Isnin, 22 Februari 2016

Kisah kejayaan insan OKU yang patut dicontohi

Semua orang mempunyai cerita tersendiri tentang bagaimana mereka menghadapi atau mengharungi kesusahan yang muncul di dalam kehidupan.Tetapi bila seseorang insan yang kurang upaya mampu untuk berdikari malah berjaya menempa nama sebagai seorang yang terkenal dan disayangi serta disanjungi, itu adalah sesuatu perkara yang amat menakjubkan.Bukannya mudah untuk mereka ini melakukan apa yang mereka inginkan atau impikan. Ianya memerlukan kesabaran yang kuat dan sifat tidak takut untuk mencuba.Daripada pemuzik hinggalah kepada penceramah motivasi terkenal dunia, berikut adalah beberapa kisah menarik berkenaan dengan insan istimewa ini.

1.Stevie Wonder. 

Stevie Wonder 2
Pemuzik serba boleh Stevie Wonder

Salah seorang penyanyi tersohor di dunia yang amat terkenal.Bukan sahaja penyanyi malah beliau merupakan seorang komposer dan pemuzik.Walaupun cacat penglihatan namun itu semua tidak mematahkan semangat kental beliau untuk mencapai impian.Mula berjinak dalam bidang muzik seawal usia 11 tahun dan telah merekodkan sebanyak 30 lagu yang tersenarai di dalam carta 10 terbaik U.S. Antara lagu beliau yang menjadi siulan ramai adalah "I Just Called to Say I love You","Superstition" dan "Sir Duke".

2.Stephen Hawking.

Walaupun lumpuh akibat ALS(penyakit neuron motor),namun beliau mampu mencapai kejayaan sebagai salah seorang ahli akademik termasyhur di dunia.Beliau banyak menyumbangkan idea dalam bidang fizik teori,kosmologi teori,graviti kuantum dan teori string.Banyak anugerah yang telah diberikan kepada Stephen diatas usaha beliau, antara seperti Albert Einstein Award,President Medal of Freedom dan Fundamental Physics Prize (FRSA).

3.Hellen Keller.

Merupakan seorang penulis,pensyarah dan aktivis politik yang tersohor.Walaupun cacat penglihatan dan pendengaran namun masih mampu meraih Ijazah Sarjana Muda Sastera,pertama yang seumpamanya.Sepanjang kehidupannya Hellen telah menghasilkan sebanyak 12 buku dan beberapa artikel lain.Beliau dianugerahkan dengan Presidential Medal of Freedom oleh Presiden Lynt B.Johnson pada 14 september 1964.

4.Lee Thiam Wah.

Pengasas pasaraya mini yang terkenal di Malaysia iaitu 99 speedmartWalaupun kurang upaya akibat polio semasa masih kecil namun semangat beliau begitu kental dan berkat usaha gigihnya, kini beliau memiliki lebih 500 buah kedai di seluruh negara(setakat 2013). Beliau digelar sebagai "King of Mini Marts" oleh the Forbes.

5.Nick Vujicic.

Nick Vujicic at the World Economic Forum Annual Meeting, Davos, Switzerland - 20110130
Penceramah motivasi Nikc Vujicic

Ini adalah antara orang yang paling saya kagumi, walaupun tidak sempurna sifat (Phocomelia) namun masih mampu berjaya dalam kehidupan dan kariernya sebagai penceramah motivasi yang amat dikenali.Bukan itu sahaja,beliau juga lulus dari Universiti Griffith pada usia 21 tahun dengan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan, dengan dua pengkhususan utama iaitu dalam perakaunan dan perancangan kewangan.




Kesimpulannya, kecacatan bukanlah penghalang untuk mencapai impian dan cita cita dalam kehidupan. Malah ianya adalah satu pendorong atau pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan.
Semoga artikel ini dapat memberikan inspirasi kepada semua tidak kira di mana anda berada.Kisah 7 jutawan dan bagaimana mereka bermula.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone