Isnin, 15 Februari 2016

Apa itu cap dagangan dan kepentingannya

Definisi.

Merujuk kepada Seksyen 3 - Akta Cap Dagangan 1976.Cap Dagangan atau Trademark adalah penggunaan lambang/logo/nama/huruf atau nombor dan lain lain kombinasi yang menunjukkan hubungkait antara barangan/perkhidmatan dengan pemilik atau pengguna berdaftar dalam sesuatu perniagaan.

Fungsi Fungsi Cap Dagangan.

Cap Dagangan adalah salah satu alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenalpasti sesuatu barangan atau perkhidmatan dengan si peniaga.Ianya juga berfungsi untuk membezakan si peniaga/penjual dengan pihak yang lain, ini dapat memastikan supaya tidak timbul kekeliruan bila urusniaga dilakukan.

Terdapat beberapa fungsi penting yang harus diketahui berkenaan dengan cap/jenama perniagaan, antaranya ialah :

  1. Aspek kualiti - Menyakinkan para pengguna bahawa sesuatu barangan atau perkhidmatan itu adalah terjamin kualitinya dan bukan tiruan.
  2. Aspek pemasaran- Trend pembelian masa kini lebih banyak bergantung kepada pengiklanan, cap memainkan peranan kerana pengguna terpegaruh dengan iklan yang dipaparkan.
  3. Aspek ekonomi - Jenama atau cap perniagaan yang telah lama terkenal akan menjadi aset pasaran yang amat bernilai. Ianya boleh di'franchise'kan ataupun dilesenkan kepada orang lain.

Bagaimana untuk memohon.

Pemilik perniagaan samada orang perseorangan,perkongsian,syarikat atau pertubuhan di Malaysia (Warganegara atau Bukan Warganegara) boleh mendaftar Cap dagangan yang dikehendaki.Apa yang perlu dilakukan adalah mengisi/mengemukakan Borang CD-5 beserta yuran di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Tempoh masa untuk mendapat kelulusan.

Dari tarikh pemfailan,pengeluaran resit dan nombor permohonan diberikan. Kebiasaannya keseluruhan proses akan mengambil masa antara satu tahun hingga ke 18 bulan.

Tempoh sah penggunaan cap dagangan.

Di Malaysia, setelah sesuatu cap itu didaftarkan maka pemilik boleh menggunakan selama 10 tahun dan perlu diperbaharui semula jika telah tamat tempoh.

 statistik permohonan dan pendaftaran cap dagangan



Faedah mendaftar cap dagangan.

  1. Sah di sisi undang undang- Sijil pendaftaran yang telah diperolehi adalah bukti sebagai pemilik sah sesuatu cap dagangan dan ianya boleh digunakan di Mahkamah serta untuk tujuan Penguatkuasaan.
  2. Hak Eksklusif- Pemilik berhak menggunakan cap dalam aktiviti perniagaan dan boleh mengambil tindakan undang undang jika terdapat sesiapa sahaja menggunakannya tanpa kebenaran.







Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone