Jumaat, 23 Oktober 2015

Giveaway Irrayyan kalau dah jodoh

Label :



Klik banner untuk info lanjut...

Hadiah :

Novel elee mardiana| kalau dah jodoh

Robot pembantu canggih yang boleh dibeli

Label :

Adakah robot akan mengubah kehidupan kita pada masa hadapan? Tiada siapa yang pasti tentang itu,namun jika dilihat dan dinilai akan apa yang telah dicapai melalui perkembangan teknologi yang semakin rancak pada masa kini,jelas sekali ianya membantu bukan sahaja dari segi ekonomi malah dalam banyak bidang bidang penting seperti perubatan dan sebagainya.Pada zaman teknologi yang mana kelajuan dan ketepatan adalah perlu dan amat kritikal.Bergantung kepada tenaga manusia adalah jalan terbaik kerana kita mampu melakukan pelbagai tugas, namun hanya pada masa yang singkat.

Robot pula yang mana dicipta oleh manusia dengan matlamat untuk membantu membuat sesuatu tugas dengan efisien,tepat dan dalam tempoh yang lama tanpa mengeluh. Berikut adalah beberapa fakta tentang robot pintar dan canggih yang mempunyai keupayaan untuk membantu manusia dari pelbagai segi dan ianya mampu dimiliki.





SoftBank pepper
robot pepper
Robot dihasilkan oleh Aldebaran Robotics dan SoftBank Mobile ini dicipta dengan keupayaan untuk membaca emosi. Kemampuan tindak balas robot
pepper ini dengan pengguna terhasil kerana ianya mampu menganalisa ekpresi dan nada suara seseorang. Robot pintar ini mempunyai empat mikrofon, dua kamera definisi tinggi, sensor 3D dan banyak lagi. Pepper berfungsi lebih kepada bertujuan untuk menceria atau mengembirakan penggunanya melalui interaksi. Beberapa perisian dicipta untuk robot ini yang mana membolehkan ia melakukan perkara seperti mengingatkan seseorang untuk mengambil ubat mengikut jadual yang telah ditetapkan,membantu memantau perlakuan anak anak, berselfie bersama pengguna dan sebagainya. Dipasarkan kepada umum dengan harga dibawah $2000(RM8000+-). pada februari 2015.





bearapa harga robot pintar nao
robot nao
NAO adalah robot pintar,comel dan kecil dengan ketinggian 58 sentimeter, mampu menjadi teman di rumah,ianya mampu bergerak,mengenali,mendengar dan bercakap dengan penggunanya.Apa yang menarik tentang robot ini ialah ianya telah digunakan untuk tujuan pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah universiti di lebih 70 buah negara.Mesra pengguna adalah kunci utama kejayaan robot ini, juga dicipta oleh Aldebaran Robotics. Berbanding dengan pepper, nao mempunyai sepasang kaki dan berupaya untuk bangun semula jika ianya jatuh tersembam.Dilengkapi dua kamera defini tinggi yang mampu menangkap gambar selaju 30 frame sesaat serta berupaya mengenalipasti wajah dan objek di sekelilingnya. Layari www.robotpreneur.com kalau nak tahu berapa harganya.



Aldebaran Roméo Innorobo 2014 Lyon
robot romeo
Dicipta dengan matlamat untuk membantu mereka yang kurang upaya atau warga tua menjalani kehidupan seharian dari segi interaksi sosial,pengurusan jadual harian dan interaksi fizikal. Robot Romeo ini masih lagi di peringkat kajian dan pembangunan, namun ianya dihasikan dengan keupayaan yang lebih canggih dan berfungsi seperti seorang pembantu peribadi, dengan ketinggian 1.4 meter dan bentuk badan menyerupai manusia dewasa. Harga dikatakan dalam anggaran $330,00.

Khamis, 22 Oktober 2015

Giveaway Duit Saku Dari BBL

Label :


Klik banner untuk info lanjut



Hadiah duit saku dari BBL :

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Selasa, 20 Oktober 2015

Persahabatan terjalin ketika bertempur di awangan

Label :

20 Disember 1943: Sebuah kapalterbang pengebom milik Amerika Syarikat dengan 9 anak kapal rosak teruk akibat ditembak oleh pihak musuh. Juruterbang pesawat pejuang milik Jerman iaitu Franz Stigler diarahkan untuk menembak jatuh "B-17 Flying Fortress" tersebut namun beliau tidak melakukannya atas dasar kemanusiaan malah sebaliknya mengiring pesawat tersebut keluar dari ruang udara Jerman. Kisah benar yang terjadi ketika perang dunia kedua diabadikan di dalam sebuah buku yang bertajuk : A Higher Call: An Incredible True Story of Combat and Chivalry in the War-Torn Skies of World War II. Penulisnya adalah Adam Makos.


Apakah sebab sebenar Franz Stigler tidak menyasarkan pesawat malang milik Amerika Syarikat tersebut? Sebuah buku kisah perang dunia kedua yang amat berbaloi untuk dibaca dan dijadikan pedoman.

Isnin, 19 Oktober 2015

saudade

Label :

                 Saudade adalah kombinasi perkataan Portugis dan Galicia yang tiada terjemahan langsung dalam bahasa Inggeris. Ianya membawa erti satu keadaan emosi yang mendalam tentang sesuatu nostalgia atau perasaan sayang kepada seseorang yang telah meninggalkan kita buat selama lamanya. Satu bentuk saudade yang kuat sering hadir apabila kita teringatkan seseorang atau sesuatu yang kita tidak tahu dimana mereka berada seperti kehilangan kekasih yang mati atau  ahli keluarga yang hilang dan kita tidak tahu dimana mereka berada.

                 Saudade juga digambarkan sebagai " perasaan cinta yang kekal" selepas kehilangan seseorang. Saudade adalah jelmaan semula koleksi koleksi perasaan, pengalaman, tempat atau peristiwa yang pernah membawa kepada kenangan manis, pahit, gembira, sedih, kesenangan dan kesejahteraan. Kesemua elemen ini kemudian akan mencetus satu jelmaan perasaan yang mengambarkan seolah olah seseorang atau sesuatu masih hidup dan wujud.


                  Dalam bahasa Portugis. " Tenho saudades tuas "(Portugis Eropah) atau "Tenho saudades de voce " (Portugis Brasil) diterjemahkan sebagai " Saya rindu akan kamu" dengan maksud dan nada yang lebih kuat.



bila hati berbicara

Label :


keabadian memori

Label :


Cara buat resume guna google docs

Label :

Disediakan dengan pelbagai pilihan contoh resume, platform google docs ini adalah percuma dan mesra pengguna. Daftar sebagai pengguna google drive jika anda belum berbuat demikian ini kerana resume yang anda buat akan disimpan secara automatik bagi memudahkan anda mengedit atau mencetak di kemudian hari.




Klik pada pautan google docs di atas, kemudian pilih jenis template resume yang anda inginkan dengan klik pada use this resume. Untuk mula mengedit, tekan pada lambang edit di sebelah kiri seperti yang terdapat pada gambar di bawah. Masukkan maklumat maklumat yang diinginkan dan anda juga boleh menambah fungsi fungsi tambahan seperti gambar,table,underline,horizontal line dan sebagainya. Setelah selesai dan berpuas hati dengan hasil resume, anda boleh mencetak atau menyimpan ianya terlebih dahulu sehingga anda memerlukan. Pergi ke akaun google drive anda untuk mengakses resume anda pada lain kali.