Jumaat, 4 Disember 2015

Rekod dunia unik zakar paling bising

Label :


Saiz badan Micronecta scholitzi hanyalah dua milimeter panjang, namun apa yang peliknya adalah tahap kebisingan bunyi yang dihasilkan oleh zakarnya iaitu 99.2  desibel. Ianya adalah bersamaan dengan seseorang sedang mendengar opera yang bising duduk di barisan paling depan.

Bagaimana bunyi ini terhasil.

Proses yang dipanggil 'stridulation' ini berlaku bila mana serangga air tawar ini mengeselkan anunya pada abdomen badan, berfungsi untuk menarik pasangan. Pada ketika inilah bunyi yang kuat akan terhasil, nama lain bagi serangga unik ini adalah lesser water boatman. Ianya adalah salah satu daripada 45 spesis Hemiptera.

CorixaPunctata

lesser water boatman

MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist Lelaki dan Wanita

Label :


MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist contest
MYiDEAKiNi.com Random RM200 Bloglist Lelaki dan Wanita

Kenapa saya ingin disenaraikan sebagai salah seorang bloglist untuk myideakini.com.

Merapatkan lagi hubungan sesama blogger. Disampingkan mengenali lebih ramai  rakan blogger yang lain. Lebih banyak informasi bermanfaat yang boleh dikongsikan supaya kita rakyat Malaysia lebih berdaya saing dan lebih maju dengan tahap kederasan yang maksimum. 

-Semua pemenang tiada pengalah-

Khamis, 3 Disember 2015

Pengajaran berharga bila terbeli smartphone tiruan

Label :



Tiga hari yang lepas aku terbeli satu smartphone jenama lenovo S880 plus tiruan. Puncanya pembelian adalah disebabkan phone yang aku guna rosak. Dicampur dengan perasaan geram dan terburu buru maka dengan pantasnya keputusan dibuat untuk menghantar kepingan kepingan duit bernilai ratusan ringgit ke kedai telefon untuk membeli yang baru.

Bagaimana boleh terbeli yang tiruan/clone set.

Sebab utama berlaku kesilapan adalah akibat fikiran bercelaru ditambah dengan banyak kerja yang tengah terbengkalai disebabkan kerosakan telefon yang sedang digunakan.Tanpa berfikir panjang, aku pun rembat smartphone lenovo yang mana pada masa tersebut aku langsung tak teringat nak semak ianya set original ke tidak?. Apa yang aku sempat tanya kat penjual ialah "bos, ini phone original ke clone?". "Malaysia set punya tauke. Ada warranty satu tahun, lu jangan takut.Ada rosak you hantar kedai sini repair." Itu jawapan yang diberikan.(patutlah dia panggil aku tauke...jilaka punya orang!)

Macam mana aku pasti ianya tiruan.

Bila dah beberapa hari guna, kerja pun semua dah selesai. Aku pun semak nombor IMEInombor siri dan nombor pelekat sirim/skmm yang terdapat pada phone. Mungkin ramai yang sudah tahu macam mana nak buat semakan kualiti untuk smartphone yang original. Tapi saya kongsikan juga cara yang boleh digunakan. 

Cara buat semakan nombor IMEI dan nombor siri.

Bergantung kepada jenama telefon yang digunakan, untuk kes ini,saya guna warranty lookup di laman web rasmi lenovo. Bagi mengetahui nombor IMEI untuk telefon anda, tekan  *#06# pada papan kekunci. Jika terdapat dua nombor yang terpapar, maka ianya bermaksud peranti yang anda guna menyokong fungsi dua simkad. Masukkan sahaja mana mana nombor ke dalam ruangan seperti di dalam gambar. Mengikut informasi yang diberikan oleh pihak Lenovo, IMEI bagi smartphone mereka kebiasaannya bermula dari nombor ' 8 '.

cara semak imei atau warranty untuk telefon pintar jenama lenovo

 semakan imei atau warranty untuk lenovo smartphone 


cara kesan smartphone palsu atau tiruan melaui imei

kesan smartphone palsu atau tiruan melalui semakan imei

Cara semak keaslian pelekat sirim atau skmm pada smartphone.

Bagi proses semakan yang seterusnya, saya gunakan laman web SIRIM iaitu di
e-comM.sirim.my Masukkan nombor siri label yang biasanya ditampal di dalam ruangan bateri telefon anda. sebagai maklumat tambahan, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui google apps store.


check label sirim pada telefon pintar
kedudukan label sirim/skmm pada telefon pintar

semakan label smartphone sirim
cara menyemak label smartphone sirim online


Kesimpulannya.

Setelah menyemak kesemua ciri diatas serta menghubungi pihak Lenovo, memang ternyata smartphone yang saya beli adalah tiruan. Hancur luluh hati ini bagai dihiris sembilu ditambah lagi dengan keengganan pihak penjual untuk memulangkan balik wang  atau mengantikan dengan set yang original, kalau tak ada undang undang memang aku dah bakar kedai tu ikutkan hati yang sedang panas. Langkah terakhir yang saya lakukan adalah membuat aduan kepada KPDNKK dan kes sedang dalam siasatan.Kepada para pembaca sekalian, pastikan perkara ini tidak berlaku kepada anda mahupun orang di sekeliling anda.

**kemaskini.
Setelah aduan dibuat dan pihak KPDNKK berunding dengan penjual akhirnya mereka bersetuju untuk memulangkan semula wang walaupun pada mulanya mereka enggan berbuat demikian.

Selasa, 1 Disember 2015

Harga petrol dan diesel Malaysia masih murah

Label :

Harga purata minyak petrol di dunia adalah sekitar RM5.46 sen/ liter pada tarikh artikel ini diterbitkan mengikut global petrol prices. Pada bulan disember harga terkini bagi bahan bakar berharga ini di Malaysia adalah seperti yang berikut :

Harga petrol dan diesel bermula 1 Disember 2015.



  • MINYAK PETROL RON 95 = RM1.95 SEN / LITER
  • MINYAK PETROL RON 97 = RM2.45 SEN / LITER (termasuk GST 6%)
  • MINYAK DIESEL = RM1.90 SEN / LITER

Harga runcit ini ditetapkan menggunakan kaedah pengapungan terkawal, yang mana penetapan harga akan dilakukan setiap bulan berdasarkan purata  harga pasaran pada bulan sebelumnya. Langkah ini diambil bukan untuk membebankan rakyat tetapi sebaliknya membantu Malaysia menikmati penarafan kredit yang lebih baik daripada agensi penarafan antarabangsa.
minyak turun aku relax jer
mekanisme pengapungan terkawal bukan bererti subsidi bahan api dimansuhkan

Maksud Pengapungan terkawal(managed float) :


Kalau harga minyak dunia naik maka makin mahal lah pengguna kena bayar. Kalau harga turun, masa itulah kita kena simpan stok minyak banyak banyak (kalau kena tangkap padan muka!). Semua ini dilakukan untuk kesejahteraan rakyat -katanya-

Widget harga minyak petrol dan diesel semasa Malaysia :

Ahad, 29 November 2015

Fungsi tersembunyi google search yang berguna

Label :

1.Data awam.

Bagi mengetahui status berkenaan kadar populasi, purata jangka hayat(life expectancy), kadar kelahiran(birth rate), keluaran dalam negara kasar (GDP) untuk sesebuah negara, taipkan seperti yang berikut pada kotak carian :
  • 'population' diikuti dengan nama negara, contoh : 'Malaysia population'  
  • 'gdp' diikuti dengan nama negara, contoh : 'Malaysia gdp'
  • 'life expectancy' diikuti dengan nama negara. contoh : 'Malaysia life expectancy'
  • 'birth rate' diikuti dengan nama negara, contoh : 'Malaysia birth rate'
carta keluaran dalam negara kasar atau gdp
carta keluaran dalam negara kasar atau gdp malaysia







2.Jejaki status penerbangan pesawat awam.

Cuma masukkan nama syarikat penerbangan seperti AIRASIA diikuti dengan nombor kod penerbangan.Ini akan memudahkan anda memantau pergerakan sesuatu pesawat tanpa perlu melayari laman web rasminya. Contohnya :
  • Status penerbangan Airasia AK5117, taipkan : 'AK5117'
cara jejak status flight atau penerbangan awam dengan google search
 jejaki status  penerbangan awam dengan mudah







3. Permainan Atari breakout.

Menggunakan google search image, taipkan 'atari breakout' dan anda akan jumpa satu permainan yang mudah untuk dimain tanpa perlu muat turun atau pergi ke laman web tertentu.

game mudah atari breakout
permainan atari breakout google search image

4.Cari fail pelbagai format.

Untuk menjimatkan masa mencari fail yang anda inginkan seperti contoh 'job application resume' dalam format pdf. Google search juga menyediakan ciri khusus yang diperlukan untuk menyempurnakan misi anda. Caranya adalah seperti yang berikut :
  1. taipkan  <job application resume> filetype:pdf, contohnya : <job application resume> filetype:pdf
  2. taipkan 'job application resume' filetype:pdf, contohnya : 'job application resume' filetype:pdf
Bagi menukar format carian, anda hanya perlu tukarkan pdf kepada misalnya word atau excell. Contohnya : <job application resume> filetype:pdf  kepada <job application resume> filetype:word.

cari fail berlainan format pdf,word,excell guna google search
cari fail berlainan format guna google search







