuk melariskan jualan penyu?
Jawapan : Keras di diatas, lembut di bawah.

Soalan : Apakah nama sepakan yang paling disukai oleh penyu dalam permainan bolasepak?

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.
EmoticonEmoticon