Jumaat, 11 Mac 2016

Memadamkan sepenuhnya data peribadi telefon android

Memastikan peranti Android dibersihkan sepenuhnya sebelum dijual.

Rahsia tersembunyi peranti Android

Anda bercadang untuk menjual telefon lama yang telah sekian lama digunakan.Namun tahukah anda bahawa walaupun peranti tersebut telah ditetapkan semula kepada aturan kilang(factory reset).Data peribadi seperti gambar,mesej,email dan banyak lagi masih boleh dijumpai menggunakan perisian yang betul. 

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Avast,Kebanyakan telefon pintar Android yang dijual semula oleh pengguna masih menyimpan maklumat yang tidak dipadamkan sepenuhnya.Hasil daripada kajian mereka keatas 20 telefon terpakai,sebanyak 40,000 gambar,750 email serta mesej dan 250 nama,alamat,koleksi animasi lucah dan identiti pemilik asal telah berjaya ditemui.

Mengapa begitu banyak maklumat peribadi masih wujud.

Pada lazimnya kita akan menggunakan tetapan kilang yang telah disediakan untuk memadamkan kesemua maklumat peribadi. Namun apa yang berlaku adalah operasi tersebut hanya memadamkan nama atau petunjuk yang berkaitan dengan fail dan menandakan ruang yang dihuni oleh fail tersebut sebagai kosong. Tetapi realitinya, maklumat di dalamnya masih wujud dan kekal di dalam tempat penyimpanan data dan hanya akan hilang jika data baru dimasukkan(over write).Ianya umpama menandakan sesuatu kotak sebagai kosong tetapi walhal didalamnya masih terdapat kandungan tanpa kita sedari.

Memilih Avast Anti-theft untuk reset data dengan berkesan.

Aplikasi pencegah kecurian Avast untuk Android ini boleh dimuat turun dengan percuma melalui Google Play Store.Apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
  1. Pasangkan perisian Avast Anti-Theft pada peranti Android anda.
  2. Konfigurasikan tetapan Aplikasi Anti-Theft dengan akaun Avast anda,daftar jika belum.Ini akan membolehkan anda mengakses peranti pintar melalui komputer (remote access).
  3. Aktifkan fungsi 'thorough wipe' pada aplikasi tersebut.
  4. Daftar masuk ke dalam akaun Avast anda melalui komputer peribadi dan padamkan keseluruhan data peribadi yang terdapat di dalam telefon pintar Android sebelum menjual atau memberikannya kepada orang lain.
Aplikasi Avast Anti theft

Ciri ciri menarik Avast Anti-Theft untuk Android.

  1. Kesan dan Jejak telefon yang hilang melalui fungsi GPS dan sebagainya.
  2. Sembunyikan aplikasi yang terdapat pada telefon dengan menggunakan Stealth Mode jika ianya hilang atau dicuri.
  3. Kunci atau Padamkan memori di dalam telefon.
  4. Berupaya mengambil gambar dan mendengar bunyi yang terdapat di sekeliling.

Berbanding dengan produk seperti Iphone,tahap penyulitan keselamatan untuk Android agak mudah untuk ditembusi.Disebabkan inilah pihak keselamatan seperti FBI, pening kepala sehinggakan terpaksa merayu kepada pihak pembuat Iphone untuk mereka perisian khas supaya mereka boleh mengektrak data daripada telefon suspek bagi digunakan sebagai bukti atau petunjuk.






Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone