Isnin, 11 April 2016

Keunikan Malaysia webe community crowdbacking

Membantu rakyat Malaysia merelisasikan idea dan projek.


Ianya berfungsi seperti Kickstarter crowdfunding namun apa yang uniknya adalah webe community menggunakan istilah crowdbacking atau sokongan orang ramai untuk melayakkan sesebuah projek bagi mendapatkan dana yang diperlukan. Setiap ahli baru yang mendaftar akan diberikan 50 webits yang mana cukup untuk menyokong satu projek yang diingini.

Bagi menyokong lebih banyak projek, pengguna hanya perlu kongsikan projek tersebut di media sosial seperti facebook dan twitter dan akan mendapatkan 20 webits untuk setiap perkongsian. Tiada had dan perkongsian boleh dilakukan sebanyak yang mungkin.

Dari mana datangnya sumber kewangan.

Webe disokong oleh institusi Pembekal Perkhidmatan Digital atau Digital Service Provider yang percaya bahawa sebahagian daripada keuntungan mereka harus disumbangkan semula kepada masyarakat. Idea atau projek yang ditaja tidak terhad kepada kebajikan atau sebab sebab tertentu sahaja tetapi ianya berdasarkan satu matlamat iaitu untuk membawa perubahan positif bagi menjadikan kehidupan rakyat Malaysia lebih baik dan mudah.

Bagaimana untuk mendaftar dan turut serta.

Penyertaan semua orang adalah dialu-alukan. Hanya perlu muat turun aplikasi dan daftar akaun. Selepas itu anda boleh sokong mana mana projek-projek yang disukai. Tiada wang yang diperlukan untuk menunjukkan sokongan anda. Melalui komuniti Webe, apa yang anda perlukan adalah mata 
webits. Tetapi harus diingat, setiap ahli hanya dibenarkan menyokong satu projek dalam satu masa, tidak kira berapa banyak webits yang anda ada.

Contoh contoh projek.

Aplikasi untuk meramal dan menghapuskan denggi.


Salah seorang doktor yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah pengasas bersama sebuah syarikat yang menggunakan algoritma yang dipatenkan untuk meramalkan wabak penyakit berbahaya. Mereka bekerja dengan kerajaan Brazil untuk meramalkan wabak denggi dan berhasrat membawa teknologi ini ke Malaysia. Aplikasi mereka menggunakan data crowdsourcing dan algoritma saintifik yang dipatenkan untuk mencari bila dan di mana denggi akan menyerang kemudian. 

Ubah kontena kapal menjadi bilik darjah.

ShippingContainerCottage

Apa yang anda lakukan jika anda mempunyai 64 orang pelajar khas dan bilik darjah ICT terletak di tingkat tiga dan tiada lif atau akses khas disediakan?.Salah sebuah sekolah di Perak merancang untuk mengubahsuai kontena kapal menjadi bilik darjah ICT yang mudah diakses.Ia adalah satu penyelesaian kreatif bagi memudahkan sesi pembelajaran para pelajar ini.Kita selalu melihat kontena terpakai diubahsuai menjadi rumah, kedai dan sebagainya. Jadi mengapa tidak ianya dijadikan sebagai bilik darjah.

Layari laman web rasmi webe community untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone