Jumaat, 25 September 2015

Buat duit sampingan sertai kaji selidik online

Label :

buat duit sampingan dengan sertai kaji selidik atas talian
kaji selidik online
Mungkin ramai yang melayari internet tanpa mengetahui bahawa terdapat banyak peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Salah satu kaedah yang boleh diguna pakai adalah dengan menyertai kaji selidik secara atas talian, ianya senang dan tidak memerlukan apa apa deposit untuk keahlian. Bila anda sudah menjadi ahli maka apa yang perlu dilakukan ialah menjawab soalan yang diberikan dan sebagai ganjaran anda akan mendapat e poin yang mana jika telah cukup jumlahnya maka boleh ditebus dengan baucar hadiah atau tunai. Bukan itu sahaja, jika bernasib baik anda berpeluang menyertai cabutan bertuah jika terpilih.




Contoh e poin terkumpul daripada online survey:


Pendapatan sampingan sertai kaji selidik atas talian online

Laman web survey atas talian.



Terdapat banyak laman web kaji selidik yang berdaftar pada masa kini, salah satunya yang mana penulis telah sertai adalah AIP Online Surveys. Buat pengetahuan anda, jawapan daripada kaji selidik akan digunakan oleh organisasi organisasi perniagaan daripada seluruh dunia untuk tujuan pembangunan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna. Mengapa saya memilih AIP ?. Bak kata pepatah dimana ada internet di situ ada rezeki.

buat duit sampingan dengan sertai kaji selidik atas talian

buat duit sertai kaji selidik online

semak dasar privasi sebelum sertai sebarang survey online


Artikel lain yang berkaitan : Jana pendapatan melalui penulisan artikel online

Khamis, 24 September 2015

Hidup dengan menghargai masa yang ada

Label :



hargai masa yang ada dalam kehidupan

Masa yang kita ada adalah terhad,jangan bazirkannya dengan hidup mengikut telunjuk orang lain, ketepikan pemikiran negatif dan jangan terperangkap oleh keasyikan dunia yang mengkhayalkan,jangan biarkan suara suara sumbang mereka menguasai diri, percayalah pada gerak hati.Apa yang penting adalah semangat untuk  terus berjuang untuk kebebasan dalam mencari makna sebenar sebuah kehidupan.Jangan jadi ibarat kapal tanpa  nakhoda.

Isnin, 21 September 2015

Misteri di sebalik pembinaan the great pyramid of egypt

Label :

Walaupun tidak mempunyai teknologi yang canggih namun pembinaan the great pyramid of egypt ini mampu disiapkan dalam masa 20 tahun. Siapakah arkitek yang bertanggungjawab dalam merekabentuk piramid ini dan apakah teknik teknik pembinaan yang digunakan.

Ahad, 20 September 2015

Bagaimana mendapatkan kembali komen blog yang telah dipadam

Label :

Ulasan pelawat atau pembaca memainkan peranan penting untuk sesebuah blog. Namun begitu disebabkan spam mahupun secara tidak sengaja terpadam komen tersebut. Ini akan menimbulkan persoalan tentang bagaimana untuk mendapatkannya kembali.

Bagaimana cara hendak mendapatkan kembali komen tersebut?.


cara dapatkan kembali komen blogger

       Caranya adalah dengan menyalin semula salinan komen yang terdapat dalam email anda. Maksudnya setiap kali pembaca atau pelawat membuat komen di blog anda, satu email pemberitahuan susulan akan dihantarkan ke alamat email anda. Semak mana satu komen yang ingin anda pulihkan semula dan jika ada, maka anda boleh menyiarkan kembali komen tersebut di blog secara manual. Contoh email adalah seperti dalam gambar dibawah ini:

bagaimana dapatkan komen blog yang terpadam
guna email dapatkan kembali komen blogger

Peringatan tentang email pemberitahuan.

         Harus diingatkan bahawa email pemberitahuan ini hanya akan berfungsi jika anda telah mengaktifkannya di bahagian  TETAPAN blog anda seperti ini:

Bagaimana mendapatkan kembali komen blog yang telah dipadam

         Juga tukarkan tetapan sesiapa yang boleh mengulas kepada "sesiapa juga". Setelah selesai pergi ke artikel blog anda dimana komen pembaca tersebut sepatutnya disiarkan dan klik pada ruangan ulasan. Masukkan nama, pautan dan komen si pembaca blog tersebut di tempat yang sepatutnya seperti dalam gambar dibawah:

Bagaimana mendapatkan kembali komen blog yang telah dipadam

Akhir sekali terbitkan ulasan anda dan selesai.

Artikel lain yang mungkin anda minati : 

















SEGMEN BLOGLIST OKTOBER 2015

Label :

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER 2015 anjuran blogger nysa
SEGMEN BLOGLIST OKTOBER 2015 anjuran blogger Nysa


Syarat penyertaannya mudah. Klik banner untuk info lanjut. 

Review buku the complete guide to memory mastery

Label :


                 Buku terbitan Harry Lorayne iaitu seorang pakar memori yang terkenal. Sistem unik yang diperkenalkan oleh beliau dalam buku ini adalah kunci untuk membuka atau menambah baik ingatan seseorang. Merujuk kepada sinopsis buku ini, setelah si pembaca membaca dan mengamalkan teknik teknik yang telah ditunjukkan maka mereka akan dapat mengingati nama, wajah malahan nombor telefon mahupun fakta dan apa saja yang berada di sekeliling mereka dengan lebih baik. Buku ini padat dengan kandungan yang telah terbukti dapat :


  1. Menambahkan daya ingatan dan tahap konsentrasi seseorang.
  2. Membantu membuang tabiat yang tidak baik.
  3. Meningkatkan daya pemerhatian semaksimum yang mungkin.
  4. Menyampaikan ucapan di khalayak ramai tanpa rasa takut.
  5. Menjadi seorang insan yang lebih terurus dan menepati masa.
                                      review buku the complete guide to memory mastery oleh harry lorayne
                 Terdapat 26 bab dan 333 mukasurat  di dalam buku ini dan harganya adalah di bawah RM50, secara keseluruhannya ianya adalah satu bahan bacaan dan panduan yang berbaloi bagi mereka yang berminat.