Isnin, 19 September 2016

Statistik kebankrapan di Malaysia dan natijahnya

Maksud kebankrapan

Orang perseorangan atau organisasi yang gagal membayar hutang tertunggak.Kebankrapan individu adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.-Mdi-.Berikut adalah statistik berkaitan dengan topik seperti yang dinyatakan diatas.

Jumlah keseluruhan

perbandingan kebankrapan untuk tujuh tahun

Pecahan bilangan mengikut jantina

Statistik mengikut jantina

Statistik berdasarkan sebab kebankrapan

antara punca penyebab kebankrapan

Bilangan mengikut mengikut peringkat umur

kategori golongan umur  

Soalan lazim mengenai kebankrapan.

1. Bolehkah seseorang yang diisytiharkan sebagai bankrap ke luar negara ?.

Seorang bankrap sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali beliau mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya. Permohonan hendaklah dibuat di cawangan yang mentadbir kes kebankrapan dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan. Borang permohonan boleh dimuat turun di dalam portal ini.

2. Bagaimana seseorang yang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan?.

Terdapat tiga cara untuk menamatkan status kebankrapannya iaitu:

(a) Membuat permohonan pembatalan ke mahkamah dengan alasan hutang telah dijelaskan sepenuhnya / tidak sepatutnya diisytiharkan bankrap;

(b) Membuat permohonan pelepasan ke mahkamah pada bila-bila masa tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh mahkamah. MdI perlu mengemukakan laporan kes yang menyatakan kelakuan dan kerjasama bankrap kepada Jabatan;

(c) Membuat permohonan pelepasan kepada KPI untuk pelemasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967. Permohonan hanya boleh dibuat sekiranya pentadbiran kes kebankrapan telah dijalankan selama lima tahun selain memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang lain.

Sila lawati laman web jabatan insolvensi Malaysia untuk soalan dan jawapan yang lebih terperinci http://www.insolvensi.gov.my/ms/faqs/bankruptcy.


Segala maklumat/info yang dipaparkan di dalam artikel ini dikumpul melalui Mdi(Jabatan Insolvensi Malaysia) dan Bheuu(Bahagian Hal Ehwal Undang undang, Jabatan Perdana Menteri).Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membawa manfaat untuk semua.Akhir sekali sebaik baiknya rancang perbelanjaan dan ingatlah bahawa kemahuan dan keperluan itu adalah dua perkara yang berbeza.Kebaikan menyimpan wang sebelum membeli sesuatu, ketahuinya disini.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone