Isnin, 25 Januari 2016

Jose mujica kisah pemimpin berjiwa rakyat

Pepemujica2
Presiden Jose Mujica

Latar belakang 

Terkenal dengan sifat rendah diri dan tidak mementingkan kekayaan, bekas presiden ke 40 negara Uruguay ini mendermakan 90 peratus daripada gaji beliau untuk kebajikan dan orang orang miskin serta perusahaan kecil.Dilahirkan pada 20 May 1935, Mujica berasal daripada keluarga yang susah dan bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur lima tahun.


Kerjaya sebagai seorang presiden

Bermula pada tahun 2005,presiden Tabare Vazquez melantik Jose Mujica sebagai menteri pertanian dan seterusnya beliau menang pilihan raya pada oktober 2009 dan secara rasmi menjadi presiden Uruguay. Dalam ucapan pertamanya sebagai presiden beliau menyarankan agar semua bersatu padu dan tiada istilah menang atau kalah (ni vencidos ni vencedores).

Apa yang menarik tentang Mujica adalah beliau tidak tinggal di istana mewah presiden tetapi sebaliknya menetap bersama isterinya iaitu Lucia Topolansky di sebuah ladang kecil di pinggiran Montevideo di mana mereka menanam bunga kekwa untuk dijual.Selain isterinya, Mujica juga mempunyai seekor anjing yang berkaki tiga bernama Manuela dan untuk tujuan sekuriti, dua orang anggota polis ditempatkan bersama dengan beliau.

Walaupun pernah dikhabarkan bahawa beliau ditawarkan sebanyak satu juta dollar untuk kereta namun sebaliknya Mujica menyatakan bahawa jika ianya benar maka duit tersebut akan didermakan kepada badan amal untuk orang gelandangan.Sebaliknya beliau memilih sebuah kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1987 untuk kegunaannya.

Jose Mujica mendapat perhatian ramai kerana gaya hidup dan peribadinya yang unik.Antara kata kata beliau yang terkenal adalah seperti berikut :


Saya mempunyai cara hidup yang saya tidak ubah hanya kerana saya seorang presiden. Saya mendapat lebih daripada apa yang saya perlukan, walaupun ia tidak cukup untuk orang lain. Bagi saya, ia bukannya pengorbanan tetapi ianya adalah satu kewajipan.

Saya digelar sebagai presiden termiskin, tetapi saya tidak merasa miskin.Orang miskin  adalah mereka yang hanya bekerja untuk cuba memastikan gaya hidup yang mewah dan selalu ingin lebih dan tidak pernah puas.

Sebaik sahaja ahli ahli politik mula menjadi pemimpin, mereka menjadi raja. Saya tidak tahu bagaimana ia berfungsi, tetapi apa yang saya tahu ialah republik datang ke dunia untuk memastikan bahawa tiada siapa yang lebih daripada orang lain. Anda perlu sebuah istana, permaidani merah dan ramai orang di belakang anda yang memanggil 'Ya, tuan.'
         Saya rasa semua itu adalah sesuatu yang teruk.

Antara anugerah anugerah yang pernah dikurniakan kepada Jose Mujica :


anugerah yang diberikan kepada Presiden Jose Mujica

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone