Jumaat, 13 November 2015

Giveaway Simple by cik akak & sponser

Label :

Giveaway Simple by cik akak & sponser


Syarat Penyertaan : 

  • Follow Blog
cik akak  kathyrbain | syamimi  | wawa I Farah Arina | Salina Johari  | Ainul Aqma JMbelog  | Lorongcinta | Duniakita  | Arra |
  • Likes fanpage -  JMbelog I cik akak I cinta itu indah | Ainul Aqma 
  • Follow facebook - cik akak I JMbelog I Salina johari
  • Follow Instagram & Twitter - JMbelog I JMbelog I Salina johari I Farah Arina | Ainul Aqma | Arra 
  • Masukan link blog ini dalam senarai bloglist anda : http://kathyrbain.blogspot.my/
  • Buat entri bertajuk "Giveaway Simple by cik akak & sponser"
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 13.11.2015 - 22.11.2015 [10 hari]
  • Giveaway tamat 22.11.2015 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui Nombor Cabutan Bertuah
Perhatian : Bagi syarat likes fanpage, follow facebook, Instagram & twitter peserta wajib follow setiap syarat sekiranya peserta ada akaun yang dinyatakan dalam syarat yang telah cik akak senaraikan. 

Sekiranya peserta tidak mempunyai akaun tersebut, peserta tak perlu ikut syarat yang dinyata. Apa yang penting kejujuran anda sebagai peserta giveaway. 

Follow blog wajib...tiada kelonggaran isu follow blog....semoga giveaway ini berjalan dengan lancar......

copy & paste coding ini dalam post entri anda...



Hadiah Giveaway

  • cik akak - Cash RM50.00 x 2 pemenang 
  • KathyRbain - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • Syamimi - Cash RM5.00 x 2 pemenang
  • Wawa - Topup RM10.60 x 2 pemenang
  • Farah Arina - Topup RM10.60 x 1 pemenang & Topup RM5.00 x 1 pemenang
  • Salina Johari - Cash RM10.00 x 2 pemenang
  • Ainul Akma - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • JMbelog - Topup RM10.60 x 5 pemenang
  • Lorongcinta - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Duniakita - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Arra - Topup RM10.60 x 1 pemenang

Ilham giveaway copy & paste coding - Rujuk Entri Kak Mialiana


Khamis, 12 November 2015

Aplikasi streaming radio online malaysia

Label :


Ringan dan laju, itu adalah antara ciri ciri aplikasi pintar untuk mendengar hampir kesemua radio secara online streaming di Malaysia ini. Setelah dimuat turun ke dalam android smartphone, pengguna hanya perlu taip nama stesen radio yang diingini dan layan.Antara stesen radio yang boleh didapati adalah seperti berikut:
  • Mutiara FM
  • Sinar FM
  • Hot FM
  • THR Gegar
  • Era FM
  • 988最好听
  • Langkawi FM
  • Al Quran Online (Melayu)
  • MY FM
  • Suria FM
  • Radio Malaysia Terengganu
  • Wheelerz Net Radio
  • Amboi FM
  • Moazmar FM
  • Cats FM
  • one FM (Petaling Jaya)
  • My FM (Kuala Lumpur)
  • STAR 92.7 FM
  • MyFM
  • Best 104 FM
  • BFM 89.9
  • MyUFM
  • RTM Sabah VFM
  • TBSB.FM
  • radioEMiNA
  • LepaknetFm
  • MIBFM
  • RileksFM
  • Pelangi MusicFM
  • cmkradio
  • Mix FM
  • Fly FM
  • RED 104.9
  • Radio SMKE7
  • RTM - Sabah FM
  • Borneotune Radio

Informasi tambahan Radio Malaysia :

  1. Rating pengguna 4.4/5 star
  2. Saiz aplikasi : 4.4 MB
  3. Versi : 1.1
  4. Sesuai untuk smartphone dengan android 2.3.3 dan ke atas
  5. Disediakan oleh : Radioworld FM
  6. Pautan URL untuk muat turun Radio Malaysia .


Rabu, 11 November 2015

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip

Label :



Anjuran blogger Cik tulip, pemilik blog besidesme21.blogspot.myGiveaway ini akan berlangsung dari 9 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Disember 2015.

Komen untuk blog Cik Tulip :
  1. Secara keseluruhan design blog kemas dan simple
  2. Mudah untuk navigate dalam blog.
  3. Page loading blog cepat.
  4. Cuma beberapa elemen di dalam blog terutamanya 'Articles Rich Snippets' perlu diberi perhatian.
 



Selasa, 10 November 2015

Jana pendapatan melalui penulisan artikel online

Label :

Kaedah jana wang melalui penghasilan artikel secara online


Terdapat banyak kaedah atau cara yang boleh digunakan untuk menghasilkan pendapatan pasif mahupun tetap secara online, salah satunya ialah melalui penulisan artikel atau review. Maksudnya anda akan dibayar pada jumlah tertentu oleh pengiklan untuk penghasilan sesuatu  bentuk penulisan berdasarkan syarat syarat yang ditentukan. Berikut adalah beberapa senarai nama laman web yang menawarkan peluang tersebut. Ramai yang telah mencuba dan berjaya memperoleh hasil yang lumayan bak kata pepatah "di mana ada kemahuan di situ ada jalan".

1. www.advertorial.my
Bagi mereka yang berminat untuk menulis dan menerbitkan artikel berkenaan produk dan perkhidmatan untuk para usahawan mahupun peniaga, laman web ini amatlah sesuai kerana ianya menawarkan advertorial marketing ataupun pengiklanan dalam bentuk tutorial. Apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Mendaftar di laman web rasmi advertorial.MY 
  • Iklankan blog anda
  • Pihak advertorial akan cari pengiklan untuk anda
  • Buat persetujuan dengan pengiklan untuk harga dan seterusnya pembayaran.
  • Tulis dan terbitkan advertorial  di blog anda.

Apa yang menarik lagi tentang advertorial.MY:


Mereka menerima pendaftaran daripada blog dalam Bahasa Melayu, Inggeris,Tamil, Indonesia dan Cina.

2.www.wonderfulmalaysia.com
Laman berkenaan panduan pelancongan di Malaysia. Jika anda adalah seorang blogger atau penulis yang mempunyai idea menarik maka ianya adalah platform ideal untuk menjana pendapatan sampingan. Apa yang perlu anda buat ialah  menghasilkan artikel berkenaan dengan topik topik berikut:

  • Berita - Tulis artikel berkenaan dengan berita pelancongan terkini.
  • Tips - Tip tip pelancongan yang berkaitan dengan Malaysia.
  • Tarikan - Tempat atau lokasi menarik yang terdapat di Malaysia.
  • Makanan - Artikel tentang tempat makan atau makanan menarik di Malaysia
  • FAQ - Tulis artikel berkenaan dengan soalan soalan lazim berkaitan dengan pelancongan.
  • Hotel dan Rumah tumpangan/tetamu - Buat artikel berkaitan dengan topik, berdasarkan pengalaman anda.

Antara syarat yang ditetapkan:

  • Karya yang dihasilkan mesti mempunyai sekurang kurangnya 200 patah perkataan .
  • Topik penulisan mestilah berkaitan dengan kategori seperti yang dinyatakan diatas.
  • Setiap artikel mestilah unik (bukan copy and paste).      
Cara pembayaran :

  • Melalui bank transfer, paypal, Odesk atau Tunai
  • Penulis akan dibayar sehingga RM25 untuk setiap 400 patah perkataan namun jumlah pembayaran boleh dibincangkan semula. 

3.www.penjob.org
Beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. penjob.ORG adalah sebuah laman web penulisan bebas(freelance writing). Lebih 10,000 penulis telah menggunakan khidmat syarikat ini dan mampu menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa mengikut kemampuan masing masing. Terdapat dua jenis keahlian yang ditawarkan iaitu standard member percuma dan premium member berbayar. Jangan risau jika anda tidak berapa fasih dalam bahasa Inggeris kerana penjob.ORG menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat namun artikel yang dihasilkan mestilah asli dan bukan copy and paste.

4.www.payperpost.com
Melalui payperpost.COM, penulis akan diminta oleh pengiklan untuk menghasilkan artikel (100-200 patah perkataan) tentang produk, servis atau perkhidmatan mereka mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Kebiasaannya pengiklan ini adalah laman web yang ingin mendapatkan review dan menaikkan ranking di enjin carian. Semua pembayaran adalah dalam bentuk US Dollars. Boleh dikatakan bahawa servis yang perkhidmatan payperpost.COM ini mudah dan cepat.

