Isnin, 7 Disember 2015

Mendengar itu lebih baik daripada bercakap

Label :


kenapa mendengar itu lebih menguntungkan daripada bercakap dan mengulangi apa yang kita tahu
kenapa mendengar itu adalah lebih baik daripada bercakap dan mengulangi apa yang kita tahu

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS

Label :



HADIAH

4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI.
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN.

Ahad, 6 Disember 2015

Perang tercetus ketika musim buah buahan

Label :

Begitulah suasana yang saya ingin gambarkan untuk musim buah tahun ini. Dimana mana sahaja sesak dengan pelbagai kerenah manusia seolah olah berlaku peperangan dunia ke tiga. Bila toleh ke kiri dan kanan apa yang dapat dilihat adalah longgokan buah buahan, pelbagai jenis, saiz serta harga. Kebiasaannya yang paling menarik perhatian ramai adalah king of fruit atau durian. Semua orang dah macam tak tentu arah, berkelakuan seolah seolah sedang berlaku satu krisis.

buah durian ketika musim buah buahan tempatan
buah durian ketika musim buah buahan tempatan


Rezeki durian runtuh.

Kebetulan cuti sekolah hujung tahun, inilah masanya semua orang di kampung terutamanya mengambil kesempatan berniaga. Sehari kalau rajin boleh dapat beratus ringgit  dengan hanya menjual bermacam macam jenis buah. Apa yang saya dapat perhatikan selain daripada buah durian, antara lain yang menarik perhatian adalah langsat, rambutan dan juga manggis.  

Bertaruh buah bagus ke tak.

Bukan berjudi tetapi situasi yang berlaku adalah disebabkan keraguan pembeli samada buah yang dijual rasanya memang sedap atau sebaliknya. Jadi ada diantara mereka berkeras mahu penjual membuka buah sebab ingin merasa isinya kemudian barulah dia akan bayar.Penjual pula mengenakan syarat iaitu jika buah tersebut dibuka dan pembeli berpuas hati maka dia hendaklah membayar 2 kali ganda harga asal. Keputusannya memang penjual lah yang menang sebab kalau dekat kampung jarang yang akan jual buah buahan yang tak elok. Semua yang dijual adalah segar dari kebun bukan yang main peram sampai masak.


raja buah atau buah durian
longgokan raja buah 

Harga murah sebab banyak.

Bagi buah durian, harga yang ditawarkan adalah sekitar RM1 hingga ke RM5 sebiji mengikut saiz (masih segar lagi dalam ingatan, masa beli kat KL diorang jual pakai kilo).Rambutan RM1 ke RM2 seikat, langsat pun lebih kurang sama harga serta buah manggis. Bagi yang membeli, pandai pandailah tawar menawar kalau nak dapat harga murah. Sekian.