Rabu, 13 Januari 2016

Info terkini harga getah melalui sms

Ketahui harga getah menggunakan khidmat pesanan ringkas.

Bagi memudahkan pengguna mengetahui harga getah terkini. Lembaga Getah Malaysia ada menyediakan  perkhimatan khidmat pesanan ringkas khas untuk tujuan tersebut. Caranya adalah seperti yang berikut :

Langkah 1 : Taip kata kunci untuk informasi yang dikehendaki.

Langkah 2 : Hantarkan sms ke 36600.

* Contoh 1  : Bagi mengetahui harga penutup pada sebelah petang (pukul 5) dalam nilai RM, taip TUTUP dan hantar SMS ke 36600.
kata kunci untuk sms harga getah
contoh kata kunci untuk sms

paparan sms harga getah terkini
contoh paparan harga getah terkini



* Contoh 2  : Bagi mengetahui harga untuk tengah hari dalam nilai RM, taip TGH dan hantar SMS ke 36600.

* Contoh 3  : Bagi mengetahui harga purata bulanan dalam nilai RM, taip BLN mmyy diikuti dengan bulan dan tahun, (0106 bermaksud bulan januari tahun 2016) dan hantar SMS ke 36600.


KATA KUNCI UNTUK SMS HARGA GETAH.

info harga getah melalui khidmat pesanan ringkas
caj RM0.50 sen /sms untinfo harga getah terkini

LANGGANAN SECARA BULANAN.

Pengguna juga boleh melanggan info harga getah secara bulanan iaitu dengan cara berikut :

Taip ON <jarak> GTH dan seterusnya hantar ke 36600. Harga getah terkini untuk tengah hari dan pada sebelah petang akan dihantar terus ke telefon pelanggan pada setiap hari.

HENTIKAN LANGGANAN BULANAN

Bagi menghentikan langganan, taip STOP <jarak> GTH dan hantarkan ke 36600.

Untuk info lebih lanjut dan terperinci sila layari www.lgm.gov.my

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone