Khamis, 25 Februari 2016

Jadikan kisah ketam sebagai pengajaran

Negara asal.

negara asal ketam iaitu negara Isketambola

Yang kesepian.

Seekor ketam betina yang kesepian sedang berjalan di pantai pada satu petang apabila dia ternampak ketam jantan yang datang ke arahnya dan ianya berjalan lurus bukan mengiring ke sisi!, kagum dengan bakat yang ditunjukkan, ketam betina membuat keputusan untuk berkahwin dengan ketam jantan tersebut immediately. Pada keesokan harinya, ketam betina berasa hairan yang si jantan berjalan ke tepi seperti mana-mana ketam biasa! lalu ia pun bertanya, "Apa yang berlaku? Semalam awak dapat berjalan lurus ke depan!" Ketam jantan menjawab "Awak gila ke! takkan saya nak mabuk tiap tiap hari!".

MORAL:

Jangan cepat menilai seseorang melalui luaran sahaja.Sebaik baiknya kenali dan selami hati budinya terlebih dahulu.Bak kata pepatah "Don't judge a book by its cover".

Jadikan sebagai teladan.

Ini kisah yang rasa rasanya ramai yang tahu dan pernah baca atau dengar namun saya ingin kongsikan juga buat tatapan.Tiada bermaksud untuk mengaibkan mahupun menghina mana mana kaum,sekadar perkongsian cerita yang boleh dicontohi untuk kebaikan bersama.

Pada suatu pagi, seorang surirumah pergi ke pasar borong dan berjalan ke satu gerai menjual makanan laut milik orang Cina untuk mencari ketam.....  
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka? 
Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu? 
Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina? 
Cina: Itu sana dalam bakul ada kasi tutup, itu ketam Cina.... Sana dalam bakul tak ada tutup… itu ketam Melayu la… 
Melayu: Apa pasal bakul ketam Cina apek kasi tutup....bakul ketam Melayu apek tak kasi tutup? 
Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari itu bakul. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bakul. Jadi semua keluar la. 
Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka, apek? 
Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor cuba keluar dari itu bakul, yang lain akan kasi tarik itu kaki ketam tadi masuk balik dalam bakul. Kalau itu ketam sekor tadi berjaya lepas keluar. Dia mau dia sekor saja keluar, yang lain biar duduk dalam bakul. Kalau dia sudah keluar pulak, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar....
Melayu: Owh, begitu ka ceritanya, apek?
Cina: Lu boleh tengok sendiri laaaa.... itu ketam dalam ada dalam bakul sana sebagai bukti.
Melayu: aiyaaa... itu macam ka? BIKIN MALU saja laaa...  

MORAL:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga. Cina lain tak akan kacau, dia tengok saja dan belajar bagaimana saudaranya boleh berjaya. Saudaranya Cina itu pula apabila sudah berjaya, dia akan mengajar dengan berkongsi pula dengan Cina yang lain agar boleh berjaya juga. 

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja cara  supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila seekor ketam dah berjaya naik, ketam beramai-ramai berpakat2 lain menarik kaki dia untuk jatuh. Akhirnya, seekor pun tak dapat naik dan lepas keluar dari bakul itu. Selepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri, salah menyalah dan tuduh menuduh antara satu sama lain. Bukannya mencari jalan penyelesaian. 

Itulah contoh hakikat sebenar MELAYU sekarang ini. Sebab itu Melayu SUKAR maju, apatah lagi untuk sama-sama BERANI, BERMUAFAKAT, BERSATU PADU dan berjaya beramai-ramai.  
KENAPA orang Melayu tidak boleh mencontohi rakan-rakan mereka dikalangan orang-orang Cina dalam MENJAYAKAN SESUATU PERKARA dengan sama-sama BERANI, BERMUAFAKAT dan BERSATU PADU sebagaimana datuk Nenek orang-orang Melayu terdahulu? Dimana maruah kita?Tidak rugi atau hina mencontohi atau mengambil contoh teladan dari mereka ini melalui kisah ini.-Sumber cerita dari FB-.

Sekian...


Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone