Jumaat, 30 Oktober 2015

Malaysia website awards 2015

Label :


Macam mana nak turut serta ?

Klik banner di atas, lepas itu pilih kategori blog anda, terdapat dua kategori. hantar borang pendaftaran dan pastikan anda mematuhi syarat syarat yang telah ditetapkan.Kalau blog terpilih maka anda akan diberitahu melalui email. Akhir sekali kongsikan blog anda dan dapatkan undian follower atau awam sebanyak mungkin, yang selebihnya terserah kepada juri pertandingan untuk menentukan. Ala ala AF gitu.



Kalau menang, apa hadiahnya?
Blog pemenang akan dianugerahkan dengan gelaran SOTM dan TPFWA 2015 siap dengan rating untuk blog. Ada lagi, semak kat sini


Khamis, 29 Oktober 2015

7 fakta rawak anda mesti ingin tahu

Label :

1. Nama orang yang terpanjang di Malaysia adalah "Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam " setakat 2014.Keseluruhannya mengandungi 10 perkataan dan 67 huruf.



2. Ayat Inggeris berikut "THE QUICK BROWN FOX JUMP OVER THE LAZY DOG" menggunakan kesemua huruf dari 'A' hingga 'Z'.



3. Ketuhar gelombang mikro (micro oven) dicipta hasil pemerhatian/penemuan secara tidak sengaja seorang jurutera yang mana mendapati bar coklat di dalam poket beliau cair apabila terdedah kepada gelombang mikro yang dihasilkan oleh set radar pada frekuensi tertentu.






Ursus maritimus Steve Amstrup
4. Kulit beruang kutub sebenarnya berwarna hitam dan bulu pada badannya bukan berwarna putih tetapi sebaliknya lutsinar atau telus(transparent).










Syrian soldier aims an AK-475.Komposisi kentut terdiri daripada:
  • 59% nitrogen
  • 21% hidrogen(bahan nudah terbakar)
  • 9%  karbon dioksida
  • 7% metana(bahan mudah terbakar)
  • 4% oksigen
  • lebih kurang 1% hidrogen sulfida (bau yang terhasil bila seseorang kantut)





6.Keracunan Teobromina LD50 adalah keracunan coklat bila diambil secara berlebihan. Mengikut anggaran jika berat purata seseorang adalah 80kg, bermakna pengambilan coklat purata sebanyak 6.15 kilogram boleh membunuh akibat keracunan.




7.Terdapat satu pejabat pos dasar laut di Malaysia. Lokasinya adalah di Pulau Mataking , Semporna, Sabah. Surat yang diposkan di dalamnya akan diambil dua kali seminggu. Hanya terdapat 5 pejabat yang seumpamanya di dunia setakat ini.

Rabu, 28 Oktober 2015

Write a review contest anjuran lynk dot my

Label :

              

Review contest anjuran Lynk.my.

Pertandingan ini menawarkan sejumlah hadiah bernilai RM 4000 dengan tiga kategori iaitu :



Akan tetapi anda tidak perlu risau kerana setiap penyertaan layak untuk memenangi kesemua tiga kategori yang dipertandingkan. 


              Berlangsung selama dua bulan bermula dari 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015 dan mungkin akan dilanjutkan bergantung kepada budi bicara penganjur. Penyertaan terbuka kepada semua platform blogger warganegara  Malaysia, hanya satu penyertaan dibenarkan untuk setiap blogger. 


Apa itu Lynk dot my ?


 Penyedia perkhidmatan url shortener,

Contohnya adalah seperti berikut:  Url (http://kenny977.blogspot.my/2015/10/aplikasi-google-adsense-untuk-smartphone.html) akan diringkaskan kepada (http://lynk.my/7xi). Objektif utama lynk dot my adalah untuk membantu rakyat Malaysia mengiklankan perniagaan mereka atau apa apa acara dari yang kecil mahupun yang besar secara atas talian dengan mudah. Apa yang menarik tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh anak Malaysia ini adalah :


  • Tiada yuran pendaftaran dikenakan dan berbanding dengan penyedia pengiklanan lain yang fuhh...mahal giler.
  • Harga pengiklanan bermula dari serendah RM10.
  • Boleh jana pendapatan dengan mengongsikan pautan laman web yang telah dipendekkan.
  • Smart filtering unik yang dinamakan Mr BotBot memastikan bahawa link anda tidak dilawati oleh web spider dan sebagainya, jadi anda tidak perlu risau kerana apa yang anda bayar adalah trafik yang datang daripada manusia sahaja.
  • lynk.my menerima pembayaran melalui hampir kesemua servis perbankan secara atas talian di Malaysia.
               Proses pendaftaran untuk menjadi ahli cukup mudah dan jika telah berdaftar maka anda boleh mengakses dan memantau segala maklumat terperinci berkenaan dengan url anda yang telah dipendekkan dengan mudah.Berpatutan, mudah dan cepat adalah ungkapan tepat yang boleh saya gambarkan berkenaan dengan lynk.my ini.
              Apa yang perlu anda buat adalah cipta satu artikel blog dengan keunikan dan kreativiti anda sendiri samada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris sahaja. Isi kandungan artikel pula  wajib menyentuh berkenaan dengan review sistem lynk.my secara keseluruhan dan mesti menceritakan tentang pertandingan, kategori serta hadiah yang disediakan. Tiada had untuk tempoh minimum atau maksimum artikel, malah anda dibenarkan menulis secara bebas tetapi jangan menyentuh sensitiviti kaum dan agama, nanti tak pasal pasal jadi viral masuk lokap.

               Minta jasa baik pembaca sekalian untuk mengundi saya bagi pertandingan ini,undian anda amatlah saya hargai dan sila tinggalkan komen anda untuk saya blogwalking semula nanti.Klik pada butang dibawah untuk undian:       

                                  


Hadiah lumayan review contest yang disediakan:


Kategori TOP lynkUNDI

Tempat Pertama -RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


Kategori TOP SEO

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100


Kategori TOP CREATIVE

Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200



Giveaway penyertaan ( sponsored by ikedaikami )


50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com

                Banyak hadiah hadiah menarik yang ditawarkan, apa lagi yang di tunggu. Daftar dan rebut peluang yang dah terhidang di depan mata. Kalau dah rezeki takkan kemana tapi kalau tak berusaha maka bak kata pepatah;
         
   "rezeki takkan datang bergolek kecuali kita berusaha mendapatkannya"

Keputusan pertandingan dan para pemenang

               

7 tempat terbiar menarik di seluruh dunia

Label :

Terdapat kisah mahupun sejarah menarik yang boleh diketahui di sebalik sesuatu tempat yang telah ditinggalkan dan tidak lagi dihuni oleh manusia di bumi. Berikut ialah

Tempat terbiar yang terkenal di merata dunia:

1. Tocco Caudio
Akibat beberapa siri gempa bumi pada tahun 1980 dan 1981,perkampungan kecil dan terpencil ini dikosongkan oleh penduduknya.Terletak di Beneveto, Campania, Itali. Lokasi di dalam Google Maps.

Tocco Caudio vecchio

Perkampungan tidak lagi didiami oleh manusia

2.Pulau Hashima. (Gunkanjima)
Terletak berhampiran bandar Nagasaki di selatan negara Jepun, pulau dengan keluasan 6.3 hektar ini merupakan tapak tinggalan lombong arang batu bawah laut yang dibuka pada tahun 1887 hingga 1974. Kisah dokumentari pulau ini telah dipaparkan dalam History Channel's Life After People, "The Bodies Left Behind". Filem Jepun Midori Naki Shima diterbitkan pada tahun 1949 membuat penggambaran di pulau Hashima. Thailand juga mempunyai filem sram yang berkaitan dengan lokasi pulau ini yang bertajuk Project Hashima.  Pulau ini juga turut menjadi inspirasi dalam salah satu babak untuk filem James Bond Skyfall. Lihat dengan lebih dekat dan jelas melalui google street view .

Battle-Ship Island Nagasaki Japan

Pulau terpencil Hashima di jepun 



3. Homebush Bay.
Terletak di sungai Parramatta, New South Wales, Australia. Pernah menjadi pusat industri berat yang terkenal pada abad ke-20. Kemudian menjadi tempat pembuangan sisa sisa pepejal yang bersaiz besar seperti kapal dan bahan bahan kimia. Objek yang terdapat dalam gambar di bawah adalah bangkai kapal SS Ayrfield yang terdapat di homebush bay yang mana ianya telah dilitupi oleh tumbuhan tumbuhan. Lokasi di Instantstreetview.

Homebush Bay - SS Ayrfield


4. Kubu Maunsell.
Kubu Maunsell adalah menara kecil yang dibina di muara sungai Thames dan Mersey semasa Perang dunia kedua untuk membantu mempertahankan U.K daripada serangan musuh.

Redsandsforts

5. Pripyat
Dibuka pada 4 Februari 1970 namun, dikosongkan setelah berlaku bencana loji nuklear Chernobyl, terletak di selatan Ukraine bersempadan dengan Belarus.

Sebelum
A Picture Of Prypiat, pictured before the Chernobyl Disaster to add Context to what the city was like

Selepas
Pripyat - Bumper cars

  Tinggalan penempatan di Ukraine




6. Danvers State Hospital
Hospital psikiatri/mental terletak di Danvers, Massachusetts,Amerika Syarikat. Ia dibina pada tahun 1874 dan dibuka pada tahun 1878 di bawah pengawasan arkitek terkenal Boston, Nathaniel Yeremia Bradlee. Serba lengkap dan kebanyakkan bangunan di situ dihubungkan dengan terowong bawah tanah.Ianya telah dirobohkan sepenuhnya pada tahun 2006.

Danvers State Hospital, Danvers, Massachusetts, Kirkbride Complex, circa 1893

7.Dadipark
Dadipark adalah sebuah taman hiburan di Belgium.Berlaku satu kemalangan pada tahun 2000 di taman tersebut dimana seorang lelaki terputus tangannya semasa menaiki Nautic Jet. Kemalangan ini adalah yang pertama namun selepas itu beberapa lagi siri kemalangan berlaku.Orang ramai mula mengadu mengenai tahap keselamatan dan jumlah pengunjung semakin berkurangan. Pada tahun 2002 pihak pengurusan telah mengumumkan bahawa taman ini akan ditutup selama setahun bagi kerja-kerja pengubahsuaian, tetapi taman ini tidak lagi dibuka selepas itu. Lokasi di dalam Google Maps.


Urban Exploring Dadipark 1


Walaupun tidak berpenghuni dan lusuh  tetapi ianya tetap menjadi daya tarikan mungkin kerana kewujudan unsur unsur sejarah mahupun misteri yang pernah terjadi lokasi tersebut.










Aplikasi google adsense untuk smartphone

Label :

Bagi memudahkan pemantauan aktiviti akaun adsense melalui telefon pintar walau di mana saja anda berada, Google telah memperkenalkan satu aplikasi khas untuk android dan IOS khas bagi tujuan ini. Mudah dan mesra pengguna ianya direka dengan akses untuk melihat prestasi akaun google adsense secara terperinci, juga laporan laporan berkenaan dengan unit iklan, channels dan banyak lagi fungsi lain.






Antara ciri ciri lain yang turut disertakan di dalam aplikasi pintar ini adalah fungsi alih bahasa contoh Inggeris ke Bahasa Melayu dan sebagainya.








Selasa, 27 Oktober 2015

Kisah 7 jutawan dan bagaimana mereka bermula

Label :


kisah inspirasi seorang usahawan jutawan

1. UPS (United Parcel Service)
Diasaskan oleh James E.Casey pada tahun 1907 (berumur 19 tahun) dengan meminjam sebanyak $100 sebagai modal daripada rakan beliau. Pada mulanya penghantaran barang dibuat menggunakan basikal, motosikal dan berjalan kaki. Nama asal syarikat pada awal penubuhan adalah American Messenger Company dengan motto "best service and lowest rates".



2. Fedex

Semasa di ambang kegawatan akibat krisis harga minyak, pengasas syarikat penghantaran ini iaitu Frederick W.Smith pernah menggunakan wang syarikat yang berbaki $5000 untuk bermain black jack di Las Vegas dan beliau menang $27,000, yang mana cukup untuk menampung perbelanjaan minyak syarikat bagi operasi beberapa hari yang berjumlah $24,000 sebelum syarikat pulih semula daripada masalah.


3.Alibaba
Jack Ma iaitu antara orang terkaya di China adalah pengasas syarikat jual beli atas talian ini. Beliau berasal dari keluarga miskin, gagal sebanyak 2 kali untuk peperiksaan kemasukan ke kolej, permohonan kerja beliau di beberapa syarikat termasuk KFC ditolak sebelum ditawarkan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris dengan pendapatan sebanyak $12 sebulan di universiti tempatan.Idea untuk memulakan syarikat bermula apabila beliau membuat carian di internet mengenai "beer china" namun hampa apabila tiada hasil carian yang ditemui. Dari itu, beliau bertekad untuk menubuhkan syarikat internet di China. Dua syarikat terdahulu beliau sebelum Alibaba gagal. Nama "Alibaba" adalah idea yang timbul (Alibaba and the Forty Thieves)ketika Jack Ma duduk di sebuah kedai kopi di San francisco.

4. Panasonic
Bermula pada tahun 1917, Konosuke Matsushita berhenti daripada Osaka Electric Light Company untuk menubuhkan syarikat beliau sendiri. Tanpa pendidikan formal,modal dan pengalaman dalam bidang pembuatan produk. Syarikat yang beliau tubuhkan ini hampir hampir muflis namun diselamatkan oleh pesanan produk sebanyak 1000 unit yang tidak dijangka daripada pelanggan pada saat akhir. Setelah berusaha dan terus berusaha, syarikat yang beliau asaskan ini terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai jenama yang terkenal.Perkara yang menarik yang sering ditekankan oleh Matsushita ialah tidak kira betapa bagusnya sesuatu produk berbanding dengan yang lain, apa yang paling penting ialah produk tersebut mesti mempunyai pasaran dan dapat dijual. Tiada gunanya jika produk tidak dibeli walaupun ianya adalah yang terbaik di pasaran.


5.Walt Disney

Bermula dengan melukis dan menjual hasil karya untuk wang secara kecilan kecilan di sebuah ladang, pengasas syarikat ternama ini mula memasuki Hollywood dengan hanya $20 dalam poket. Akhirnya beliau berjaya sebagai seorang jutawan dalam bidang pengiklanan dan animasi kartun.

6.JK Rowling
Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, beliau menghadapi masalah depressi, keinginan untuk bunuh diri dan hidup dalam kemiskinan serta diceraikan oleh suami beliau. Novel terkenal pertama beliau dihabiskan dengan menulis di atas cebisan tisu yang diambil dari beberapa kafe. Akhirnya novel Harry Potter yang terkenal menjadikannya seorang jutawan berkat usaha dan kegigihan beliau.

7.Roman Abramovich
Pada usia 4 tahun beliau menjadi anak yatim bila kedua ibu bapanya meninggal dunia. Berhenti belajar daripada kolej demi mengejar impian sebagai seorang usahawan. Bermula dengan menjual patung itik mainan dan sekarang beliau adalah antara jutawan yang terkenal di dunia. Pemilik kelab pasukan bola sepak Chelsea.