Ahad, 6 Mac 2016

Bunuh orang akibat tersalah dail nombor

Alt Telefon



Alkisahnya.

Encik Salahdah mengesyaki isteri beliau bermain kayu tiga. Suatu hari beliau menelefon ke rumah dari pejabat untuk memastikan bahawa isteri beliau berada di rumah.

Encik Salahdah : Hallo....siapa di talian?

Pembantu rumah : Saya pembantu rumah.
Encik Salahdah : Puan ada dekat rumah ?
Pembantu rumah : Ada encik, dia dengan teman lelakinya kat bilik atas. 
Encik Salahdah : Ooo....baiklah, awak ambil pistol dalam laci dalam bilik belakang dan tembak kedua dua mereka.
Pembantu rumah : Errr....Baik Encik.


Selang beberapa minit kemudian,pembantu rumah mengangkat semula telefon.



Encik Salahdah : Sudah awak buat apa yang saya suruh ?

Pembantu rumah : Sudah Encik, bagaimana dengan mayat mereka?.
Encik Salahdah : Awak bungkus dengan cadar, kemudian buang kat kolam belakang rumah.
Pembantu : Ehhh....kat belakang rumah kan sekolah, mana ada kolam Encik?.
Encik Salahdah : Ini bukan ke nombor telefon 031234567.
Pembantu rumah : Bukanlah encik...ini nombor telefon 031234566.
Encik Salahdah: Alamak...!!

Moral: Ikut hati mati, ikut rasa binasa.



Semua watak di dalam artikel ini adalah rekaan semata mata.Semoga terhibur hendaknya.



Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone