Rabu, 25 November 2015

Jom shopping dengan ps ikea perlis

Label :

Giveaway jom shopping dengan ps ikea perlis

Syarat penyertaan untuk Giveaway jom shopping ps ikea perlis ini cukup mudah


Hadiah menarik menanti pemenang GA



  • HADIAH MISTERI X 10 PEMENANG
  • HADIAH KASUT X 4 PEMENANG WANITA BERTUAH
  • BEAR X 2 PEMENANG
  • SLIM7D UBAT KURUS X 1 PEMENANG
  • VIETNAM MAS X 2 PEMENANG



TARIKH TUTUP : 30 DISEMBER 2015

Klik pada gambar untuk info lanjut

Cara semak kandungan nutrisi makanan

Label :

khasiat nasi dan mee
perbezaan kandungan khasiat antara nasi dan mee

Bagaimana membandingkan khasiat sesuatu makanan.

Google search mempunyai banyak fungsi carian khusus yang mungkin anda tidak sedar.Salah satunya adalah membuat perbandingan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam sesuatu makanan. Sebagai contohnya jika anda ingin tahu apa perbezaan nasi dan mee seperti dalam gambar di atas. Apa yang perlu dilakukan adalah taip (rice vs noodle) *tanpa kurungan. Keputusan carian akan memaparkan data lengkap tentang dua jenis makanan ini seperti zat zat, kalori,karbohidrat dan banyak lagi.

Ketahui kandungan nutrisi buah buahan.


Bukan sahaja nasi atau mee tetapi anda juga boleh mengetahui apa khasiat yang tersembunyi di dalam buah buahan kesukaan anda seperti durian,nangka,oren dan epal.Cuba lihat pada gambar di bawah dan anda pasti tahu buah mana yang mengandungi kandungan kalori yang lebih tinggi kan?.

nutrisi bua durian dan nangka
kandungan nutrisi buah durian dan nangka

Apa manfaat bila buat perbandingan khasiat sesuatu makanan.


Bergantung kepada keperluan seseorang individu sendiri, namun secara peribadinya apa yang penulis cuba sampaikan di sini ialah satu kaedah mudah yang boleh dipraktikkan oleh semua orang dalam memantau kandungan makanan yang kita ambil. Apa yang penting sekali adalah cara pemakanan yang seimbang dan terkawal, makan secara berlebihan pasti akan membawa kesan buruk kepada kesihatan. Bak kata pepatah :


Makan secara berhemah pasti ada hikmah






Selasa, 24 November 2015

Mini Giveaway by Myra Ina

Label :

giveaway Myra and Ina





Syarat penyertaan mini giveaway:


1. Warganegara Malaysia
2. Follow blog Ina
3. Follow Instagram
4. Like facebook fanpage

Senarai hadiah pemenang giveaway :






Tarikh tutup untuk mini giveaway Myra & Ina :


15 December 2015


Isnin, 23 November 2015

Cara kurangkan stress ketika memandu

Label :

statistik kemalangan maut di jalan raya Malaysia



Kesan daripada gejala stress yang dialami ketika dan selepas memandu.

Memang tidak dinafikan kadangkala perkara seperti ini boleh menyebabkan kita hilang fokus untuk bekerja, mudah marah dan sehingga ke tahap dimana membahayakan nyawa sendiri. Mungkin ramai pemandu di luar sana yang tidak sedar bahawa terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan seperti yang berikut.


Persediaan awal sebelum memulakan pemanduan.


Tip # 1-Rancang perjalanan.
Terutamanya jika hendak memandu ke satu destinasi yang jauh, pilih jalan mana yang hendak digunakan dan yang paling penting kemudahan(contohnya: stesen minyak dan tempat rehat dan rawat) yang terdapat di sepanjang perjalanan.

Tip # 2-Pemeriksaan kenderaan.
Antara elemen yang mesti diberi perhatian, ini kerana jika seseorang pemandu itu sedar bahawa kereta yang dipandu mempunyai masalah (brek,enjin atau sebagainya) sudah tentu akan wujud satu perasaan takut dan tidak selesa yang menjurus kepada stress ketika berada di jalan raya.


Tip # 3-Makan/Rehat.
Kalau asyik fikir nak melahap ketika sedang memandu memang satu masalah, jadi pastikan perut berisi sebelum memulakan perjalanan.Tetapi harus ingat bahawa terlalu kenyang pun boleh mendatangkan mudarat iaitu mengantuk. Jikalau seseorang memandu dalam keadaan kurang bermaya akibat kurang rehat atau tidur maka ianya boleh menyebabkan seseorang hilang fokus.

Seterusnya mari kita lihat pula apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan stress ketika sedang berada di atas jalan raya.

Tip # 1-Ikut undang undang.
Sematkan dalam minda bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk tunjuk kehebatan.Peraturan yang dibuat adalah untuk kebaikan bersama. Seandainya terjadi kemalangan,ikutlah prosedur yang betul untuk menyelesaikannya bukan ikut perasaan atau tunjuk taring. Jadikan kes kes 'viral' yang lepas sebagai pengajaran.

Tip # 2-Pasang radio.
Nampak macam remeh tapi hakikatnya bila kita memandu sambil mendengar cerita cerita atau info yang sedang bermain di corong radio, sedikit sebanyak ianya akan membantu menurunkan kadar tekanan perasaan yang sedang memuncak.Secara peribadinya saya syorkan untuk mendengar lagu kesukaan atau kisah kisah lucu.

Tip # 3-Hands free.
Buat atau jawab panggilan telefon dengan menggunakan set peranti hands free yang bersesuaian. Menurut kajian, seseorang yang menggunakan telefon ketika memandu adalah sama seperti memandu di bawah pengaruh alkohol. Itu bukan lagi stress namanya tetapi lebih kepada mabuk ketum dah.

Tip # 4-Pernafasan.
Kita akan berasa tertekan disebabkan pernafasan yang tidak teratur ketika sedang memandu. Apa yang penulis sendiri selalu amalkan jika perkara ini berlaku adalah menyanyi atau tarik nafas dan hembus (ulang beberapa kali sehingga anda berasa lega).


Gejala stress yang dialami ketika berada di jalanraya bukanlah alasan untuk kita membahayakan nyawa sendiri dan orang. 
Artikel lain yang mungkin anda minati : Elak saman guna aplikasi AES alert