5. www.jobdirumah.com
Salah satu laman web terkenal kerana banyak peluang pekerjaan yang boleh diperoleh mengikut kemampuan seseorang.Contoh contoh kerja yang dimaksudkan adalah seperti pengumpulan maklumat, memasukkan maklumat ke dalam sistem, membuat kajian tentang maklumat yang dikumpul dan kerja kerja yang berkaitan. Apa yang uniknya peluang kerja yang anda dapat hanya perlu dilakukan di rumah secara online tanpa kontrak, masa bekerja fleksibel dan diuruskan oleh anda sendiri. Antara syarat syarat utama yang ditetapkan ialah :

  • Boleh membaca,menulis dan memahami bahasa Inggeris.
  • Mempunyai komputer, akses internet dan boleh menggunakannya dengan baik.
Pendapatan yang anda perolehi adalah bergantung kepada tahap motivasi dan kesanggupan, kadar bayaran adalah antara $10 hinggalah mencecah ribuan dollar.

6.www.klikjer.com

Terdapat dua pilihan menjana pendapatan melalui laman web ini.




Cara Pertama :

  • Sebagai penulis.
Apa yang perlu dilakukan adalah hasilkan info produk yang bermutu (e book). Segala aspek teknikal akan diuruskan oleh pihak klikjer. Anda akan dibayar royalti sebanyak 70% daripada jualan bersih produk yang mana lebih tinggi daripada penerbitan buku konvensional. Tidak perlu risau tentang kos dan risiko.

Cara Kedua :
  • Sebagai affiliate.
Promosikan pelbagai produk dan bagi setiap jualan yang terhasil dari link affiliate anda, komisen sebanyak 70% akan diberikan. Tiada yuran pendaftaran dikenakan.



peluang tulis artikel untuk jana pendapatan sampingan









Isnin, 9 November 2015

Elak saman guna aplikasi AES alert

Label :

Aplikasi ini berfungsi untuk memberitahu pengguna melalui telefon pintar akan lokasi  kamera AES di Malaysia.Menurut keterangan ianya mampu mengesan empat jenis perangkap laju seperti:

  • Kamera perangkap had laju AES (tetap)
  • Kamera AES di lampu isyarat (tetap) 
  • Kemungkinan wujud akan kamera perangkap had laju di sesuatu kawasan.
  • Kemungkinan wujud akan kawasan perangkap laju.
Bagaimana ianya berfungsi ?

Bila servis ini mengesan akan kewujudan kamera seperti yang disebut diatas, maka pengguna akan diberitahu akan lokasinya melalui smartphones. Ini akan membantu pemandu kenderaan atau motosikal untuk memperlahankan kelajuan dan seterusnya mengelakkan saman.

Paparan aplikasi untuk pengguna:  






Maklumat Tambahan Berkenaan Aplikasi:
  1. Saiz Aplikasi : 5.9 M
  2. Versi terkini: 2.5
  3. Menyokong Android 3.0 dan keatas
  4. Pembelian produk di dalam aplikasi : RM8.80 ke RM 9.90 untuk satu barang
  5. Pembina : COOL-APPS.MOBI
  6. Jumlah muat turun : 100,000 ke 500,000
  7. Rating : 4/5
Nasihat kepada para pengguna yang ingin memasang aplikasi ini di smartphone anda, cuba lihat dahulu komen pengguna yang telah menggunakannya. Kemudian barulah anda membuat cadangan untuk memuat turun atau tidak. Pautan ke google play store.







Jangan lupa akan harga diri sebenar

Label :


Kebaikan menyimpan dahulu sebelum membeli sesuatu

Label :


Bermula dengan perbualan bersama seorang sahabat mengenai topik membeli sesuatu tanpa berhutang. Akhirnya terlintas di fikiran untuk mengongsikan sedikit tip yang mungkin berguna buat para pembaca. Pada kebiasaannya sesetengah orang lebih suka membeli sesuatu kemahuan seperti gajet terbaru contohnya, tanpa memikirkan dengan teliti bahawa sebenarnya terdapat cara alternatif untuk menambah nilai wang anda sebelum berbelanja. Maksudnya simpan sedikit daripada pendapatan pada tempoh tertentu kemudian barulah beli apa yang kita inginkan.