5. Jadual perlawanan Bola sepak.

Bagi peminat tegar bola sepak luar negara seperti  English Premier League, anda boleh melihat jadual terkini perlawanan lengkap dengan masa mengikut waktu tempatan yang akan berlangsung hanya dengan menaip 'english premier league next match' pada ruang kotak carian seperti berikut :
  • english premier league next match, contohnya : english premier league next match
'english premier league next match'
semak jadual english premier league 


Smartphone kalis godam dan tahan lasak

Label :

1. BLACKPHONE

Direka oleh Silent Circle, Blackphone adalah sebuah smartphone dengan ciri ciri penyulitan keselamatan yang tinggi. Dibina lengkap dengan silent circle's custom silent OS berdasarkan android serta kemas kini secara terus O.T.A. Dimuatkan dengan aplikasi silent phone yang mana memberi pilihan penyulitan data dan komunikasi kepada pengguna.

ciri keselamatan tinggi blackphone
Blackphone

Spesifikasi :
  • Sokongan Rangkaian 2G,3G dan 4G.
  • Berat : 165 gram.
  • Dimensi : 7.9 x 76.4 x 152.4 mm.
  • Paparan Skrin: 5.5 " inci, resolusi 1920x1080 pixel, IPS-full HD touch screen, Gorilla Glass 3.
  • Memori : 32 GB eMMC, MicroSDXC, RAM 3GB-LPDDR3.
  • Data: Edge,Gprs,Wlan,Bluetooth,USB.
  • Kamera: 13.0 MP 1/3.06" AF BSI(utama), 5.0 MP FF(kedua).
  • Chipset:Qualcomm Snapdragon 615, 
  • CPU: Octa-core sehingga 1.7 Ghz.
  • SMS,EMAIL,MMS.
  • Browser : HTML 5.
  • GPS: gpsone (A-GPS + GLONASS).
  • Bateri: 3060 mAH.
  • Masa berbual sehingga 25.5 jam(3G), 23.5 jam(4G).
  • HARGA : RM 3,359.28 (tidak termasuk cukai).


2. TURING PHONE.

Apa yang paling menarik tentang smartphone ini ialah kerangka badannya diperbuat daripada bahan Liquidmorphium yang dikatakan lebih tahan dan kuat dari titanium atau besi.OS adalah Android v5.1 Lollipop manakala UI dicipta khas oleh pembuat telefon ini iaitu Turing Robotic Industries. Berdasarkan konsep pembinaan telefon pintar yang kebal daripada digodam, turing phone tidak dibina dengan usb port dan audio jack. Ianya cuma ada satu ports khas yang dipanggil Wallaby Magstream.

 phone direka supaya kalis godam dan tahan lama
turing phone

Spesifikasi:

  • Sokongan Rangkaian gsm,wcdma,cdma evdo,tds cdma,fdd lite,tdd lte.
  • Dimensi : 151.80 x 77.10 x 9.05 mm.
  • Paparan Skrin: 5.5 " inci, resolusi 1920x1080 pixel, FHD
  • Memori : EMMC 16GB/64GB/128GB, DDR3 3GB RAM
  • Data: Wifi 802.11ac, Bluetooth 4.0 (BLE),NFC(NXP),GPS/GLONASS,Turing-Unique-Indentification X-RFID
  • Kamera: 13.0 MP HDR Dual Flash(Utama), 8.0 MP HDR(kedua).
  • Chipset: MSM8974AC Quad Krait 2.5 GHz,
  • Badan: Kerangka Liquidmorphium, Corning Gorilla Glass IV, Binnacle Ocean Master IPx8 water proof, Liquidmorphium speaker
  • Micro-SIM, Wallaby Magstream Ports.
  • GPS: gpsone (A-GPS + GLONASS).
  • Bateri: 3000 mAH.
  • HARGA : RM 3,202.46(64GB), RM3,714.86(128GB) (tidak termasuk cukai).

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Label :


Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM
Giveaway anjuran blogger hasrul hassan sempena sambutan pageviews sebanyak 15 juta untuk blog beliau. Pemenang akan dipilih secara random dengan setiap seorang daripada 5 orang peserta bertuah akan mendapat hadiah wang tunai  sebanyak RM20. 

Kenapa saya follow blog 'otai' sepanjang zaman nie :

Sebab banyak info dan ilmu yang menarik boleh diperolehi bila menjengah masuk ke dalam blog hebat beliau. Design pun simple dan tak berserabut, senang bila nak navigate dalam blog. Cuma satu je yang kalau boleh saya minta saudara Hasrul Hassan tambah dalam blog iaitu "widget" untuk zoom in tulisan sebab kadang kadang agak susah nak baca.Sekian..  

Tarikh tutup penyertaan giveaway ini ialah pada : 30 NOVEMBER 2015