Selasa, 22 Disember 2015

Rumah panjang moden lima bintang

Label :

Baru baru ini, saya berkesempatan untuk berkunjung ke satu rumah panjang yang terletak di daerah Bintulu, Sarawak.Perjalanan dari pusat bandar ke destinasi mengambil masa lebih kurang dalam 45 minit menggunakan jalan darat dan feri.

deretan rumah panjang moden yang cantik
deretan rumah panjang moden yang unik
Sementara menanti ketibaan feri, saya sempat mengambil gambar rumah kedai yang berdekatan. Walaupun nampak lama dan usang namun ianya penuh dengan nilai sejarah dan unik.

deretan rumah kedai lama di pekan sebauh
deretan rumah kedai lama yang agak usang
Kebiasaannya terdapat kawasan koridor di luar rumah panjang yang dipanggil 'ruai'. Ianya adalah tempat berkumpul para penduduk apabila tiba musim perayaan atau pada acara acara tertentu.Saya sebenarnya terpaku bila pertama kali menjejakkan kaki ke kawasan 'ruai' ini kerana ianya amatlah panjang bersih serta moden.

koridor atau ruai rumah panjang
koridor atau ruai rumah panjang yang amat luas
Terletak berdekatan, mengalir sebuah sungai yang terbentang luas saujana mata memandang. Rasa nak berenang dalam sungai tapi bila tengok dari dekat barulah perasan yang arusnya deras.