Khamis, 14 April 2016

Cara kenalpasti url iklan sensitif adsense

Mencari dan menyekat url iklan google adsense di dalam blog.

Kadangkala keluar iklan dari google adsense yang tidak sesuai atau tidak senonoh di dalam blog. Bagi sesetengah blogger, ianya adalah sesuatu yang tidak diingini dan perlu diblock. Namun apa yang menjadi masalahnya adalah bagaimana cara untuk mengetahui alamat url iklan tersebut tanpa melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak google yang mana juga dikenali sebagai invalid click activity


Guna google publisher toolbar.

Caranya adalah seperti yang berikut :

1. Taipkan "google publisher toolbar" di dalam ruang carian seperti dibawah dan klik pada pautan untuk muat turun.


2. Klik pada add to chrome.


3. Selepas itu, klik add extension.


4. Anda akan dapat lihat toolbar yang telah berjaya dipasang pada sebelah penjuru kanan atas web browser chrome seperti dalam gambar di bawah.


5. Untuk langkah seterusnya, klik pada logo google publisher toolbar tersebut dan klik enable bagi adsense seperti didalam gambar dibawah dan kemudiannya klik allow.



6. Setelah itu, buka mana mana laman blog anda sendiri yang berdaftar dengan google adsense, tunggu sehingga loading laman blog selesai dan jika anda klik pada publisher toolbar ianya akan memaparkan maklumat iklan adsense beserta url yang terdapat di dalam blog anda pada bahagian bawah sekali. Pastikan juga ad overlays button diaktifkan kepada "on".



7. Bagi menyekat iklan adsense yang tidak sesuai dengan blog, klik pada logo yang bertanda dengan anak panah seperti yang tertera pada gambar diatas dan anda akan dipaparkan dengan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan iklan, seterusnya klik pada block button pada bahagian bawah dan selesai.

Maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan mahupun kesilapan dalam entri ini, sila komen pada ruangan dibawah untuk pembetulan dan maklumbalas, sekian sahaja dan terima kasih. 


Adakah artikel ini membantu?

Ya
Tidak
Do Riddles


  1. assalamualikum.
    singgah pagi.
    ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. sangat berguna dan terima kasih..

    BalasPadam
  3. tutorial yang bermanfaat.tq

    BalasPadam
  4. thanks for the tutorial. Very informative and useful

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone