Rabu, 18 November 2015

Mengenalpasti sifat integriti dalam diri sendiri

Label :


Pengenalan tentang integriti


Sifat yang diinginkan oleh semua orang, tetapi bagaimana cara untuk memastikan bahawa ianya ada dalam diri kita, cuba perhatikan di sekeliling kita, sebagai contoh; bangunan pencakar langit yang berdiri teguh, kukuh dan gah. Bila sesuatu dibina dengan begitu baik dan sempurna, yang mana ianya tidak runtuh bila berlaku bencana alam seperti gempa bumi, itu dipanggil sebagai integriti struktur (structural integrity). Jika binaan itu roboh atau musnah maka ianya dikira sebagai tiada integriti untuk menahan impak yang terjadi.

Sebilangan di antara kita boleh dikatakan tidak mampu menangani krisis dengan baik terutamanya pada zaman sekarang. Ini berlaku kerana sifat integriti yang semakin terhakis dek peredaran masa tanpa disedari.

Petanda awal tahap integriti seseorang itu mula hilang:

  1. Mementingkan diri sendiri .
Orang yang bersifat seperti ini boleh menyebabkan kemudaratan kepada sesebuah organisasi, keluarga malah rakan rakan disekelilingnya. Bak kata pepatah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

     2.  Menyembunyikan sesuatu .
Memang benar, bukan semua perkara terutamanya yang tidak baik boleh dikongsikan tetapi jika ianya membawa manfaat kepada orang lain kenapa mesti dirahsiakan?. Seseorang yang mempunyai kelakuan yang sedemikian harus sedar bahawa suatu masa nanti anda akan jatuh. Kita tidak seharusnya melakukan perkara seperti ini terutamanya di antara kalangan keluarga. (Sebagai contoh jika anda takut untuk memberikan kata laluan telefon atau komputer kepada seseorang daripada ahli keluarga anda maka ianya bermaksud anda menyembunyikan sesuatu.Padahal telefon atau komputer boleh digunakan bersama untuk kebaikan).

    3.  Mudah terpengaruh.
Seorang pemimpin yang berkaliber berupaya mencari jalan penyelesaian kepada setiap cabaran (masalah). Walaupun bagaimana sukar pun namun dia boleh memimpin dengan tenang dan membawa kepada kejayaan. Jika seseorang pemimpin itu mudah terpengaruh dengan semua pendapat yang diberikan, maka itu bermaksud dia tidak mempunyai prinsip untuk memimpin orang lain bahkan termasuk dirinya sendiri.

   4.   Cakap tidak serupa bikin(janji tinggal janji).
Jangan hanya pandai berjanji semanis madu tetapi tunaikan setiap perkataan yang dilontarkan dalam semua perkara.Adalah lebih baik jika tidak bercakap daripada bersuara tetapi tidak bertindak untuk merealisasikannya. Bila melibatkan isu kepercayaan antara satu sama lain, cara yang terbaik adalah kurangkan bercakap lebihkan bekerja.

   5.   Suka membandingkan orang lain.
Semua orang inginkan diri mereka dihormati(melalui persepsi masing masing),berbudi bahasa dan bertimbang rasa lah dengan orang lain tanpa mengira bangsa,agama,kaum,pekerjaan mahupun status mereka. Jika anda menganggap bahawa perkara ini remeh dan tidak penting maka ianya adalah kesilapan terbesar yang anda lakukan. Ingatlah bahawa sesempurna mana pun seseorang itu (rupa atau harta), akhirnya bertemankan cacing jua bila tiba masanya.


   6.  Terlalu banyak berkompromi.
Orang yang melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menarik perhatian orang lain atau dia sanggup memilih untuk berkompromi dengan apa yang telah dipercayainya semata mata untuk mendapat sesuatu sebagai pulangan. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak konsisten terutamanya dalam membina satu hubungan kepercayaan dengan orang lain dalam jangka masa panjang. Insan yang berintegriti tahu dan sedar bahawa dia tidak mampu menjadi 'adiwira' kepada semua.


Buat apa yang betul sebagai seorang yang berintegriti walaupun tiada siapa yang memerhati.

Artikel menarik berkaitan yang mungkin anda ingin baca :



Ahad, 15 November 2015

1St GIVEAWAY By MB

Label :

Klik pada gambar untuk menyertai :

 1St GIVEAWAY By MB

Syarat-syarat penyertaan :

1: Buat entry bertajuk 1St GIVEAWAY By MB.

2: Copy banner di atas dan linkkan ke entry ini.

3: Follow Blog MB(SINI ) dan Instagram ( SINI )-jika ada.

4: Like Fanpage ( SINI )

5: Copy url entry dan letakkan di ruang komen di bawah.

Optional :Tag 2 orang blogger dan pastikan diaorang tau.


5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah

# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM30
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM25
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM20
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM15
# Hadiah MAGICBAKED Bernilai RM10

Pemilihan adalah secara RANDOM!! 

GiveAway tamat pada 29 November 2015.


3D GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN

Label :


Klik pada gambar di atas untuk menyertai 
3D GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN


HADIAH UNTUK PEMENANG

Dah nama pun 3D puzzle giveaway jadinya pemenang akan mendapat 3D puzzle. Kadar bilangan hadiah ditentukan mengikut bilang peserta. Setakat ini 5 3D puzzle sebagai hadiah untuk pemenang. Harap GA ini akan mendapat sambutan daripada kalian semua. Pemenang bakal ditentukan:
  • 1 3D puzzle untuk top referral. 
  • 4 3D puzzle menerusi khidmat random.org.
  • Hadiah misteri untuk peserta pertama.