Situasi 1 :
Si pengguna ini baru sahaja mendapat gaji pada hujung bulan dan tanpa berfikir panjang terus membeli gajet kesukaan yang bernilai RM2500 secara tunai.
cara pembelian terburu membawa keburukan
cara pembelian terburu buru

Situasi 2 :
Pengguna yang kedua ini pula ditawarkan dengan pembelian ansuran bulanan ke atas gajet idaman terkini selama 1 tahun yang berharga RM2500.
cara pembelian ansuran membawa merugikan
beli barangan secara ansuran


Situasi 3 :
Menggunapakai terma berfikir secara jangka panjang dan rasional, pengguna ketiga ini  tidak terburu buru melakukan pembelian namun sebaliknya membuat perancangan. Beliau menyimpan setiap bulan selama satu tahun dan kemudian barulah membeli apa yang dimahukan.
cara pembelian yang menguntungkan pengguna
cara pembelian yang menguntungkan 

Kesimpulannya, anda dapat lihat sendiri pengguna manakah yang patut dicontohi. Kita harus ingat bahawa pendapatan yang diperolehi setiap bulan adalah hasil keringat yang amat berharga.Cuba kenang kembali betapa berat rasa nak bangun pagi,merempuh kesesakan trafik,kena maki hamun dengan boss dan sebagainya yang harus dilalui untuk bekerja. Jadi haruslah kita buat perancangan yang teliti dan rapi dalam perbelanjaan seharian untuk kebaikan diri sendiri. Bayangkan apa kesannya jika sesebuah negara tidak membuat perancangan kewangan?. Akhirnya sekali jadilah pengguna yang bijak kerana faedahnya banyak. Tidak berbaloi jika kepuasan itu hanya sebentar tetapi disusuli derita berpanjangan.

Kalkulator pengiraan ansuran:


Kelebihan siaran televisyen digital terestrial DTTB

Label :

gambarajah perbandingan sistem penyiaran digital dan analog
 perbandingan siaran televisyen digital dan analog 
Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital atau (DTTB) yang akan mula dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara.Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam meningkatkan mutu penyiaran tv dan radio yang mana sebelum ini menggunakan transmisi analog. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melantik Puncak Semangat Sdn Bhd sebagai syarikat yang bertanggungjawab membina, mengendali dan menguruskan infrastruktur untuk perkhidmatan Penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTTB) ini.

Bagi membolehkan pengguna menerima siaran DTTB ini, apa yang diperlukan adalah membeli dan memasang kota set top (STB) atau Televisyen Digital Berintegrasi (IDTV) yang mana dilekatkan dengan satu label khas bertulis 'DTTB Malaysia'. Menurut perancangan sebanyak dua juta set dekoder akan diedarkan secara percuma kepada isi rumah yang layak.
Apa kelebihan DTTB.
  • Sokongan siaran definisi tinggi (HD).
  • Sokongan sistem suara yang mantap. Tak main dah sistem suara mono(suara mus may yang bukan main serak serak basah jadi sumbang bila dengar guna mono)
  • Pengguna berupaya melihat intisari rancangan yang seterusnya.
  • Boleh memilih sari kata berdasarkan bahasa yang dinginkan.
  • Menyokong lebih banyak saluran TV berbanding penggunaan penyiaran analog.
  • Pengguna boleh membeli belah dari rumah melalui televisyen.
  • Pelbagai menu interaktif serta menonton rancangan atas permintaan (VOD)
  • Percuma (FTA) tak payah bayar setiap bulan.
Peralihan dari penyiaran secara analog ke digital akan melibatkan stesen TV milik kerajaan dan Swasta seperti TV1,TV2,TV3,TV9,ntv7,8TV, Bernama TV dan TV Al hijrah. Lebih banyak saluran akan ditambah dari semasa ke semasa termasuk saluran radio.Bila siap sepenuhnya, siaran televisyen analog akan ditamatkan.

Pengalaman penulis
Teringat masa zaman masih budak budak lagi, bila nak pasang antena TV analog terpaksa tebang pokok buluh yang panjang sebab dekat kampung siaran tak berapa jelas. Lepas itu, bila dah pasang nak kena pusing pusing keliling rumah cari lokasi yang sesuai.Bila dah ada Astro pula masalahnya kalau hujan lebat langsung tak ada siaran. Silap silap kena tendang televisyen lagi lagi masa tengah tengok perlawanan bolasepak Worldcup.Harap harap dengan perwujudan DTTB ini akan memberi banyak kelebihan dan manfaat buat semua rakyat Malaysia.


Digital broadcast standards
Peta menunjukkan negara negara dan sistem penyiaran yang digunakan